Wednesday, October 16, 2013

Setelah sekian lama......

Bismillahirahmanirahim... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


  

esok hari penentuannya, setelah sekian lama aku tidak menjadi pengerusi majlis. kali ini, dipilih oleh AJK Majlis Hari Ladang MARDI... ku dah tolak kat kawan kawan lain, semua tolak balik kat aku.. aduyai, saje je nak buat jantungku dup dap dup dap....

eerrrrmmm.... sejak petang tadi dah rehease cakap sorang sorang....  

ini teks ucapan esok....
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil alamin, wabihi nasta’in ala umurid dunia waddin, wa ala alihi wasahbihi ajma’in.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.

Dari Johor hendak ke Pekan,
     Singah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman saya hamparkan ;
    Buat bingkisan salam pertemuan

Assalamualaikum  wbrkth dan Salam 1 Malaysia
Yang Berbahagia Tn Hj Jamaluddin Bin Salim – Pengarah Pusat Pembangunan dan Promosi Teknologi MARDI
Yang dihormati Dr Hajjah Sariam Binti Othman – Pengarah Pusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri MARDI
Yang Berusaha Dr. Haji Zainal Abidin Bin Hasan – Pengarah Mardi Negeri Selangor
Yang Berbahagia Tn. Hj. Nasir Bin Kushairi – Pengarah IADA Barat Laut Selangor
Yang berusaha En Wahid bin Said - Pengurus Stesen MARDI Tanjung Karang
Pengarah-Pengarah MARDI Negeri yang hadir,
Ketua-Ketua Jabatan/Agensi MOA Peringkat Negeri dan Daerah
Ahli-Ahli Jawatankuasa Teknikal dan Pelaksana Projek Perintis Pakej Clearfield (MR220 CL2)
Yg. Berusaha Pengerusi  JKKKP - En. Saharudin Bin Jamuri
Yang Berusaha Ketua Blok L, Sawah Sempadan- En. Mohamad Tahir Bin Mohd Dasrap
Peserta-Peserta Projek Perintis Pakej Clearfield (MR220 CL2)
Tuan2 dan puan2, para hadirin yang di hormati sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat illahi dengan limpah serta perkenannya, maka dapat kita sama sama berkumpul bagi memeriahkan majlis Perasmian Hari Ladang & Penuaian Padi Projek Perintis Pakej Clearfield (MR 220 CL2)

Majlis mengucapkan selamat datang dan berterima kasih di atas kehadiran dif dif jemputan.

Buat ketupat bersama rendang
Jadi hidangan di pagi hari
Saya bagi pihak majlis mengucapkan selamat datang
Ke Majlis Perasmian Projek Perintis Padi MARDI

Sebagai pembuka acara, majlis menjemput hadirin sekalian bsama sama berdiri bagi menyanyikan Lagu Negaraku. Hadirin di minta berdiri.

Terima kasih di ucapkan kepada sekalian hadirin yang telah bersama sama menyanyikan lagu Negara ku itu tadi.

Orang Jawa berdagang ke kota,
            Singgah di Acheh membeli gamat,
Tangan dirafak, restu dipinta;
            Doa diamin moga selamat.

Hadirin yang di hormati, dengan harapan semoga majlis kita pada hari ini berjalan lancar dan diberkati oleh ALLAH SWT, majlis dengan ini mempersilakan En Hj Abdul Rahman Bin Napiah untuk membacakan doa.. dipersila kan

Amin amin ya rabbal alamin. Terima kasih di ucapkan di atas bacaan doa itu tadi.
Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda,
Tak lengkap malam tanpa purnama,
Tak lengkap laut tanpa ombak badainya,
Tak lengkap sambutan tanpa ucapan alu-aluannya..

Dengan itu, majlis menjemput Yang Berusaha Dr Hj Zainal Abidin Bin Hassan Pengarah Mardi Selangor untuk menyampaikan ucapan alu aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Terima kasih di atas ucapan tersebut.
Yang awal kita dahulukan,
Yang dahulu kita alu-alukan,
Ucapan perasmian kita nantikan,
Pelengkap majlis yang kita adakan.
Majlis diteruskan dengan ucapan dari Yang Berbahagia Tuan Hj Jamaluddin Bin Salim Pengarah Pusat PT MARDI dan seterusnya merasmikan majlis Perasmian Hari Ladang & Penuaian Padi Projek Perintis Pakej Clearfield (MR 220 CL2)
Dengan hormatnya majlis mempersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih diatas ucapan dan perasmian tersebut

Para hadirin sekalian, majlis seterusnya ialah penyampaian sijil dan plak kepada peserta Projek Perintis Pakej Clearfield (MR 220 CL2), Blok L, Sawah Sempadan.

Dijemput Dr Hj Zainal Abidin Bin Hassan untuk mengiringi Tuan Hj Jamaluddin Bin Salim Pengarah Pusat PT MARDI untuk menyampaikan sijil dan plak kepada peserta yang terlibat.
Dipersilakan
Senarai nama penerima sijil (sebut nama ikut urutan)
Terima kasih di atas penyertaan semua

Diminta Dr Hj Zainal Abidin Bin Hassan untuk menyampaikan sedikit cenderahati,  kenang kenangan kepada Tuan Hj Jamaluddin Bin Salim Pengarah Pusat PT MARDI. 

Dan diminta Tuan Hj Jamaluddin Bin Salim Pengarah Pusat PT MARDI untuk menyampaikan cenderahati kepada Dr Hj Zainal Abidin Bin Hassan

Terima kasih diucapankan.
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Tuan Hj Jamaluddin Bin Salim Pengarah Pusat PT MARDI untuk ke petak sawah bagi merasmikan penuaian padi. Dipersilakan…

Dengan selesainya  penuaian padi, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. Bagi pihak ahli jawatankuasa pelaksanaan  Projek Perintis Pakej Clearfield (MR 220 CL2), Blok L, Sawah Sempadan, mengucapakan jutaan terima kasih kepada tetamu kehormat, para jemputan, sekalian hadirin yang hadir dan menjayakan majlis pada hari ini.

Dijemput semua hadirin untuk menikmati jamuan makan yang di sediakan oleh pihak kami. Pihak ahli jawatankuasa memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kecacatan sepanjang kami menjalankan majlis ini.

Apa yang baik datang nya dari ALLAH, dan apa yang buruk datangnya dari kelemahan pihak kami. In Sha Allah di kesempatan yang lain, diharapkan agar kita semua dapat bekerjasama lagi.
Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.


Sekian, wabillahitaufik wal hidayah
Assalamualaikum wbth.



Salam AidilAdha 1434H

bismillahirahmanirahim... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Salam Aidil Adha buat semua


Daging-daging dan darah qurban itu sekali-kali tidak dapat mencapai Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik (QS. Al Hajj [22] : 37).

 

Semalam lepas solat sunat aidiladha di masjid, ku sekeluarga berkumpul di rumah Abg Sham untuk menyempurnakan majlis qurban.. Asalnya, kami dengan sepupu2 ku berkongsi beli seekor lembu, tetapi kelmarin kak yati nasi lemak dan keluarganya sumbang seekor lagi lembu untuk di qurbankan. alhamdullilah, majlis berjalan dengan lancar, cuma ada 1 baris jalan 1 terlepas pandang x dapat agihan qurban. xpe, Cikgu usop berjanji untuk ganti dengan pemberian agihan daging qurban di majlis qurban di tanjung siam hari ini. 


    

inilah wajah wajah yang bersedia berkhidmat untuk majlis qurban semalam. ukhuwah dan persaudaraan sangat dituntut membuktikan bahawa susah senang sama di kongsi...


in sha allah, semoga allah menerima ibadat kita dan memberikan ganjaran pahala. Marilah kita sama sama berazam untuk ihlaskan hati dalam majlis qurban ini. ku dan adik beradik berazam untuk setiap tahun berqurban, dengan niat supaya dapat membantu mereka2 yang tidak berkemampuan. dan agar ibadat ini menjadi contoh kepada anak anak saudara ku Nurul, Husna, Sofia dan Adib Luqman.

sekian, wasalam