Wednesday, December 23, 2015

i'm back

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...



fuh.. lama gile  dah x menyibuk nyibuk kat sini...ntah apa la yang di sibukkan sampai x penah langsung nak tulis menulis kat sini kan.. sian si blog ni, sepi je.. hihhhih... paling ketara 2014 langsung x menulis

but at the end of dec 2015, baru nak tulis.. tu pun ntah apa apa la yang nak dikongsinya.. hahhahah

sebenarnya, bukan x sempat tapi selalu berfikir perkara apa yang bagus nak share kat sini.. kang cerita pasal politik kang, kata aku ni ahli politik plak..

tapi banyak la perkara yang berlaku dalam hidup sekeliling ni... dah kehidupan masih sama.. tapi tak tau la apa yang akan berlaku 5 tahun lagi..

sedar x sedar hanya tinggal beberapa hari je lagi nak masuk tahun baru. and the time is counting.. tik tok.. tik tok.. semakin menghampir tahun 2020... masuk 2020 umur aku dah 36 tahun.. huhuhu...hidup lagi ntah masa tu..

ada banyak kerisauan yang bersarang kat kepala ni.. ianya berkaitan dgn hidup ni..

aku harap sangat tahun 2016 adalah tahun bertuah pada aku... segala apa yang aku mohon, aku dapat.. kalu x dapat, semoga ALLAH berikan kesabaran yang tinggi buat aku.. semoga aku dapat lalui kehidupan 2016 sebaik mungkin... in sha allah


sekian, sehingga jumpa lagi

Tuesday, December 22, 2015

Orang Kaya Vs Orang Miskin

ORANG KAYA
ORANG MISKIN
percaya: "Saya menentukan hidup saya." 
percaya : "Kehidupan saya sudah ditentukan, saya tidak boleh buat apa-apa."

berusaha untuk menang/berjaya
berusaha untuk tidak kalah/tidak gagal.

komited dan berusaha sungguh-sungguh untuk menjadi kaya
hanya 'mahu' menjadi kaya.

berfikir besar
berfikir kecil-kecilan.

memberi tumpuan kepada peluang
fokus kepada halangan.

mengagumi orang lain yang kaya & berjaya
membenci orang kaya & berjaya, dan menganggap mereka adalah golongan yang jahat, menipu, sombong dan sebagainya
bergaul dengan orang yang positif dan berjaya
bergaul dengan orang yang negatif atau yang gagal/tidak berjaya.

bersedia untuk mempromosikan diri mereka dan kelebihan diri mereka
berfikir negatif tentang jualan dan promosi.
menganggap diri mereka lebih besar daripada masalah yang dihadapi
menganggap diri mereka adalah lebih kecil daripada masalah mereka.

sentiasa rasa bersyukur dan sering berterima kasih
selalu lupa/kurang bersyukur dan lupa/kurang berterima kasih.

memilih untuk mendapatkan bayaran berdasarkan result/hasil. 
memilih untuk mendapatkan bayaran berdasarkan masa.

berfikir "kedua-duanya". Contoh.. saya boleh kaya DAN beriman
berfikir "sama ada / atau". Contoh, mesti pilih antara kaya ATAU beriman!

fokus pada jumlah nilai bersih mereka (aset-liabiliti = nilai bersih
memberi tumpuan kepada jumlah gaji mereka.

menguruskan wang mereka dengan baik
miskin tidak ambil kisah tentang pengurusan wang mereka.

memastikan wang mereka bekerja keras untuk mereka
bekerja keras untuk mendapatkan wang.

bertindak walaupun takut berani ambil risiko
membiarkan ketakutan menghalang mereka.

sentiasa belajar dan mengembangkan ilmu
fikir mereka sudah tahu semuanya.