Thursday, April 1, 2010

Resah dan Gelisah ; Dosa ku makin bertambah

Bismillahirahmanirahim.... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

ku tak tau kat mana nak start, tapi hari hari yang ku lalui semakin meruntun jiwa kesunyian kegelisahan resah..aku tak tahu apa yang patut aku lakukan.. hati ni mmg x tenang langsung, segala apa yang aku lakukan pada zahirnya nampak sempurna tapi pada batinnya HANYA ALLAH YANG TAHU








kalu boleh diri ni dilahirkan semula pasti aku akan buat begitu, kulit ni tukar yang lain ke apa la yang boleh tukar .. aku tak suka dengan diriku yang sekarang.... Ya ALLAH, sesungguhnya aku yang sering lari dariMu.. aku selalu langgar taubat nasuha ku, sering kali ku ulangi kesalahan kesilapan yang sama.. sekarang ni aku x tau apa yang jadi rasa macam malas gile nak beribadat, segala yang aku lakukan hanya ala kadar.. sebelah hati ku menentang semua perkara yang elok dan sebelah hati lagi menggalakkan aku melakukan kesalahan kesilapan.. jiwa aku berperang sebenarnya..



macam mana aku nak tangani masalah ni, aku x nak diri ku yang ni penuh dosa.. makin hari makin rosak.. al-quran dah lama aku x sentuh, sebab itu hati aku resah gelisah.. duduk zikir pun x lama, usai salam terus2 berdoa dan bangun... kalu dulu, ku boleh duduk lama merenung muhasabah diri.. aku malu pada allah, aku malu.. aku malu dengan dosa ku yang menggunung tinggi... walaupun ku tahu keampunan mu tidak bertepi..... Ya Allah, air mata keinsafan ini telah lama tidak ku alirkan.. ku seringkali menangis ketika membaca novel-novel cinta, tengok cerita2 samarinda yang kononnya menyayat hati... bukan tempat yang septutnya ku alirkan air mata ini.. seharusnya airmata ini ku alirkan atas sebab takutkan azab siksa neraka mu ya allah.. alirkan air mata ini ketika menginsafi kelemahan diri, alirkan air mata ini ketika membaca kalam Mu Ya Allah, ketika bangun tahjud di sepertiga malam...


aku rindukan diri ku yang dulu Ya Allah, walaupun dulu aku biasa2 je, tapi aku x seteruk sekarang.. hati aku kotor ya allah, kotor dengan dosa.. zina mata, zina hati ya allah ampunkan aku.. aku akui kelemahan diri ini, tanpa rahmat dan kasih sayang mu tuhan siapa la aku



aku tahu atas sebab apa Kau x kurniakan aku pasangan hidup, sebab dosa dosa aku sendiri.. aku impikan nak yang soleh tapi aku sendri bukan solehah.. aku inginkan nak suami yang boleh bimbing aku, tapi aku sendri x boleh nak bimbing diri sendiri dulu.. ku sering kali merunggut, bertanya kenapa dan kenapa sedangkan semua itu dah terjawab oleh Allah dalam Al-Quran




Ya Allah, aku Noraidah Saian ingin kembali kepada fitrah asal ku.. bantu la aku Ya Allah.. Berikan lah aku petunjuk dan hidayah.. kirimkan la aku seseorang menghulurkan tangannya bagi membantu ku mencari cintaMu Ya Allah.. Ya Allah kuatkan la aku menghalang sebarang anasir2 jahat yang cuba masuk ke dalam hati ku ini.. Aku dah cukup letih ya allah... letih untuk harungi semua ini, tapi aku x kan putus asa selagi aku tak dapat apa yang buat hati ku tenang...





Ya Allah, aku hanya manusia biasa... tapi aku nak jadi manusia luar biasa yang kuat imannya lebih taqwanya.. aku nak jadi muslimah sebenar2 muslimah.. yang tenang hatinya menghadapMU..


Ya Allah bantu aku untuk menghindarkan diri hati ini dari berterus terusan melakukan dosa.. lahirkan semula hati ku ya allah, sebersih hati yang tiada kuman, bebas dari sebarang prasangka.. aku nak jaga akhlak dan kelakuaan ku. ku nak jaga aurat ku agar hanya yang berhak sahaja melihatnya.. Ya Allah, ketemukan aku dengan si dia yang boleh membimbing aku ke arah yang Kau Redhai.. jadikan aku anak yang solehah dan semoga zuriat keturunan ku juga soleh dan solehah.. Ya Allah, suburkan lah hati ku dengan cinta Mu... Tanamkan la dalam diri ku takut perasaan takut dengan setiap apa yang ku lakukan diperhatikan oleh Mu Ya Muhaimin.. agar setiap tingkah laku ku sentiasa berhati hati....



KAU buat la orang sekeliling ku faham akan perubahan diri ku ini.. semoga ini suatu detik yang baru dan baik untuk diri ku


luahan rasa dari ku
Hamba yang lemah dan serba kekurangan


1 comment:

  1. Bagus sungguh bicaramu dan hatimu...iaitu sentiasa bersandar kpd Allah dan ingat hari kemudian..yalah apalah dunia ni pd sisi Allah

    ReplyDelete