Friday, July 15, 2011

i'm back

Bismillahirahmanirahim... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Setelah sekian lama, x menulis di sini atas kesibukan duniawi.. (aha, sibuk la sangat), akhirnya pagi ni aku dapat juga kesempatan untuk berbloging kat blog aku yang serba sederhana ni.. last entry pada 22 mei 2011 (kalau x silap la), masa tu aku dok kat Unit Data lagi.. sesibuk mana pun keje yang en. z bagi, ku masih boleh menyelitkan masa dan ruang waktu untuk aku menulis entry...


kini, aku telah totally be a toll supervisor plaza elmina masuk bulan kedua. Bulan Jun adalah bulan yang penuh cabaran.. terlalu banyak benda yang aku belajar. dok kat Data aku belajar teori je, mmg A+, everything i understand, but now, hancur lebur semua teori yang aku belajar bile masuk plaza.. semuanya kelam kabut, sebab teori x sama dengan praktikal. di plaza semua anggota badan ku kena bekerjasama supaya setiap pekerjaan ku boleh berjalann dengan lancar.


bulan jun mmg banyak gile kesilapan yang aku buat, ditambah pulak dengan sistem e-form yang semakin menambah kerja penyelia. keje penyelia mmg banyak tanggungjawab, kena jaga budak, jaga trafik, jaga data, jaga serba serbi la.. dengan lorong yang selalu hang, plus data yang tersangkut undergorund x mau naik ke plaza.. di tambah pulak dengan budak2 yang bermacam2 perangai..


kes terbesar mengenai budak ialah berkaitan dengan mc.. aku x tau sama ada budak tu tipu mc ke atau aku yang dah terbuang mc dier. tapi natijah nya, mc tu mmg xde. aku x tau kemana mc tu. Demi ALLAH, aku berkata benar, ku x nampak langsung mc budak tu. aku x boleh nak describe mc dier kalau betul dier serahkan pada ku. ku cuba refesrh my mind, samada ku pernah lihat mc dier ke x.. tapi mmg xde apa2 pun.. puas kelenjar hormon ku dirembeskan agar minda ku lebih berfungsi.. but nothing.aku x ingat apa2 ttg mc budak tu. nama klinik budak tu dapat mc pun aku x tau pada mulanya..


pada awalnya aku minta maaf dengan budak tu, mungkin aku masa tu mmg tersilap, ku akui mmg ku terbuang.. cari jalan mudah ku minta maaf dan minta budak tu carikan/ amik semula salinan mc kat klinik tu.. tapi esoknya budak tu beralasan klinik tutup x dapat amik salinan tu. the next day pun masih alasan yang sama. same reason for next few day... masa tu aku dah angin 1 badan la bila asyik alasan yang sama je. last2 budak tu cakap klinik tu dah pindah... masa tu aku betul2 dah hilang sabar lagi2 bile aku dgr khabar dari mulut budak tu sendiri yang mungkin aku dikenakan tindakan dengan potong gaji 3 hari sebab hilangkan mc orang. YA ALLAH, ari tu mmg aku berangin je, abis semua budak aku marah. aku akui aku emosi sangat. x pasal2 aku kena potong gaji 3 hari.. tapi x pun, exec tu saje je nak gurau2 ngan aku..


hish, gurau pun pada2 la, nak amik tindakann, amik la tindakan yang lain, x syok la potong2 gaji ni, org lain yang mc ari tu, aku pulak yg potong gaji.. aku x puas hati, aku nak investigate. cari kebenaran.


so aku pun dengan sedikit ilmu Crime Scence Investigation ala ala FBI, aku pun investigate la ttg klinik yang budak tu pergi. mmg betul klinik tu tutup. ku x puas hati, ku stop kete, then g area klinik tu. tanya kat apek kedai sebelah klinik tu. uNcle apek tu cakap, klinik ni mmg dah lama tutup. sejak 1 jun 2011, tapi apek tu x tau dier pindah kat mana. aduh, aku cakap dalam hati ' budak ni betul2 nak take for granted on me ni.... aku terus call exec yng berkenaan bagitau semua yang aku investigate, dan minta exect tu amik tindakan. aku dah jalankan keje aku, segala2nya serah kat exec.


then aku dating sekali lagi ngan exect tu, ku ditegur kerana terlalu emosi ngan budak tu.exect tu cakap aku x faham keadaan budak tu yg telah bekeluarga dan ada anak. masa tu aku angin 1 badan sebab aku mmg faham ibu yang bekerja ada anak umur bawah 2 tahun mmg x tenteram semasa bekerja mmg asyik teringatkan anak je. lagi2 kalu anak tu demam ke kembung ke apa ke... yes, its true aku x kawin lagi bujang lagi, bab kalau bab jaga anak, mmg aku A+ jaga anak sebab aku jaga husna sejak umur 1 hari hingga la ni dah 7 tahun. eventhought, aku jaga mohd syahid hakimi yang berusia 6 bulan masa tu, dah tahun tu, aku nak exam spm tau. aku mmg faham sangat karenah jaga baby ni.



aku diminta untuk buat surat tunjuk sebab sebagai attachment atas kes ni. budak tu pun kena buat surat jugak. tapi aku rasa result nya sangat berbeza sebab aku tulis aku x terima mc dier, budak tu akan cakap dier dan bagi surat tu... aduh, pening pening.. awal2 kes, aku janji ngan assistant operation tu aku nak siasat sampai dapat kebenaran, tapi bile aku dah kena buat surat dan aku anggap ia sebagai 1 tindakan, aku lupakan saja investigation aku. its bring a good lesson for me, agar lebih berhati2 dengan semua org. bak kata arwah mak " buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali"...

k la, nanti ku sambung lagi sesi luahan rasa ni.. ku nak g buat sarapan pagi jap.

~wasalam~

Sunday, May 22, 2011

Ujian ALLLAH Datang Lagi


Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..







Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang..


Dengan perasaan yang bercampur baur.. geram, sedih, kecewa dan beremosi.... pelbagai emosi yang ada datang hati ini... pelbagai masalah yang di hadapi ini... asyik2 bincang benda yang sama.. dari start aku keje lagi, start abah aku buat hal nak kawin lagi, kitorang adik beradik jadi huru hara... asyik bergaduh, tinggi tinggi suara..


aduh, pening2...... aku pun x faham la apa yg buat abah terdesak sangat nak kawin.. mak x sampai setahun pun pergi meninggalkan kitorang, baru 10 bulan.. kenangan ngan mak ni makin segar. x lupa apa2 pun malah makin segar sebab aku selalu mimpi mak..


semua hubungan ngan sepupu sepupu semua jadi huru hara... perkara macam ni kalau setel pun x mungkin elok macam dulu. kalau baik pun makan beberapa tahun..


mungkin orang kata ada hikmah yang tersembunyi.. Allah Maha Berkuasa menentukan segala2nya.. Ya Allah, kirimkanlah kembali kebahagiaan seperti dulu.. berilah kerahmatan buat kami sekeluarga...


apa2 pun aku redha dengan Ujian ALLAH ini..

~wasalam~

p/s: takziah buat mangsa tragedi runtuhan di Hulu Langat yang menimpa rumah anak-anak yatim.. Semoga ALLAH menempatkan mereka mereka yang di uji ALLAH di Syurga ALLAH di disisi orang orang mukmin.

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru

Bismillahirahmanirahim.... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


16 Mei 2011 - Hari Guru
Tema : Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Hayatilah sajak mengenai guru karya Sasterawan Negara (Usman Awang)


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

sajak yang sangat bermakna dan beerti buat semua guru2, kerana tanpanya kita tak akan kenal ABC, 123.. Guru2 adalah asas kepada setiap kejayaan dan kegagalan setiap manusia.. Jasa Guru yang kita semua akan kenal sampai akhir hayat.. Panggilan Keramat CIKGU kekal terpahat.

Buat guru2 yang telah mencurahkan ilmu kepada ku, kawan2 dan anak bangsa, sekalung penghargaan ku ucapkan atas pengorbanan dan sumbangan ilmu yang diberikan.. sehingga kami menjadi anak bangsa yang berjaya dunia dan akhirat..

Guru ku Cikgu Ahmad Kosman, Cikgu Choo Kin Tong, Cikgu Mok Yow Lin, Cikgu Rusdi Ismail, Ustaz Razali Napiah, Cikgu Fadhil, Cikgu Nur Huda, arwah Cikgu Fauziah dan semua cikgu-cikgu Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Kg Kuantan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor. Hanya Allah yang akan membalas jasa2 kalian.. tidak dilupakan ustazah dan ustaz di sekolah rendah agama pasangan iaitu ustaz Fadullah, ustaz Said, ustazah Manah, ustazah Zaimah, Ustazah Zainon Ali, ustazah Zainon Daud, Ustaz Bahasa Arab ku yang dah x ingat namanya tapi ingat rupanya dan semua yang telah mengajarku.. Terima Kasih ku ucapkan atas jasa2 kalian.. kata kata nasihat masih ku ingati dan terngiang2 di telinga ini..

x lupa juga semua pensyarah Kursus Diploma Sains (UiTM Kuala Pilah) dan Kursus Sarjana Muda Sains Kepujian Biologi (Uitm Shah Alam). En. Abu(Prof Madya Abu Hasan), En. Taufik, En. Shamsul Onn, Puan Mazni, Puan Rose,Dr Harita, Dr Farida Zuraina, Dr harinder, Puan Wan Razarinah, Cik Fydee, en. dzul. Terima Kasih atas curahkan ilmu.. Kalian semua umpama ayah dan ibu kami yang tidak henti2 mencurahkan ilmu supaya aku dan kawan2 menjadi insan yang berguna..

doaku semoga ALLAH berikan kebahagian dan kerahmatan hidup buat semua guru2 ku.

~wasalam~

Gugurnya Khalifah Allah


Firman ALLAH dalam Surah Al- An'aam ayat 61 yang bermaksud
" Dan Dialah yang mempunyai kekuasaan tertinggi di atas semua hamba-Nya, dan diutus-Nya kepadamu malaikat-malaikat penjaga, sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, ia diwafatkan oleh malaikat-malaikat Kami, dan malaikat-malaikat Kami itu tidak melalaikan kewajibannya".
Benarlah kata kata Allah Yang Maha Agung.

Apabila telah sampai waktu perjanjian antara ALLAH dan manusia, malaikat Izrail akan menjalankan tugaskan sebagai pencabut nyawa setiap manusia, tidak akan tertangguh walau sesaat waktu. dalam apa jua keadaan manusia pun ketika itu samada sedang berehat rehat, sedang mandi, sedang makan, sedang tidur.., sedang terlantar sakit hatta sedang berhubungan intim dengan pasangan. Jika telah sampai waktu nya, kematian pasti tetap akan berlaku..
Wamakaru wamakarallah (manusia ada perancangan dan ALLAH jua ada perancangan).

Tanggal 13 Mei 2011, Jumaat 11.30 malam ketika kebanyakan rakyat Malaysia sedang menonton Maharajalawak (mesti tgk punya-xyah tipu la).. ketika itu abang ngah sedang bertarung dengan sakaratul maut di Hospital Sg. Buloh.. terlantar sakit dan koma sejak 11 mei 2011 akibat kencing manis yang sentiasa berubah2 nilainya. akhirnya setelah tiba janjinya, abang ngah pergi dengan tenang meninggalkan isterinya dan dua anak2 yang masih menuntut di universiti.

kurang 3 hari tok cukupkan 10 bulan pemergian arwah mak ku, 10 bulan 1/2 pemergian arwah Kak Yong, kali ni janji Allah itu pasti, Abang Ngah pula pulang menemui ALLAH. Tuhan pencipta sekalian Alam. permergian arwah abang ngah mengapit kedudukan perginya arwah mak dan arwah yong. Arwah mak diapit oleh 2 anak saudaranya yang paling mak sayang. dimulai dengan arwah Kak Yong, arwah Mak di tengah2 , disusuli dengan arwah Abang Ngah.. Ya ALLAH, sesungguhnya pemergian ketiga2 insan yang kami semua sayang sangat menginsafkan kami.. Sesunggunya Hanya ALLAH Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui segalanya..

Mati itu rahsia ALLAH. Tiada siapa pun yang mengetahui ajal setiap manusia. sekiranya manusia tu tahu, memang tak cukup iman lah manusia tu.. dan Sesungguhnya Manusia Yang Bijak adalah Manusia Yang Mengingati Mati dan Manusia yang Paling Bijak adalah Manusia Yang Mempersiapkan Diri dengan Amal Kebajikan Bersedia Untuk Mati.

YA ALLAH, berikan lah kerahmatan Roh buat Arwah Ibu ku Hajjah Sainah Bt Mat Isa, Arwah Kakak ku Azlina Bt Hj Saian, Arwah Kakak Sepupu ku Aminah Bt Dahlan, Arwah Abg sepupuku Ismail B Dahlan dan semua kaum keluarga, sanak saudara ku yang telah menemuiMU YA ALLAH. Tempatkan mereka di syurga MU yang abadi dan ampunkan dosa-dosa mereka.. Aku juga pasti suatu hari akan menyusuli mereka. berikan aku kesempatan tuk pulang menemuiMU dengan bekalan Pahala dan amalan kebajikan yang baik. AMIN

~wasalam~

Wednesday, May 11, 2011

Kawan-kawan ku


Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sekalung Penghargaan ku ucapkan buat tenaga pengajar Kursus Sarjana Muda Sains (Biologi) Uitm Shah Alam sesi 2004/2005-2007 yang telah bertungkus lumus bagi memberikan kami ilmu pengetahuan yang tidak terbalas jasa mereka. Hanya Allah sahaja yang akan membalasnya. Semoga Allah berikan kerahmatan dan kebahagian buat pensyarah-pensyarah yang tidak kenal erti jemu mengajar kami semua. Antaranya Prof Madya Dr Harita Hashim, Dr Farida Zuraina Mohd Yusof, Dr Harinder Singh, En. Dzul (x ingat nama penuhnya), Puan Wan dan ramai lagi.. maaf la dah x berapa ingat lepas hampir 4 tahun meninggalkan kerusi kuliah di uitm... banyak kenangan terindah yang tercipta disana... dan paling x boleh lupa bile ku dan 2 3 4 5 org rakan (ramai sebenarnya) yang kena repeat subjek animal fisiology (ye ke subjek ni, subjek sem3 paper Dr Harita).. killer paper ni, every sem mesti ramai budak sangkut termasuk la aku..

tapi dalam sangkut2 pun, ku lepas grade on time, walaupun kena amik paper supplement... (whooaa, gembiranya).. banyak pengalaman yang tak terhingga dan ia sebenarnya membentuk peribadi dan perwatakan seseorang itu.. truely, im not an excellent student, sederhana je.. tapi bab2 aktiviti luar, serahkan pada pakar (aku la tuh).. ceruk mana, rantau mana yg x dijelajahi... every weekend ada je aktiviti yg ku handle, bawak kawan2 g jalan under BIOS Society Club.


Di atas ni antara aktiviti yang ku dan kawan2 handle, tapi bawah pemerhatian Dr Harinder.. tak boleh main suka2 hati bawak budak2 ni jalan2.. sebarang masalah, susah nanti.. Program Bersihkan kawasan paya bakau, di Taman Alam Kuala Selangor... tu yang masing2 kasut berlumpur tu... ni semua classmate (girl).. seronok x ingat masing2, muka masing2 merah bernyala, sebab bersihkan kawasan paya bakau tu dengan mengutip sampah dan kotoran yang ada. kira buat Charity la.


Yang ni memang aktiviti wajib setiap sem, budak sem 4 ditugaskan untuk handle malam dinner tok persatuan. Masa ni kami baru sem 3, so x terlibat sangat sebagai AJK.. cuma tolong2 mana yang patut.. dan yang paling best kami semua akan melaram x hingat la.. kalau x silap tema malam ni BATIK dan tagline nya Night to Remember.. haha memang sesuai sgt la sebab mmg antara malam yang x boleh dilupakan. Masa ni masing2 kurus gegile lagi... dan malam ni ku buat pertama kalinya bergambar dengan seseorang yang ku minat dalam diam... hihih siapa dia? ahahh, x yah mention la sebab ia dah jadi sejarah.. org tu pun dah buat2 lupakan aku..


ada banyak lagi pic yang menarik, tapi lain kali ku akan try upload kat sini ek... nak sambung buat keje jap.. buat rakan2 ku semua BIOS 2004/2005-2007, aida doakan semoga berjaya dalam kerjaya dan diceburi.. Selamat Berumahtangga pada Nurhaznina dan Azreen yang bakal berkahwin x lama lagi.. Buat Yasir Suhaimi, Zakiah Zakaria, Masliani Hj Abdul, Noor Khairani, Mohd Hafiz Abas ini semua team yang dah kawin ni, semalamt menempuh alam rumah tangga, semoga dapat membentuk keluarga Mahabbah wa Rahmah...

~wasalam~

Tuesday, May 10, 2011

Anak ANak Saudara Kesayangan Mama

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..



Hari ni macam x keje sangat, dengan hidung tersumbat susah nak bernafas sebab selsema. dan sebelum lunch tadi ada banyak soalan quiz yang en. zack bagi.. tergadak-gadak ku menjawab nya... hihi banyak yang en.zack jawab dari aku yang menjawab.. hahaha.. sengal la ku ari ni..

Jadi dari ku buang masa yang banyak ni, baik ku bazirkan masa tersebut edit pic2 anak buah kesayangan ku.. anak buah ku baru ada 3, dan kemungkinan besar coming soon akan keluarla.. nama ku dah pilih..Nur Zarith Sofiyah .. (hihihi x malu kan macam anak ku pulak).. x peduli, ku nak kuasa authority tok beri nama pada anak2 saudara ku.. ketiga2 nama anak saudara ku yang lahir aku yang bagi nama.. sebelum tu check la jugak apa maksud nama2 mereka..


anak buah yang pertama Nurul Zamira Bt Abdul Rahman. Yang kedua Nurul Husna Bt Roslan. Ketiga Muhammad Adeeb Luqman B. Md Rizal.


Inilah Wajah2 mereka yang telah ku edit menggunakan PhotoShine...


Nurul Zamira yang pose maut


adeeb luqman tunjuk gigi & nurul husna nak g ngaji







Riang Ria di rumah Tok ANdak>>>>








Aha.... Picture Wall di tempat umum





sekian,
master piece dari Mama..

Sunday, May 1, 2011

Selamat Hari Pekerja

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh buat semua dan salam sejahtera,





cewah, macam nak berpidato pulak.. errrrmmmm tak terlewat untuk ku mengucapkan selamat hari pekerja buat semua yang bekerja di malaysia dan seluruh dunia.. buat penggangur (yg masih xde kerja, dok tanam2 anggur je), pas ni usaha2 la carik keje ek..


xde keje yg datang bergolek. semua nya kena usaha kan? dan yang paling penting jangan memilih keje sgt... dan jangan la terlalu excited sgt nak kan pekerjaan sampai kerja2 yg haram pun disapu.. Alih2 kena tipu jadi keldai dadah, antor dadah tok pasaran luar negara, alih2 kena tahan kat airport oversea tu kena dakwa.. ha, duduk la korang yg jadi TIPAH TERTIPU ni kat penjara luar negera.. nama je penjara oversea tapi dalam sel tu lebih teruk dari penjara kat Malaysia ni.. so berhati2 ek..


Disebabkan semalam 1 Mei jatuh pada hari ahad, maka hari ni isnin 2 mei adalah cuti gantian.. so kebanyakkan pekerja syarikat swasta dan sektor kerajaan cuti, waima budak sekolah pun cuti.. dan semalam banyak juga jemputan kenduri walimatulurus.. dan jiran ku pun ada buat kenduri.. aduh, sampai ke malam bising ngan lagu2 yg ntah apa2 ntah.. then malam siap buat joget lambak. kononnya tok meraikan org2 khemah yg siangnya sibuk menguruskan bangsal la.



tapi malam tadi aku berani potong jari la, ramai budak2 muda yg mabuk minum air setan, x caya pagi ni buktinya bersepah2 tin2 beer ngan botol2 kaca yg pecah. tu x lain x bukan teguk air setan la malam tadi tu.. event tu terus on walaupun malam tadi hujan mencurah curah lebat tanpa henti dan guruh kilat sabung menyabung.. eloknya kena la petir pada budak2 muda yg tengah khayal menari tu.. dah la bercampur lelaki perempuan, dengan masing2 aurat terdedah.. sedihnya tengok budak muda islam yang rosak akhlaknya...


ku tuding jari pada tuan rumah yg adakan kenduri kawin semalam. yes, its true bukan tuan rumah yg kuar duit tok panggil live band tu, budak2 ni masing2 kuar 10, 20 hinggit sorang biayai kos live band tu.. tapi kalau tuan rumah tu tegas kata x boleh adakan kat rumah dier, ku rasa budak2 ni x panggil live band tu.. contohnya agak2nya berani x budak2 ni panggil live band tu kat umah Imam masjid, walaupun ketika itu Imam masjid tu kawinkan anaknya.. ku rasa mau parang panjang imam tu keja diorg tu... tu la salahnya mak ayah ni, x tegas dalam displin kan anak.. dah la anak2 tu memang akhlaknya kurang sikit, tambah lagi buat benda2 macam ni, masyarakat pun naik menyampah... saja je nak suruh masyarakat ni tambah dosa kutuk tuan rumah nii... aduh, ni la sikap2 manusia akhir zaman.. nak terus berhibur dan terus berhibur...


ala, ku dah lari topik ni, sepatutnya ku cerita tentang Hari Pekerja kan.. ni dah cerita pasal lain pulak.. fokus entri kali ni saya nak cerita tentang cuti hari pekerja je.. rasanya masing2 amik kesempatan tok bercuti walaupun 3 hari.. sebab tu ari jumaat jalan jem giler sampai kat BJ buka MTL, Jurutol Zalina Bujang pecah rekod MTL paling tinggi dekat rm 950 (lebih kurang la)...

buat semua Selamat Hari Bekerja, semoga lepas ni lebih semangat tok terus bekerja.. buat Uya (Raja Nor Azura Raja Zahadi) Selamat Bertunang 1 Mei 2011.. semoga jodoh berkekalan.. maaf la x dapat hadir kenduri tunang semalam di Taman Tunku Jaafar, Senawang, ku ada komitmen lain la semalam.. x dapat nak elak...


dah tengahari ni, nak ke dapur nak masak kuah lemah ayam ngan ayam goreng berempah.. baru nak try sedap pulak menu tu masa makan kat umah Kak Juwita, sabtu lepas...


wasalam

Thursday, April 28, 2011

Hujan Oh Hujan


Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Syahdu sungguh pagi ni... kol 500 pagi, angin menderu deru, titisan hujan bagaikan nyanyi tdur menyebabkan mata tambah mengantuk dan rasa terus nak lena.. syaitan tambah membisikkan kata2 supaya terus tido, walaupun sepatutnya di kala itu semua khalifah harus bangun untuk mengerjakan solat tahjud... kuat benar ikatan yang rantai badan kita ni... ambik ko sedar2 dah kol 630 pagi.. aduh gawat ni, dah lewat.. solat subuh pun belum lagi...


lalu di kuatkan semangat ni tok bangun melawan segala bisikan syaitan yang menyuruh ku terus tdo.. rasa lembut sangat bantal dan tilam, kena la tinggalkan jugak.. bangun menegakkan syariat agama.. pas mandi terus solat subuh.. tengok hujan makin lebat, jam pun baru 645 pagi.. lepas abis zikir dan doa, ku terus capai buku surah yasin.. niatkan agar Allah beri limpahan rahmat dan kasih sayang buat ku sekeluarga.. dan x lupa pada arwah ibu dan kakak ku serta sanak saudara ku yang telah meninggalkan kami


sedar2 je dah 710 pagi.. dengan nasi x goreng lagi sebab nak bawak bekal.. nasib baik malam tadi dah mesin semua bahan2 mentah.. terus ke dapur goreng nasi.. plus buat air kopi agar x ngantuk di opis nanti.. husna dah siap nak g sekolah, dah makan roti canai yang abah belikan kat Kuala Selangor masa balik antar Nurul Zamira ke sekolah.. ku bawak 2 bekal nasi goreng tu, satu tok aku, satu tok cik zack, sebab cik zack ada kirim nasi lemak kat ijok.. takut ujan2 ni mak cik tu x berniaga..


Da la tudung x gosok lagi, ku terus bersiap.. masa tu dah kol 735 pagi.. biasanya ku dah gerak dah.. terfikir dalam dompet tinggal sehinggit 2 hinggit je, dan minyak kete dah E, dan nak bayar duit kirim hadiah tok Nazirah dan rasa dah lambat gile .. ku pinjam duit abah dulu rm 50, balik baru ganti sebab malas nak singgah ATM kat Petronas.. sebab rasa macam dah lambat gile babeng.. hujan pun x berhenti2 ni...


hujan masih x berhenti sepanjang perjalanan.. pas doa naik kenderaan dan zikir yg patut2 ku pun gerak ke opis.. ku pun bawak kete dalam anggaran 60-80 km/j je.. x boleh laju2 kang x pasal2 ku accident kete terbalik.. takut jugak sebab risiko nak accident masa hujan ni sangat la tinggi.. contohnya macam semalam kat lengkungan exit paya jaras ada kete myvii accident, seorang perempuan kakitangan ATM Subang.. terbabas langgar divider.. kak Aida Enginering yang ada kat situ, tolong kakak tu..


dan petang semalam juga ku terserempak dengan accident ke2 depan Ladang Tuan Mee.. 2 buah kerete remuk, sebab nya ku x tau.. dan kelmarin betul2 kat kuil hindu ijok tu, lori terbaik.. hish, asyik jumpa org accident je.. so buat semua kena lebih berhati2 ketika memandu lagi2 dalam hujan.. sebab keadaan jalan masa tu sangat la licin.. tayar kurang cengkaman pada jalan..




masa dalam perjalanan ku teringat masa kecik2 dalam umur sekolah rendah la.. dulu kan kitrg susah... siang malam mak abah berusaha tok cari duit tok sekolah kan kitrg dengan jual nasi lemak kat kedai pak uda, jual ais krim malaysia kat sekolah SAAS, tumpang jual kuih karipap kat SAAS menengah.. nasi lemak daun pisang mak memang terkenal 1 kg kuantan dan sebenarnya da pelancong yang datang tok tengok Kelip-Kelip suka makan nasi lemak mak.. Harga yg murah 50 sen je dan rasa sedap kata org tu.. kalau makan mesti nak lagi. kadang2 sampai 3 bungkus..


dan kenangan paling ingat sekali ialah nak antar nasi lemak tu ke kedai pak uda.. mesti berteril2 la masih2 x nak antor.. bermacam2 alasan yang diberikan.. abah pulak x balik keje lagi.. dah petang tu hari dah start mendung.. nasi lemak mak dah letak dalam bakul.. cuma tunggu kuih ketayap je yg x siap lagi.. kuih ketayap tu sampingan je mak buat, sebab ada org veteran tu suka ngan kuih ketayap mak sebab tu mak jual.. kuih ketayap tu x banyak dalam 15 jetul je.. nasi lemak pulak dalam 20 bungkus je...

tunggu punya tunggu hujan pun turun la, nak g antor ni naik basikal merah akak.. Ne yang tojang, aku dok kat belakang pegang bakul nasi lemak tu... sebab hari hujan kitrg pun bawak la payung... ku yg pegang.. tapi mana la kederat kanak2 berusia 10 tahun tok pegang bakul nasi lemak ngan payung lagi... yg Ne pulak dok kayuh kayuh tapi pandanganya dah tertutup dengan payung sebab ku yg kat belakang mana la tau nak adjust payung tu tinggi ke rendah.. last2 sampai kat simpang rumah Ah Sui, angin kuat tolak, payung tu tersingkap dah kitrg terjatuh.. basikal timpa kitrg.. bakul nasi lamak jatuh dan kuih ketayap tu jatuh kat jalan.. nasi lemak pun ada yg tertumpah ke jalan.. ada la tinggal dalam 10 nasi lemak yg elok...
memang sedih giler time tu.. kutip nasi lemak tu balik tapi letak kat tepi jalan tu, kuih ketayap pun sama.. just antar kat kedai pak uda 10 bungkus nasi lemak je, without kuih ketayap tu.. dalam yg paling sadis hujan turun x henti2... sambil antar nasi lemak tu air mata menitis2... mmg ALLAH uji kami masa tu... Pak Uda kata kenapa sikit je, kitrg cakap tadi jatuh basikal, 10 bungkus je yg elok lagi.. Pak Uda kata xpe la, ada rezeki org beli nanti..


x lama pas tu hujan teduh kitrg pun balik.. sampai umah terus peluk mak nangis ngan mak kata tadi kitrg jatuh ngan kuih ketayap semua jatuh.. yang selamat hanya 10 bungkus nasi lemak je.. Mak kata sabar, xpe tu bukan rezeki kita.. ALLAH uji kita Uteh... mak memang seorg yang sabar... walau ujian sekuat mana melanda, mak masih boleh senyum dan ketawa.. itulah sifat seorang ibu dalam usaha cari rezeki tok besarkan anak2nya.. walaupun susah payah perit, tapi masih sabar.. Ya ALLAH, Kau berilah Teduhan RahmatMu buat arwah ibu yang telah banyak berjasa buat ku dan adik beradik ku.. tempatlah ibuku bersama2 org2 mukmin di syurga Firdausi.. Amin


~wasalam~

Sunday, April 24, 2011

Kenangan Silam

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh semua,



Semalam ku menyelusuri semua gambar2 lama ku.. masa zaman study kat uitm..x kira la sama ada zaman diploma ke zaman dgree... memang banyak gile beza rupa aku.. dulu boleh dikatakan masih saiz M, tapi la ni dah saiz XL.. salah gaya kalau berterusan mau saiz XXL.. bior betik ni... x caya cuba tengok pic ni.. cuba scroll ke bawah:



pic masa dalila kawin ni tahun 2006;

comel kan?


Tapi sekarang ni masyaallah, malu nak letak kat sini.. masalah betul la.. sekarang ni selera makan x boleh disekat2 tau.. asyik nak makan je.. kalau x makan pulak rasa kebelai (lembik) je... perut ni macam ada cacing je.. agaknya makanan yg ku makan tu cacing dalam perut kot yang makan semuanya... thats why zat nya x mengenyangkan perut.. hahah dah start merepek la tu.. buat teori sendiri... Aida’s theory...



Muka dah sebulat2nya, figure memang dah lari dah.. kebaya jangan mimpi la nak pakai.. paling koman pun sekarang ni pakai baju kurung pesak gantung je.. tu je la baju yg ada potongan kebaya sikit2 walaupun x macam kebaya.. all right la tu kan, tapi baju kurung pesak gantung ni satu kelemahannya buat si pemakai nampak lebar tang punggung.. hahahaha.. apa lagi hadap je la..dah x boleh buat apa melainkan kena kuruskan badan.



Kelmarin ku x keje, pagi2 lagi kemas umah, lipat kain yang masuk 3 bakul then kemas2 rak buku lama, susun2 novel lama, then sorting ikut mana novel paling best hingga yng kurang best.. dan asingkan mana2 novel yang x abis baca sebab jalan cerita x masuk dengan citarasa ku.. buat abis duit je ku beli tau.. hahahaha.. tgk dok2 kemas ternampak susunan kotak kat rak tu... tergerak ati nak buka.. buka punya buka, rupanya penuh dengan album gambar masa study... gambar2 masa aktif jadi student g sana g sini… seronoknya masa tu, x pk pun masalah cam sekarang ni.. memang hidup tu enjoy but still under control la.. dan yang paling penting badan mmg slim.. x nampak berat… bahu pun x nampak bulat….



Cuma ku nampak tembam gile masa sem 3 diploma sains kat kuala pilah my lovely place. Tu zaman lagi happy go lucky x ingat apa pun.. yang dok ingat study makan tdo, study makan tdo.. x teringat nak balik kg pun kecuali masa cuti semester.



Lagipun ku dah lama gile x joging,, last joging ku rasa masa raya, kat stadium kuala sel ngan wan.. pas tu plan je, tapi hampeh, mesti x g nya.. poyo mempeyeng je plan.. tapi ku rasa tempat paling best nak joging kat Tasik Shah Alam ngan Tasik Sri Pemaisuri, Cheras.. ramai orang dan memangx segan nak lari.. walaupun saiz badan XXXXL pun x rasa segan nak lari sebab kat kedua2 tempat ni memang ramai gile org ramai yang joging.. selalunya ku mesti compete ngan chinese man.. umur diorg dah banyak tau dalam 50++ tapi masih gagah berlari.kadang2 ku x abis 1 round diorg dah potong aku..



Kekadang terpikir gak, diorg ni x penat ke..gagah gile berlari... tshirt diorg memang dah basah lencun ngan peluh, aku kadang2 peluh baru la nak merinik2 kat badan.. skit tol kadar metabolisme ku ni.. sebab tu ku berisi, ku sebab kadar metabolisme ku rendah... so kalori nak terbakar tu lembap gile...



Walau apa pun, ku tetap bersyukur ke hadrat Allah.. think positively mesti ada hikmah mengapa Allah anugerah kan ku dengan badan yang agak berisi... so jangan merungut ye wahai Cik Noraidah… sabaq2, kumpul duit bebanyak then g labor kat May Fair ke Slim World ke..? bile dah rasa / usaha susahnya/ beratnya dugaan nak kurus, baru lah kita tahu menghargainya...



wasalam

Friday, April 22, 2011

Bile xde mood....

Bismillahirahmanirahim.... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


salam jumaat buat semua..


hari ni buat pertama kalinya sejak keje kat Prolintas ku dilanda keadaan xde mood nak buat apa2..

macam pic patrick star kat sebelah ni.. to do list was nothing.... rasa betul2 xde mood nak uat apa2.. data bukit jelutong ku dah key in sampai 18 april 2011. atas meja ada dokumen 19 april bukit jelutong x key in lagi..

rasa x sihat sangat la ari ni pas makan cekodok bawak bekal tadi, rasa macam berpinar2 pulak kepala ni.. tapi jujur cakap ngan en. zack ku malas nak buat keje ari ni.. en. zack kata normal la tu.. hahhaah nasib baik dapat boss yang satu kepala macam aku.. dier pun kata selalunya jumaat mmg x uat apa2..




tadi tghari ku x g mana2, lepak kat sini je.. kak mastura ngan kak aida g makan nasi ayam kat Puncak Alam.. ajak aku, tapi ku malas gile nak g.. lagipun duit tgh xde ni.. betul2 tinggal 2 3 posen je ni.. hihihi.. lambat tol isnin kan? hahaha.. tu la x beringat masa berbelanja.. padan muka aku.. lagipun aku ada bawak bekal.. nasi ngan smabal sotong.. sedap pulak Ne masak pagi ni.. berselera gile ku makan sambil tengok movie Hantu Kak Limah Balik Rumah... tergelak2 ku sorang2.. dah la lampu opis tutup.. tgk dalam gelak.. setengah je movie tu ku dah rasa mengantuk gile babeng punya...

turun surau, terus kodok ngorok... sedar2 dah 230 petang.. solat zuhur, then masuk Unit Data balik... sampai la sekarang ni.. petang karang nak g Plaza Bukit Jelutong.. nak belajar buat MTL.. sejak exit Puncak Alam buka, boleh dikatakan setiap petang MTL ada kat BJ.. okey la kira xde la sesak sangat bagi pengguna nak balik ke Sunway Kayangan, budak2 UiTM Puncak Perdana dan kawasan yang sewaktu dengannya...

eerrrmmm... minggu depan isnin dah gaji.. Wah... dah siap list apa yg kena buat ngan duit tu.. kena budget betul2.. paling penting berukband kena aktifkan balik... sengal rasanya weekend without berukband ni.. weekdays tu okey lagi la sebab siang hari ku keje , malam tu dah letih mmg x ngadap laptop la.. weekends la yg bosan, pas siap keje rumah semua, dok melanggu je... novel terbaru pun xde...

yeah, minggu depan isnin keje, selasa cuti g Hospital tok uat medical check up then g pwtc tgk pesta buku.. rabu pulak g kursus advance supervisor kat Holding.. advance tu.... aku ni kursus asa supervisor pun x g lagi tau, terus2 advance e.. ni memang betul2 advance.. xpe la, mungkin itu yang selayaknya kan.. g sana pulak ngan kakak2 yg satu kepala ngan aku: Kak Mel, Kak Yah ngan Kak Mai.. memang best!! Terbaik!!

Ala, tadi tersalah cakap ngan encik azrol la.. Kak Mel roger tadi, kata En. Azrol kata kitrg semua g naik kete aku.. aku cakap, eh, dulu encik azrol kata ada kenderaan... ku x puas hati tanya la encik azrol dier kata kak yah kata semua naik kete aku, mula2 cik azrol nak sediakan kenderaan..tapi bile kak yah kata nak naik kete ngan aku, terus la x jadi en. azrol sediakan kenderaan.. aduh, pepandai je kak yah ni, jual nama aku... xpe cik azrol kata boleh claim millage.. ku kata okey la tu.... xpe x kisah pun.. tadi tu cuma terkejut beruk je.. hihihi...


aduh.. cepatnya waktu dah 3.53 ptg, napa la petang ni mata macam nak terkatup je.. kena segar2 pas ni nak drive ke Plaza BJ pulak.. pas solat asar la ku g..

k la sehingga jumpa lagi.. jumpa minggu depan la, sebab kat umah beruk band kena potong so xde entri la tok sabtu dan ahad..

adios amigos..

~wasalam~

Thursday, April 14, 2011

Alhamdulillah wa syukurillah


Bismillahirahmanirahim....

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


salam jumaat buat semua...

Alhamdullillah segala puji bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam.. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, yang akan berikan kita syaafaat di akhirat kelak, insyaallah..


Alhamdullillah tertunai juga hasrat ku nak bersedekah sarapan pagi buat beberapa kakitangan PROLINTAS EXPRESSWAY ni.. x dapat bagi semua la, cukup la sekadar mana yang ada.. ku niat kan sedekah ku kali ni pahalanya untuk arwah mak yang telah hampir 9 bulan mninggalkan kami.. ingatkan nak bawak nasi lemak tapi alih alih menu bertukar jadi bihun goreng. sebab teringatkan bihun goreng adalah santapan terakhir mak sebelum mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.


magrib semalam, kami adik beradik plus abah ngan ikin baca kan yassin buat mak dan buat tahlil. tak lupa jugak buat arwah kakak ku dan semua sanak saudara ku yang telah dijemput ALLAH. insyaallah, ku teruskan kesinambungan amalan bersedekah ni. sebab semasa hayat mak, mak memang rajin bersedekah. dan adik ku wan juga rajin sedekah tok officemate die kat MATRADE. dan amalan ni mmg bagus salah satu amal jariah yang insyaallah sebagai bekalan di akhirat kelak


ingatlah sesungguhnya, bila mati seorang anak adam, harta pangkat keturunan duniawi semua tidak berguna kecuali 3 perkara iaitu:
1. doa anak soleh
2. sedekah (amal jariah)
3. ilmu yang disampaikan kepada org lain (ilmu yang dimanfaatkan untuk kebaikan)


semoga perkara yang baik terus menjadi amalan kita semua. ku memang terapkan dalam diri ku dan adik beradik serta anak2 buah ku, iaitu jika kita dapat sesuatu rezeki, we need to share with everybody. sebenarnya contoh yang senang jika kita dapat 10 ringgit, 3 ringgit bukan hak kita... kita kena sedekah kan pada org lain. kiranya dapat 100% gaji yang kita dapat, at least 30% kita kena sumbangkan kepada org lain..

semua ini adalah tok jadikan rezeki kita lebih berkat.. bagi aku cukuplah dengan gaji yang kecil asalkan pandai/ tahu untuk bersyukur daripada gaji yang besar tapi x pernah nak bersedekah.. dan pengalaman ku sendiri sebelum ni bekerja ngan manusia yang gaji dekat 14/15K tapi bile time LHDN, semua resit kuar.. ALLAH tu Maha Mengetahui dan Maha Adil.. ALLAH uji dier kesusahan kena ragut apa semua... baru sedar ttg kesilapan tu. dan perkara ni walaupun tak ku lalui tapi ia bagi pengajaran berharga buat ku.. semoga aku x lakukan kesilapan seperti itu...

sama2 la kita fikirkan bersama

~wasalam~

Wednesday, April 13, 2011

TOLONG JAGA KESIHATAN


Bismillahirrahmanirahim...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

tulis entry ni sambil nyanyi lagu raihan tau




ingat lima perkara sebelum lima perkara

1. sihat sebelum sakit
2. muda sebelum tua
3. kaya sebelum miskin
4. lapang sebelum sibuk
5. hidup sebelum mati


fokus entri ari ni ialah perkara pertama iaitu SIHAT SEBELUM SAKIT. actually pagi tadi b4 12 aku pening kepala, terasa berat gile kepala ni. cam ada batu dok atas. tak tau kenapa, nak kata x tdo rasanya seawal kol 10 malam ku dah kodok ngorok (reketek reketek- teringat lagu pengakap pulak) hahah... tapi as usual la tdo kol 10, kol 3 pagi/4 pagi mata ku dah x boleh lelap dah..


pagi tadi ku dah telan active fast 2 biji masa sarapan kat umah, then kat office ni ku dah telan sebiji lagi.. x berkesan jugak. encik zack suggest g tdo kat surau barang sejam dua.. mula2 tu boleh tahan lagi, dah lama2 tu x tahan dah, mata dah berair tahan ngantuk, kepala pun rasa dah hanyut je... bau badan ku dah x bau minyak wangi dah, dah tukaq bau minyak kapak je. dengan meja bersepah2 ngan data, ku turun g surau...


dapat tdo sejam, alhamdullilah.. alhamdullilah.. bagaikan di absorb dek vacum pening tu.. dah x pening lagi.. badan pun rasa ringan.. rasa nak lari merentas desa je.. hahah, x sedaq diri, data x key in lagi.. hahahah..hati kecik baik kata.. " hey, cik aida, see on your table. that a lot of work waiting for u" hahaaha

k nak sambung buat keje...

wasalam

pesanan buat semua: jaga kesihatan anda baik2... jangan lewat makan, makan makanan berkhasiat.. ingat tubuh badan anugerah tuhan tu nak pakai lama tok ibadat pada ALLAH..

25/04/2011 ~ cuti ~

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


hati kecil (baik) " Ape la, baru sebulan keje dah minta cuti...
hati kecil (jahat) " Suka hati la, dah memang boleh cuti sehari, apply je la"
hati kecil (baik) " Tunggu la sebulan dua dulu, kumpul cuti then baru la cuti"
hati kecil (jahat) " hahahaha, aku x peduli.. nak cuti jugak.. ala sehari je, aku pulun g jalan kl...



hahaha, ini la yang berperang dalam diri aku. semuanya berpunca dari sebab aku nak apply cuti 25/04/2011.... ada 3 perkara penting yang aku nak buat.


pertama : nak g panjat pejabat HQ PTPTN Damansara sebab nak setelkan hal pinjaman.. hahaha
ku x mau jadi macam kacang lupakan kulit.. hutang tetap hutang semua ku ingat.. ni
dah keje, ku azam tok bayar semua pinjaman yang telah ku pinjam

kedua : nak g Hospital Pakar Al-Islam, Kg Baru nak uat repeat medical check up tok masalah
yang aku hadapi.. kan dulu ku suspect kidney problem/ batu karang. ku masih ingat
wajah doktor yang merawat aku tu.. muka cam x bersalah kata ku ada masalah buah
pinggang , xpun suspect batu karang sebab ku punya urine ada positif darah. dah la
nama je klinik panel, tapi ku kena bayar harga ubat ngan kos makmal. mahal tau
paling mahal 66 inggit tau. terkekau kekau ku nak cari duit masa tu. dah la masa tu ku
hanya ada rm 20 je dalam purse. nasib baik abg ku boleh bank in duit dan dan tu
jugak.. thank you my dear brother. jasa mu tetap ku kenang. burn je la duit tu ek..
hihihi....

sebelum ni punya problem ialah urine positif darah semua pertikai kan mungkin sebab
darah period ku kemungkinan masih tertinggal di dinding rahim. yes is true physically
memang xde darah, ku dah suci dah boleh solat. tapi bile tengok secara microscopic
ada little bit kandungan darah. so thats why ku nak repeat test ni lagi, to make sure
that im free from kidney problem atau masalah batu karang. lagipun ku risau jugak
kalau ada masalah.. thats why sekarang ni mmg dok minum air masak. botol khas
2000ml ku beli supaya ku sentiasa minum air masak.. banyak minum, banyak kali la
ke toilet. kira air tu macam flush up everything yang tertinggal kat dinding rahim tu..
xpe2, penat penat la dok ulang alik ke toilet janji ku sihat dan bebas penyakit


ketiga : ni even yang ku tunggu tunggu nak g ke PESTA BUKU 2011 di PWTC (22/04/2011
hingga 1 Mei 2011). ku dah surevy, mmg banyak pengedar2 buku yang mengambil
bahagian. tema tok KLBF 2011 ialah BOOKS: WORLD WITHOUT BORDERS. memang
sesuai sangat tema nya, mmg buku adalah sumber pengetahuan dan ianya ialah dunia
tanpa sempadan.. sama macam internet la, sekali klik semua ada.. dan buku juga
begitu.

ku memang sengaja pilih nak g weekday as compared nak g weekend. weekday x ramai
sangat org, sebab ramai yg keje, kecuali org yg mengambil kesempatan macam aku.
tahun tahun lalu ku g time weekend, sangat sesak, rasa tension nak enjoy tengok buku..
semua nya dok bersesak2.. terlalu ramai org.. lagipun yang tahun tahun lepas KLBF
time cuti sekolah, that why ramai budak sekolah dah ibu bapa pun amik kesempatan
tok bawak anak2 berjalan ke PESTA BUKU. ku puji, satu inisiatif yang BAGUS!!......

tapi semua ni dok masih jadi kira2 lagi, ntah dah boleh kejar semua ke ntah... rasanya dok kat HQ PTPTN dah nak sampai tghari. tu kat Damansara.. then nak rushing ke Kg Baru pulak tu, check lagi mau petang... then tinggal skit masa je kat PESTA BUKU tu.. camner?


hahahh.... hidup kena bijak... pandai2 kan la urus masa tu..

~adios amigos~

wasalam

Thursday, April 7, 2011

Semangat Penghulu Segala Hari

Bismillahirahmanirahim... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Jumaat buat semua... ku pagi-pagi lagi dah bersemangat gosok jubah pink, tudung pink mandi berwangi wangian.. kan sunnah hari jumaat kena berwangi wangian... so semangat pun lain, walaupun ada keuzuran hari ni.. xpe, keuzuran yang dialami tu x menghalang niat aku untuk bersemangat hari ni... eerrrmmm.. minggu ni dah masuk jumaat minggu ke 3 aku keje kat Unit Data ni.. sejak minggu lepas aku mesti bz ngan dokumen data. tapi after siap report tok LLM, kira dah x bz la.. tapi aku x boleh la dok melenggung goyang kaki je.. aku buat je keje2 posmen (cop receive documen unit data) then teruskan keje GURU SEKOLAH ( check dokumen pakai pen merah).. banyak la jugak istilah2 baru yang ku cipta kat unit data ni.. keje2 posmen la, routine cikgu sekolah la then istilah signature SUPERMAN. xpe2, ku mmg happy keje kat sini (alhamdullilah, alhamdullilah, alhamdulillah) walau apa pun ku x lupa untuk terus bersyukur atau segala nikmat yang telah ALLAH kurniakan kepada ku.. YA ALLAH, ku bersyukur sangat keje kat sini. 1. sebab ni company org melayu, so tenaga kita x diperah sesuka hati, OT dibayar, insentif diberikan. 2. aku masih lagi boleh beribadat dengan tenang, tak terburu2, awal waktu plus tengah dok usaha mantapkan ibadah yang wajib dan juga tampal dengan ibadah2 sunat. semoga perkara ni terus menjadi amalan dan ku terus istiqamah. insyaallah, ku mohon kekuatan ALLAH untuk sentiasa bukakan hati ni, tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepadaNYA. akhir kalam, semoga hari2 yang ceria ni sentiasa berterusan dan semoga ALLAH melimpahkan perlindungan buat kita semua ~wasalam~

Thursday, March 31, 2011

Ya Allah Berikan Kami Kekuatan

Bismilllahirahmanirahim... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Kali ni kami adik beradik di uji dengan ujian yang Maha Hebat dan Maha Berat.. bukan kami saja, tapi mak saudara sepupu2 semua terlibat sama.. hati ni cukup terkilan dengan tindakan abah.. buat kitrg ni macam xde guna. macam kitrg adik beradik ni masih kecik lagi, suara pendapat tak boleh diterima pakai... teruk sangat ke kitrg ni sampai dibuat macam tu sekali... di belakang kan langsung.. suara pendapat kitrg langsung x diterima.. tindakan terburu buru tu yang buat kitrg lebih rasa terbuang.. dah la mak xde dah, kitrg rasa cam xde tempat bergantung langsung.. sanggup nekad tinggalkan kitrg semua semata2 nak hidup ngan PEREMPUAN tu. apa istimewa nya die. mak x sampai setahun pun pergi tinggalkan kami semua. SUNYI, yes aku akui sangat2 mmg sunyi, tapi aku wan abang ne semua still masih di rumah tu. x kemana2 pun. paling koman pun siang je la yang sunyi. malam kitrg still ada kat situ.. x pk ke jauh kitrg travel pergi balik keje semata2 dgn niat nak tgk dier hari2. masing masing rasa kekurangan, tapi bile balik rumah semua hilang penat lelah tu tengok wajah semua org.. rasa macam masuk dalam zon VACUM, dimana semua hygiene, anasir2 yg x baik semua tertinggal kat luar.... itu lah keberkatan rumah 16/5 tu. jangan ajar aku tok jadi anak yg jahat atau derhaka.. aku tau neraka tempat nya. x guna aku tunggang tonggek tapi akhirnya ke neraka atas sebab jadi anak yang derhaka.. nauzubillah.. tapi itu mungkin akan berlaku seandainya perkara ni berterusan berlaku.. abah x faham ke perasaan kita ni, kitrg semua x larang abah tok kawin lagi tapi carilah yang sepadan. yang xde tanggungan. tua skit pun xpe, anak2 dah besar. ni nak menanggung lagi 3 anak kecik dan umur pun masih muda.. last2 kena keje lagi.. abah bukan nya muda gagah pun. kudrat dah makin xde. kitrg semua bukan nak abah susah, lagi nak senang kan abah. tapi jika ni pilihan yang telah di pilih, kena hadap la.. jangan salahkan kami, andai kami semua xde uruskan apa2. kami ni jadi cam sampah tau, xde guna.. kalau nak hantaran ke apa2 ke, ni tangan yg sedang menaip ayat2 ni sedia tu menggubah nya. ingat aku ni x pandai apa2 ke.. ku jadi x tenang tok keje.. ni baru je aku galang keje tok check Data Bukit Jelutong, tapi tergantung sebab rasa unhappy la hari ni.. entah lah, rasa x nak balik rumah je.. tapi x boleh, ku sayangkan kenangan yg ada kat situ.. mak menghembuskan hela nafas yang terakhir pun kat situ... arwah akak pun urusan dunia terakhir nya di situ.. semua budak2 berpantang kat situ... susah senang kitrg masih kat rumah tu... YA ALLAH, tenangkan lah hati ni... x tau kat mana nak cerita.. nasi baik staff kat sini baik2 nak dgr cerita aku.. cik zack banyak dgr dan bagi pendapat.. abg zaha pulak bantah tindakan kami boikot.. k la, nak sambung buat keje... wasalam adios amigos sayonara

Saturday, March 19, 2011

Alhamdullilah

Bismillahirahmanirahim.... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Alhamdullilah, syukur pada segala kurniaan yang telah ALLAH kirimkan buat ku sekeluarga.. masuk hari ni dah minggu ke 3 dan minggu depan minggu ke 4 ku telah menemui kerja baru yang sesuai di hati..

kerja sebelum ni bukan tak syok tapi rasanya kurang sesuai dengan diri aku.. lagipun environment yang sangat stress buat aku x pk lama untuk terus berada di situ. dengan hati yang nekad, ku apply je keje ni dan alhamdullilah setelah menunggu tidak berapa lama (tapi hampir 2 bulan lebih gak) dan akhirnya aku berjaya mendapatkan pekerjaan ni..

tapi keseronokan itu ditambah dengan ujian dari ALLAH SWT, yang menduga kesabaran dan keimanan aku. masa medical check up untuk keje ni, di Pusat Rawatan Islam Al-Islam Kg Baru Kuala Lumpur; aku telah di sahkan mungkin mengalami sakit buah pinggang atau batu karang.. doktor suspek sesuatu yang tak kena dengan buah pinggang atau mungkin ada batu karang; berdasarkan ujian air kencing ku yang positif mengandungi kandungan darah..

lemah lutut ku bile dengar penerangan doktor.. Ye la selama ni ku rasakan diri ku sihat sejahtera . tekanan darah okey dan gula darah darah pun okey je tok medical check up tu. lagipun selama keje di HUKM Cheras, aku selalu gak uat rutine check up.. sebab check up medical tool memang available kat sana..

doktor bagi aku rehat dan suruh makan ubat yang dier bagi dan yang paling penting ku kena minum air masak banyak2. Ye lah, seingat aku: memang aku kurang minum air masak. sejak pemergian arwah mak, ku sering kali minum air teh.. sebab dulu minuman teh adalah kegemaran mak.. langsung dan boleh dikatakan jarang la nak dok minum air masak ni.. so my routine drink now is air masak.. oleh kerana itu, g keje sekarang pun beli air botol yang besar gile.. isipadu 2000 ml... kadang2 abis, kadang2 tinggal suku..


6 mac 2011 aku buat last check up dan alhamdullilah ku telah disahkan tiada masalah buah pinggang atau batu karang.. alhamdullilah, syukur pada ALLAH atas segala nikmat yang telah diberikan kepada aku. but now i take an action to beware with my health. risau pulak kalau ia berulang kembali..

secara tulusnya; ada hikmah kenapa ALLAH berikan ujian ini kepada aku. tok bagitau aku, jangan ingat dalam usia muda ni xde kena penyakit. sebab penyakit tu tak kenal usia, kalau x jaga kesihatan memang x sihat la jawab nya. Dan ujian ini buat ku dekat pada ALLAH, kalau tak aku sentiasa lupa tok doa tentang kesihatan diri ni. Dan jarang2 sekali buat solat taubat. dah dengar berita yang merisaukan, barulah nak buat solat taubat.. jangan ikut perangai aku tau!! kena sentiasa buat solat taubat... bak kata pepatah orang dulu dulu " dah terantuk, baru nak terngadah"


~wasalam~

Friday, January 21, 2011

kita sering mengeluh bile ia tiada, dan membazir jika ada

Bismillahirahmanirahim.... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Errrmmm.. aku tengah tunggu athan zuhur ni.. lagi 2 3 minit lagi athan la ni..

Ari ni pagi2 lagi bekalan air utama dah terputus.. ntah kat mana la paip yang terpecah kat kampung ni.. awal2 pagi abah dah kejut aku, kata air xde, cepat2 bangun.. hahaha, aku terus bangun mandi cepat2 kang xde air air susah.. air ada la setitik dua, selesai je amik wuduk, terus kering air tu..
ku dah la sakit perut je dari pagi ni.. pinggan kat dapur tu bertimbun2, x basuh2 lagi.. kain baju mmg extend esok la basuhnya, ari panas pulak.. wah, sebabun keluhan aku luahkan...
Eerrrmm sampai ke zuhur ni masih xde air lagi..

Terukkan manusia ni, bila air xde pelbagai keluhan keluarkan, kalau time ada air tu sampai membazir2.. sayang kat air tu.. sama la kalau letrik pulak xde... semua sumpah seranah kuar.. salahkan org tu la, salahkan org ni la.. dunia dunia, mmg x pernah cukup..

K la, ku doa semoga cepat la bekalan air ni ada balik, sian kat kami ni susah nak angkut air sana sini, tergendala kerja kerja umah.. banyak yg x setel lagi ni.. okey athan dah berkumandang.. nak g mandi dengan air yg ada, then solat..

K semua jom tunaikan solat, tegakkan tiang agama

~wasalam~