Wednesday, May 25, 2016

Anak Anak Saham Akhirat

Bismillahirahmanirahim......


Jaga dan didik anak sebaik baiknya.. jangan dimarah anak sekerasnya2 anak itu jika dia buat salah, seharusnya ibu bapa perlu bagi tunjuk ajar dan teladan yang baik..

 Penat mana pun, tension dan stress bagaimana yang kita hadapi di pejabat, jgn jadikan anak2 dirumah sebagai mangsa kemarahan kamu,
ini kerana, anak2 adalah tabungan dan pelaburan akhirat buat kita, kerana jika suatu hari nanti kita dijemput illahi, hanya doa dari anak anak yang mampu membantu kita di alam barzah.....

 Berapa jam sangat kawan kawan, jiran jiran dan sanak saudara yang datang menziarahi di hari kematian kita yang akan menghadiahkan doa dan alfatihah buat kita, malah makin lama, makin die lupa pada kita

 Akan tetapi, doa dari anak anak juga la yang setia sebagai saham untuk kita yang telah lama pergi walaupun anak itu soleh atau tidak, ingatan dan doa dari mereka tidak akan putus..

maka... didik la anak anak mu sebaik mungkin dan ingatkan mereka agar mendoakan kita di saat kita telah tiada dari dunia ini

No comments:

Post a Comment