Nur Keindahan (Puteri Wardah)
Seorang gadis biasa yang berjanji pada diri untuk menjadi terbaik pada diri, mak ayah, keluarga, masyarakat, agama dan negara.. Merindui Kekasih ALLAH SWT dan Mencintai ALLAH dengan sepenuh hati... Impianku hanya satu, ingin berada di syurgaMU Ya ALLAH.. Semoga aku mendiami syurgaMu Ya Ilahi.... Masih belum menemui teman yang akan ditemani nya di syurga abadi.. Menantikan lelaki soleh yang akan menyunting diri ku sebagai penemannya di sana nanti..
Sunday, January 22, 2012
bertemu lagi
alhamdullilah.. syukur pada allah swt yang melimpahkan rahmat dan kasih sayang yang tidak terhingga pada kita semua. insyaallah 1 mac 2012 genap setahun aku berkhidmat dengan syarikat konsesi lebuhraya iaitu Prolintas Expresway sdn bhd atau lebih dikenali sebagai gce ( guthrie corridor expressway)
banyak pengalaman yang ku timba disini. bermula dengan dok di unit data bagi menggantikan pn syuria yang cuti bersalin dan kemudian terus bekerja di plaza menjalankan operasi highway. seCara jujurnya, aku puunyai tanggungjawab dan amanah yg besar. jika jurutol adalah barisan hadapan syarikat a.k.a duta syarikat, kami Sebagai penyelia adalah penyokong dan penyambung maklumat antara pihak pengurusan dan jututol. boleh dikatakan kami ni ala ala sandwich jugak la. kadang kadang tertekan dengan org atas dan salah gaya budak budak pun buat hal jugak. tapi apa2 pun, mana ada keje yg senang kan. ini la cabaranya dan ini yang aku suka. aku grmbira dengan amanah dan tanggungjawab ni.
ramai org tanya kenapa aku rela tok keje ni sedangkan aku ada tgempat yg lagi baik. jawapan aku satu je AKu HAPPY dengan keje ni. sambil aku aku boleh ibadat. ku boleh balik ari ari jumpa adik beradik dan anak buah yang aku sAyangi. aku cuti diwaktu org bekerja, dan aku kje diwaktu org bercuti. sama la cam sekarang aku tgh bersantai tapi kat kepala ni masih ingAt keje keje kAt plaza. hehehe..
apa2 pun aku syukur dengan apa yg ada sekarang. semoga Allah swt berikan rezeki yang halal lagi berkat buat ku untuk keluarga ku ini. dan ku ingin ingatkan diri ku agar ada duit lebih tu bayar la ptptn yang dah dua tiga kali duruh bayar. insyaallah
sekian. wasalam
Friday, September 30, 2011
Idea Menjelma
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
p/s: tajuk diatas tiada kaitan pun dengan entry kali ni.. saje je letak tittle idea menjelma tu.. hik hik hik.. nak cover sebab dah lama x tulis entry.

Apa khabar semua? di harap kalian dalam rahmat allah s.w.t.. Pic di atas atas picture yang diambil ketika petang 1 syawal raya tahun ni.. petang raya dah kena kerja.. xpe la bukan selalu kan kerja masa raya.. takpe janji kenduri kat rumah dah setel.. rumah saudara mara pun dah round ( ada yang x sempat nak pergi) ... semoga segala amalan baik yang kita buat semasa di bulan ramadhan yang lalu, kita teruskan dan istiqamah dalam beramalan.
lama jugak ku x tulis entry ni.. rasanya last masa puasa je kot.. hari ni dah masuk 2 zulkaedah.. sepanjang bulan syawal, 1 entry pun ku x buat.. banyak bebeno alasannya bile nak buat entry. antaranya: idea kekeringan la, xde masa la, beruk band x bayar la,, hakikat sebenarnya AKU MALAS... hahhahaha...
but now, ku dah rajin dan ada idea serta dah bayar beruk band.. so kena la tulis entry dan teuja tengok blog cikwanionline menulis.. blog cik wani ni mmg aku follow dari dulu.. aku suka cara penulisannya santai.. dan aku support usaha dier untuk breast feed anak lelaki dier iaitu wan hadif yang berusia 1 setahun 2 bulan kot..
macam macam yang berlaku disekitar aku dan hidup aku.. kini, alhamdullillah berkat ajaran kawan2 sekerja: kak mel, en. yus, ilzam dan x lupa kak ju dan sokongan dan perhatian dari en. hamdi, en. azrol, en mat razib, en razif , en, zack dan ramai lagi.. akhirnya masuk bulan ni aku dah 4 bulan fully be a toll supervisor.. aku bangga sungguh, walaupun pada mata kasarnya aku tidak selayaknya untuk jadi toll supervisor (overqualified) but aku cabar diri aku untuk kerja itu.. try the best kerana itu adalah amanah dan tanggungjawab aku yang akan dipertanyakan di hadapan ALLAH kelak.. dan ia juga suatu carian nafkah yang halal lagi berkat buat aku dan keluarga ku (anak2 saudara ku dan adik beradik ku, x lupa untuk abah). aku bangga sebab AKU BUKAN PENGGANGGUR.
kawan2 semua pun berita berubah2.. ada yang bertambah bilangan anaknya, ada yang baru dapat baby, ada yang baru tukar status (bujang kepada isteri orang), tempat kerja bru, naik pangkat etc.. alhamdulillah.. syukur kepada Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. tahniah buat Nurulaini yang telah bernikah minggu lepas dengan pasangannya Mohd Saufi (junior Atiah budak chemist batch ayu melah).. Siti Sarah Ahmad dan Norkhairani juga telah menjadi ibu, AG dah jadi ayah . rasanya dalila pun dah keje, zakiah pun dah sambung master.. alhamdullilah.. seronoknya hidup mereka kan? teruja pulak aku.. but aku kena sabar, insyaallah akan tiba masa ku..
last week, masa g kenduri rumah nurulaini, jumpa kak nadiah, atiqah & suami dan anaknya, LEE (nurliyana) dan seorang budak science comp. Jabir kot nama dier.. x ingat la... borak2 lama jugak ngan atiq.. kak nadiah masa jumpa die dah on the way nak balik, dier cerita yang en. zuli dah balik Malaysia bersama anak2 (made form uk pun ada, siap kembar lagi) dan isterinya. dah dah bertugas di uitm kuala pilah. kak nadiah marah aku sebab aku berhenti master.. aku jawab dah xde rezeki nak sambung nak buat macam mana.. selamba je kan jawab macam tu.. hik hik... sungguh xde perasaan pun aku ni..
masa nak balik, baru dapat jumpa zakiah. z datang dengan abg helmi, lutfi dan yang teristimewa Nur Kausar.. first time tengok dier.. dapat pegang pegang.. jahat kan auntie aida ni x pernah pun nak datang jenguk kausar kan.. maaf ye nur kausar, auntie aida ni masih dalam usaha memperbaiki diri dan ekonomi. sian mak dan ayah pun aku x jenguk. apa la aku ni , anak angkat yang lupa kan budi mak ayah angkat.. bukan lupa, tapi tu la, masih belum ada kelapangan nak ke Bangi.. bukan macam masa keje kat HUKM.. menyempat je ke Bangi tu.. xde hal pun saja saje buat hal nak ke Bangi... insyaallah ada kelapangan ku ke sana..
atiah, kak rina,wani, dalila sampai just right after aku berlepas nak balik.. depa dok tanya aku, depa marah sebab aku balik cepat sangat.. dah la sekarang ni paling susah nak jumpa manusianya ialah Aku... hihihi..
xpe2, tgh semangat membara2 rasa macam nak buat small reunion.. jumpa kengkawan lama... seronok jugak.. tapi macam aku jugak yang kena buat arrangement.. eerrmmm, yang dulu kantoi x dapat sambutan.. poyo la si Nemo dan Salmiah bank in.. alih alih x dapat sempurnakan.. xpe, learn from the mistake... kena arrange properly....
eerrrmm.. rasa macam dah kehabisan idea je... sedari tadi macam semua nak cerita.. takpe2 next time ku buat entry lagi ek..
sekian,jumpa lagi...
salam 3 zulkaedah
~ aku x tau motif aku letak gambar aku kat atas tu, nak kata aku kurus pas bulan puasa, tulah perkara yang mustahil.. hahha badan makin naik ada lah... oh tuhanku, bila nak kurus nih.. nak aktif macam dulu... dulu kecik molek, badan ringan je...
Tuesday, August 9, 2011
Ramadhan terakhir...?
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam ramadhan to all,
Hari ni dah masuk ramadhan ke -10 dan bermakna 10 hari umat islam seluruh dunia berpuasa. Puasa tahun ini buat pertama kali nya aku berpuasa ditempat baru dan suasana baru. Seronok dan penuh dengan dugaan, dugaan ALLAH buat ku sebagai tanda ALLAH sentiasa berikan perhatian buat ku. Aku bersyukur atas segala ujian dan dugaan ALLAH ini.
Untuk mejadi yang terbaik, memang ALLAH sentiasa bagi ujian supaya kita sebagai manusia menjadi hambaNya yang tidak lari dari tujuan asal kita diciptakan di bumi kepunyaan ALLAH ini. Iaitu sebagai Khalifah yang telah ditugaskan untuk mentadbir alam dengan sebaik baiknya dan matlamat kita bukan kehidupan dunia tapi kehidupan selesa di Perkampungan Akhirat nanti.
Oleh itu, ayuhlah semua yang bernama Hamba ALLAH kembalilah kita kepada fitrah asal kewujudan kita di dunia ini. Tegakkan la segala amalan baik dan jangan sesekali melakukan apa yang telah dilarang ALLAH. Sempena bulan mega sale, bulan keberkatan, bulan kerahmatan dan bulan keampunan, ayuh kita sama sama merebut untuk melakukan amalan kebajikan. Kerana setiap amalan yang kita lakukan dengan hati yang ikhlas ALLAH akan berikan ganjaran pahala yang berlipat-lipat kali ganda.
Semoga ramadhan kali ini adalah ramadhan yang terbaik dalam hidup kita, kita tidak tahu samada kita berpeluang atau tidak berjumpa lagi dengan ramadhan tahun hadapan. Ringan-ringankan badan untuk bangun bertahjud, titisan air mata keinsafan ALLAH rindukan rayuan dan aduan kita semua. Hadirkan diri ke masjid masjid ALLAH kerana di situ adanya kerahmatan ALLAH. Jangan jadikan puasa sebagai 1 alasan untuk jadi pekerja yang tidak produktif. Seharusnya kita lebih bersemangat bekerja di bulan puasa ini, wujudkan amalan bertadarus al-quran.
Cari masa untuk beribadat kerana setiap hari ALLAH telah hidangkan kita dengan masa yang sangat panjang iaitu 24 jam sehari. Buat amalan sunat dan tingkatkan amalan fardu. Semoga kita menjadi Hamba yang terbaik selepas kita keluar dari Madrasah Ramadhan ini. Sama sama kita memperbaiki diri.
~ wasalam~
Monday, August 1, 2011
Ramadhan Karem.. Allahu AKraM
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.. Selamat Datang bulan kerahmatan, keberkatan dan keampunan ALLAH
Hari ni dah masuk hari kedua umat islam seluruh malaysia dan kawasan di sekitarnya berpuasa. penduduk Mekah rasanya dah masuk hari ketiga berpuasa. Tahun ini ku mengalami berapasaan berbeza sedikit kerana kali ni ku berpuasa sebagai salah seorang kakitangan Prolintas Group of Companies. Semalam ku berbuka dengan budak budak JT (Norashida, Noor Nazirah, Nurul Aini, Aiza Izzati, Siti Nor, Siti Sarah dan M. Rasydin). Alhamdullillah Prolintas bagi juadah berbuka nasi campur kurma dengan air kotak. sebagai tambahan semalam aku buat teh tarik ngan air sirap bandung. depa kata air teh tarik ku macam kat kedai mamak... hihihi ku senyum je, semua nya kerana kudrat ALLAH.. kalau x mmg xde la teh tarik tu.. xde kudrat jadi air teh o je lah...
semalam,pukul 4.15 ptg, py ilzam dah gerak ke bukit jelutong buat MTL kat sana. hahah tinggal la aku terkontang konteng ku handle operasi. but, alhamdulillah, dengan bantuan nasihat drpd en. hamdi, en. azrol ngan budak jt2 aku hanya buka 1 lorong selatan ngan 2 lorong utara. kereta pun x banyak sangat semalam. collection amounted pun x seperti biasa. mungkin semalam ramai yang cuti. goverment servant dgn budak sekolah semalam cuti. tu yang trafik x banyak tu..
semalam py yusri mc, so aku ot dari pukul 10 pagi.. semalam ku bawak udang galah 3 kilo bagi kat kak aida (engine). katanya en. yang nak. mula2 depa nak 5 kilo. tapi yang ado hanya 3 kilo. jadi la, dari pada xde kan. tu pun sebab andak nuai yang g menjala... kalau abg sham ada dapat banyak kot. eh, apa yang aku dok merepek sampai cerita jala udang ni...
k la, selamat menyambut ramadhan buat semua. semoga kita semua dapat merebut mempertingkatkan ibadat yang telah ALLAH tawarkan di bulan yang penuh rahmat, keberkatan dan magfirah (keampunan) ni.. semoga ramadhan kali ini ramadhan yang terbaik sepanjang hidup ini. sebab kita tidak tahun samada kita dapat berjumpa dengan ramadhan tahun hadapan atau tidak.
masih awal lagi untuk kita sama2 polish, gilap brainwash kita punya tingkat amalan pahala. jangan lah kita hanya sekadar menahan diri dari makan dan minum, kerana itu hanya puasa umum.. semua puasa kita dipenuhi dengan pelbagai amalan sunat yang lain seperti baca al-quran, bersedekah, solat sunat tarawih, bangun buat tahjud sebelum bersahur.. dan lagi bagus sekiranya sentiasa istiqamah solat jemaah terutamanya yang lelaki.
ingat kata kata ustazah nor bahyah " anda buat, anda dapat"
sekian, wasalam
Friday, July 15, 2011
i'm back
Setelah sekian lama, x menulis di sini atas kesibukan duniawi.. (aha, sibuk la sangat), akhirnya pagi ni aku dapat juga kesempatan untuk berbloging kat blog aku yang serba sederhana ni.. last entry pada 22 mei 2011 (kalau x silap la), masa tu aku dok kat Unit Data lagi.. sesibuk mana pun keje yang en. z bagi, ku masih boleh menyelitkan masa dan ruang waktu untuk aku menulis entry...
kini, aku telah totally be a toll supervisor plaza elmina masuk bulan kedua. Bulan Jun adalah bulan yang penuh cabaran.. terlalu banyak benda yang aku belajar. dok kat Data aku belajar teori je, mmg A+, everything i understand, but now, hancur lebur semua teori yang aku belajar bile masuk plaza.. semuanya kelam kabut, sebab teori x sama dengan praktikal. di plaza semua anggota badan ku kena bekerjasama supaya setiap pekerjaan ku boleh berjalann dengan lancar.
bulan jun mmg banyak gile kesilapan yang aku buat, ditambah pulak dengan sistem e-form yang semakin menambah kerja penyelia. keje penyelia mmg banyak tanggungjawab, kena jaga budak, jaga trafik, jaga data, jaga serba serbi la.. dengan lorong yang selalu hang, plus data yang tersangkut undergorund x mau naik ke plaza.. di tambah pulak dengan budak2 yang bermacam2 perangai..
kes terbesar mengenai budak ialah berkaitan dengan mc.. aku x tau sama ada budak tu tipu mc ke atau aku yang dah terbuang mc dier. tapi natijah nya, mc tu mmg xde. aku x tau kemana mc tu. Demi ALLAH, aku berkata benar, ku x nampak langsung mc budak tu. aku x boleh nak describe mc dier kalau betul dier serahkan pada ku. ku cuba refesrh my mind, samada ku pernah lihat mc dier ke x.. tapi mmg xde apa2 pun.. puas kelenjar hormon ku dirembeskan agar minda ku lebih berfungsi.. but nothing.aku x ingat apa2 ttg mc budak tu. nama klinik budak tu dapat mc pun aku x tau pada mulanya..
pada awalnya aku minta maaf dengan budak tu, mungkin aku masa tu mmg tersilap, ku akui mmg ku terbuang.. cari jalan mudah ku minta maaf dan minta budak tu carikan/ amik semula salinan mc kat klinik tu.. tapi esoknya budak tu beralasan klinik tutup x dapat amik salinan tu. the next day pun masih alasan yang sama. same reason for next few day... masa tu aku dah angin 1 badan la bila asyik alasan yang sama je. last2 budak tu cakap klinik tu dah pindah... masa tu aku betul2 dah hilang sabar lagi2 bile aku dgr khabar dari mulut budak tu sendiri yang mungkin aku dikenakan tindakan dengan potong gaji 3 hari sebab hilangkan mc orang. YA ALLAH, ari tu mmg aku berangin je, abis semua budak aku marah. aku akui aku emosi sangat. x pasal2 aku kena potong gaji 3 hari.. tapi x pun, exec tu saje je nak gurau2 ngan aku..
hish, gurau pun pada2 la, nak amik tindakann, amik la tindakan yang lain, x syok la potong2 gaji ni, org lain yang mc ari tu, aku pulak yg potong gaji.. aku x puas hati, aku nak investigate. cari kebenaran.
so aku pun dengan sedikit ilmu Crime Scence Investigation ala ala FBI, aku pun investigate la ttg klinik yang budak tu pergi. mmg betul klinik tu tutup. ku x puas hati, ku stop kete, then g area klinik tu. tanya kat apek kedai sebelah klinik tu. uNcle apek tu cakap, klinik ni mmg dah lama tutup. sejak 1 jun 2011, tapi apek tu x tau dier pindah kat mana. aduh, aku cakap dalam hati ' budak ni betul2 nak take for granted on me ni.... aku terus call exec yng berkenaan bagitau semua yang aku investigate, dan minta exect tu amik tindakan. aku dah jalankan keje aku, segala2nya serah kat exec.
then aku dating sekali lagi ngan exect tu, ku ditegur kerana terlalu emosi ngan budak tu.exect tu cakap aku x faham keadaan budak tu yg telah bekeluarga dan ada anak. masa tu aku angin 1 badan sebab aku mmg faham ibu yang bekerja ada anak umur bawah 2 tahun mmg x tenteram semasa bekerja mmg asyik teringatkan anak je. lagi2 kalu anak tu demam ke kembung ke apa ke... yes, its true aku x kawin lagi bujang lagi, bab kalau bab jaga anak, mmg aku A+ jaga anak sebab aku jaga husna sejak umur 1 hari hingga la ni dah 7 tahun. eventhought, aku jaga mohd syahid hakimi yang berusia 6 bulan masa tu, dah tahun tu, aku nak exam spm tau. aku mmg faham sangat karenah jaga baby ni.
aku diminta untuk buat surat tunjuk sebab sebagai attachment atas kes ni. budak tu pun kena buat surat jugak. tapi aku rasa result nya sangat berbeza sebab aku tulis aku x terima mc dier, budak tu akan cakap dier dan bagi surat tu... aduh, pening pening.. awal2 kes, aku janji ngan assistant operation tu aku nak siasat sampai dapat kebenaran, tapi bile aku dah kena buat surat dan aku anggap ia sebagai 1 tindakan, aku lupakan saja investigation aku. its bring a good lesson for me, agar lebih berhati2 dengan semua org. bak kata arwah mak " buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali"...
k la, nanti ku sambung lagi sesi luahan rasa ni.. ku nak g buat sarapan pagi jap.
~wasalam~
Sunday, May 22, 2011
Ujian ALLLAH Datang Lagi
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Sunday, May 15, 2011
Selamat Hari Guru
16 Mei 2011 - Hari Guru
Tema : Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Hayatilah sajak mengenai guru karya Sasterawan Negara (Usman Awang)
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
sajak yang sangat bermakna dan beerti buat semua guru2, kerana tanpanya kita tak akan kenal ABC, 123.. Guru2 adalah asas kepada setiap kejayaan dan kegagalan setiap manusia.. Jasa Guru yang kita semua akan kenal sampai akhir hayat.. Panggilan Keramat CIKGU kekal terpahat.
Buat guru2 yang telah mencurahkan ilmu kepada ku, kawan2 dan anak bangsa, sekalung penghargaan ku ucapkan atas pengorbanan dan sumbangan ilmu yang diberikan.. sehingga kami menjadi anak bangsa yang berjaya dunia dan akhirat..
Guru ku Cikgu Ahmad Kosman, Cikgu Choo Kin Tong, Cikgu Mok Yow Lin, Cikgu Rusdi Ismail, Ustaz Razali Napiah, Cikgu Fadhil, Cikgu Nur Huda, arwah Cikgu Fauziah dan semua cikgu-cikgu Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Kg Kuantan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor. Hanya Allah yang akan membalas jasa2 kalian.. tidak dilupakan ustazah dan ustaz di sekolah rendah agama pasangan iaitu ustaz Fadullah, ustaz Said, ustazah Manah, ustazah Zaimah, Ustazah Zainon Ali, ustazah Zainon Daud, Ustaz Bahasa Arab ku yang dah x ingat namanya tapi ingat rupanya dan semua yang telah mengajarku.. Terima Kasih ku ucapkan atas jasa2 kalian.. kata kata nasihat masih ku ingati dan terngiang2 di telinga ini..
x lupa juga semua pensyarah Kursus Diploma Sains (UiTM Kuala Pilah) dan Kursus Sarjana Muda Sains Kepujian Biologi (Uitm Shah Alam). En. Abu(Prof Madya Abu Hasan), En. Taufik, En. Shamsul Onn, Puan Mazni, Puan Rose,Dr Harita, Dr Farida Zuraina, Dr harinder, Puan Wan Razarinah, Cik Fydee, en. dzul. Terima Kasih atas curahkan ilmu.. Kalian semua umpama ayah dan ibu kami yang tidak henti2 mencurahkan ilmu supaya aku dan kawan2 menjadi insan yang berguna..
doaku semoga ALLAH berikan kebahagian dan kerahmatan hidup buat semua guru2 ku.
~wasalam~
