Friday, February 12, 2010

Pencegahan Awal Menyelamatkan Nyawa







Assalamualaikum warahmatullahirawabarakatuh...
salam sejahtera buat semua...
nak tau kenapa aku sengaja publish kan image2 penyakit seperti di atas....? kali ini ku ingin kongsikan tentang bahayanya jika kita x uat pencegahan awal bagi apa jua penyakit... jika kita rasa kita x sihat, lebih elok awal2 lagi kita rujuk ke hospital kerana dengan kecanggihan teknologi terkini, kita dapat kesan sebarang perubahan yang ada.. contohnya, mamogram adalah teknik terkini yang boleh mencegah ketumbuhan kanser payudara.. banyak pihak2 yang bertanggungjawab telah menyediakan kemudahan dengan harga yang berpatutan. skim mamogram juga boleh dipohon bagi warga negara Malaysia yang berumur 35 tahun ke atas, bagi mengesan awal kehadiran sebarang ketumbuhan di payudara. begitu juga dengan pelbagai penyakit lain..
kita sebagai manusia tidak boleh lahir dari di uji dengan pelbagai sakit.. ingat la kata2 ALLAH dalam surah An-Asr Ayat 1-3 yang bermaksud "Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran"
sebagai manusia kita kena ingat 5 perkara ini akan terjadi sebelum 5 perkara lain terjadi:
1) sihat sebelum sakit
2) muda sebelum tua
3) kaya sebelum miskin
4) lapang sebelum sibuk
5) hidup sebelum mati
cuba kita amati seimbas lalu, penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung lemah adalah penyakit biasa yang memang akan dihinggapi oleh manusia masa kini. ini kerana cara hidup kita masa kini yang lebih kepada kesibukan bekerja, pengambilan makanan berlemak dan bergula secara berlebihan, merokok, kurang aktiviti riadah dan kurang bersenam.. oleh kerana faktor2 ini yang akan menyumbang untuk penyakit2 tersebut terus mendiami badan kita sebagai parasit dan akhirnya merosakkan sistem badan kita sendiri. ramai antara kita yang endah x endah tentang bahaya penyakit2 ini. ada yang sengaja pendamkan sakit yang mereka hadapi.. mereka hanya fikir sakit tu sikit je... akhirnya tanpa disedari sakit yang sikit2 tu melarat dan jadi teruk...
dalam keluarga ku kencing manis dan darah tinggi tu mmg dah dihidapi sejak turun temurun lagi.. so kami pun adik beradik kena berjaga2 la... faktor keturunan adalah faktor pembantu tok dapat penyakit ini.
1 orang spupu lelaki ku telah mengalami penyakit stroke akibat daripada keaktifan menjadi perokok tegar. sudah ditegur pelbagai kali, akan tetapi masih juga tidak kurang atau berhenti merokok.. akhirnya 1 pagi ketika bersiap2 untuk pergi kerja, rokok menjadi sarapan pagi utama...tiba2 separuh badan kanan nya gagal berfungsi...dier jatuh ke lantai dan kepalanya terhantuk ke lantai.. kecoh satu keluarganya yang juga sedang bersiap2 untuk bersarapan pagi...
dikejarkan ke Pusat Perubatan UM dan doktor sahkan ia mengalami angin ahmar. separuh bahagian kanan nya tidak berfungsi.. mulut nya herot ke kanan dan sukar untuk bercakap. ketika itu, dier lebih banyak meracau2.. asyik bercerita tentang kedatangan arwah mak nya.. memanggilnya pulang.. abah sapukan air penawar dari seorang ustaz supaya ia sedar dari gangguan iblis dan syaitan. abah juga berpesan agar berhenti merokok dan harap agar peristiwa ini jadi pengajaran buatnya. allah beri peluang kehidupan buatnya.. dimana dier telah menjalani fisiotheraphy, acupunture bagi meransang saraf2 nya terus berfungsi.alhamdullilah kini, abang sepupu ku boleh berjalan semula.. dan boleh bekerja seperti dulu.. dan ia x menyentuh rokok yang lebih membakar diri nya
di waktu ini, kakak sepupuku pula sedang menderita bengkak di bahagian buah dada nya.. dier sendiri sedar sejak bulan puasa yang lalu kira kira 6 bulan yang lalu.. akan tetapi dia hanya pendamkan sahaja. sehinggala minggu lepas, bengkak itu dah ketara dan sangat besar umpama betik yang ranum masaknya.. kak yong suruh mak datang tengok dier. mak dengan kak yong mmg rapat... mak juga sebagai tempat kak yong menumpang kasih selepas pemergian arwah ibunya (mak lang ku) kira kira 4 tahun yang lalu. masa mak tgk tu mak terkejut sangat. mak cakap kak yong dapat kanser payudara. so kami adik beradik ni bergegas ke rumah kak yong untuk tengok keadaanya... sperti apa yang ku perhatikan, mmg benar kata mak.. payudara kak yong membengkak dan merah.. ketika itu ku pujuk kak yong untuk ke hospital sebelum melarat.. x boleh disimpan lebih lama lagi. tapi kak yong menolak sebab dier sedang berubat cara kampung..
ku kehilangan kata2 untuk memujuknya ke hospital.. mak hanya letakkan asam jawa di kawasan yang bengkak agar surut bengkaknya..
2 hari selepas itu, kak yong di kejarkan ke hospital tengku ampuan rahimah klang bagi pemeriksaan lanjut dan ditahan 1 malam. menurut kata doktor sakitnya dah melarat. doktor amik sampel darah dan isi yang ada dalam bengkak tu. then kak yong minta balik umah doktor benarkan... sekarang ni kak yong sedang berehat di rumah adikknya(kak sepupu ku juga).
ini lah padahnya jika simpan penyakit tu, x mau berubat..mungkin kak yong terlupa dengan kisah arwah kakak ku yang dah meninggal dunia akibat tidak berapa prihatin dengan kesihatan diri lagi2 tengah mengandung... kakak ku telah di jemput ilahi seawal usia 34 tahun ketika sedang 7 bulan mengandungkan anak keduanya. menurut arwah kakak ku, ia telah di sengat dengan binatang berbisa, tapi diamkan setelah 2 hari racun ku di simpan, baru nak bawak hospital.. susah nya sebab kakak ku ni pendiam orangnya.
oleh itu semua, jika anda rasa anda x sihat.. bawak2 la pergi ke hospital untuk rawatan lanjut.. ingat kata2 orang tua... mencegah lebih baik dari merawat..
sekian, wasalam

2 comments:

  1. bagus ceritanya.. err, kalau leh wat format yg comel skit tau. perlu ada line spacing, perenggan dll.

    ReplyDelete
  2. dah uat dah... tapi bile preview sama sepert ni.. dah adjust pun sama jugak.. malas nak layan just publish je la

    ReplyDelete