Thursday, February 18, 2010

Buku : Riwayat Bidadari Syurga







Bismillahirahmanirahim..



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....


Semalam ku ke Shah Alam.. seperti biasa la ku bukan boleh ada duit pasti buku yang akan ku beli.. ku singgah di kedai buku agama di kompleks PKNS....setelah belek punya belek, ku terpandang 1 buku tentang bidadari syurga.. Wanita wanita terhebat dan seharusnya sifat dan ketegasan mereka jadi contoh panduan buat kita semua..


Sebuah buku yang bertajuk : Riwayat Bidadari Syurga tulisan Munif Ahmad terbitan Hijjaz Record Publishing yang berharga rm 25.oo telah menarik minat aku untuk ku memiliknya. Apa yang menariknya buku ini ianya menghimpunkan seramai 32 wanita penghuni syurga yang diuji allah dan mereka menghadapi setiap ujian allah dengan hati yang redha..

Antara kisah yang dipaparkan oleh penulis ialah Hikayat Adam dan Hawa, Lagenda Cinta Khadijah R.A, Fitnah Aisyah Dibela ALLAH, Zainab Binti Rasullullah SAW Di Antara Dua Cinta, Singgahsana Balqis, Asiah Ratu Syahadah di Mahligai Firaun, Syurga Menanti Sumayyah Sekeluarga dan banyak lagi kisah wanita2 yang Allah jadikan syurga abadi buatnya.....

Selain dari kisah yang dipaparkan, diselitkan juga lirik2 lagu yang telah dihasilkan dan dinyanyikan oleh kumpulan2 nasyid seperti Hijjaz dengan Sumayyah, UNIC dengan Ainul Mardiah, Zinnirah, Mestica dengan Zainab Diantara Dua Cinta,In-Team dengan Rabiatul Adawiyah dan Siti Khadijah serta ramai lagi... Seindah bait-bait lirik lagu dari kumpulan ini, sehebat itu juga dugaan dan cabaran Wanita-wanita syurga ini memperjuangkan kalimah Allah dan juga menjadi penguat di sebalik Amirul Mukminin yang berjuang kerana ALLAH...

Ada juga diselitkan ayat-ayat Alquran yang menjadi sumber rujukan utama buku ini.. Ayat-ayat Al-Quran ini memperjelaskan lagi perjalanan kisah hidup mereka dimana setiap kisah ini telah Allah paparkan kisahnya di dalam Al-Quran nur karim...


Seruan ku buat semua, hiasilah diri kita dengan sifat-sifat dan ketokohan yang ada pada setiap bidadari penghuni syurga ini... ku pinjam ayat editor di belakang buku ini, katanya Dalam kelembutan hati, ada tegas yang tidak bisa digugah.. dalam kehalusan jemari, tergenggam utuh janji abadi pada yang Esa.....

Subhannallah, rasa insaf dan terusik dengan ketabahan ketegasan wanita wanita syurga ini..impian ku, cinta ini hanya untuk ALLAH dan Rasul kemudian pada Lelaki terbaik yang bakal ALLAH kurniakan Buatku ( masih menunggu kehadiran zauj)... semoga kita semua tergolong di dalam penghuni syurga yang kekal abadi.... amin


akhir kalam, jadikan lah dunia ini platform untuk mencapai kebahagiaan di syurga abadi..
"kamu boleh biarkan dunia berdiri dihadapan pintu hati mu. tetapi jangan sekali kali biarkan iamasuk, kerana dunia tidak membawa kehormatan bagi kamu"- Syeikh Abdul Kadir Jailani

wasalam....

No comments:

Post a Comment