Saturday, February 20, 2010

Hujung Minggu Yang Merehatkan Minda

Bismillahirahmanirahim.... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

Selamat berhujung minggu buat semua... Ramai di antara kita yang mengambil kesempatan untuk sambung cuti selama seminggu sempena dengan perayaan Tahun Baru Cina minggu lepas... Banyak sekolah dan syarikat2 yang mengizinkan budak2 sekolah, cikgu dan pekerja-pekerja mereka cuti rehat selama seminggu...


Dan ramai juga yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan pertunangan dan pernikahan sempena cuti panjang ini. Sepanjang minggu lepas, kurang traffic jem kat jalan raya.. perjalanan ku pergi balik keje Cheras-Kuala Selangor agak lancar... Stuck kat jalan skit2 kira okey la.. biasanya terhenti kat jalan agak lama, tapi minggu lepas okey je.. tapi tengok la start ari ni, dan esok isnin, mesti jalan pack giler... so aku kena amik plan B atau C la untuk menempuh jalan yang agak sesak.. Tapi Alah Bisa Tegal Biasa.....

errrrrrmmmm... cuti cuti begini selain g kenduri kawin, atau kenduri kenduri yang sewaktu dengannya ramai juga yang amik kesempatan untuk menghabiskan cuti bersama keluarga.. inilah kesempatan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan bersama keluarga... bawak anak-anak yang bercuti sekolah ini pergi berkelah, gi mandi manda kat taman tema... ianya satu aktiviti yang elok... bagi mereka yang jarang bersama, kesempatan ini harus digunakan sebaik2nya untuk mengukuhkan hubungan silaturahim... antara keluarga, sanak saudara, jiran-jiran masyrakat dan sebagainya..
gambar gambar yang ku selitkan ini hanya hiasan semata2.. antara aktiviti yang sering kita lakukan waktu hujung hujung minggu ni.. semua aktiviti ini fokusnya untuk menghilangkan segala tekanan yang dihadapi di tempat kerja.. bagi mereka yang kuat bekerja 24, 7 asyik keje je, change ur mind set.. kesian kan badan anda.. g la istirehat.. badan, rohani dan jasmani kita juga perlukan rehat yang secukupnya.. bawak2 g shopping ke, g spa ke, g mandi pantai ke... kan best aktiviti2 camtu... cukuplah 5 hari kita berhempas pulas bekerja.. apa jua kedudukan jawatan kita di opis, betapa berat tanggungjawab kita.. jangan la kita lupa untuk bersyukur pada ALLAH atas segala kurniaan dan nikmat yang diberikan pada kita.. solat, berziarah berzakat antara amalan yang digesa untuk kita amalkan.. supaya rezeki yang kita lakukan sentiasa mendapat keberkatan ALLAH..
Pada suatu hari, Abu Talhah datang menemui Rasulullah SAW dan berkata " Wahai Rasulullah, ALLAH SWT telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud: Kamu tidak sesekali akan mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan sesungguhnya ALLAH mengetahuinya". (Surah Ali Imran: 92)






Buat semua, selamat berhujung minggu.. gunakan peluang cuti ni sebaik2nya dengan pelbagai kerja yang berfaedah... semoga selamat di jalanraya.. ingat malang x berbau.. sama cam apa yang aku alami semalam di puncak alam... tengah2 syok memandu tetiba ada lori 1 tan kat depan ku terus patah corner, buat u-turn tetiba... ku gelabah bomba.. nasib baik sempat mengelak.. kalu x, mungkin cik kelisa ku cedera parah.. dan ku mungkin di hospital atau dah xde nauzubillah..
akhir kalam, Berhati-hati dijalan raya... rasanya ari ni peratusan kereta di jalan raya sangat tinggi dan keberangkalian untuk berlakunya kemalangan adalah tinggi.... sayangi la keluarga anda... jangan biarkan mereka menangisi permergian anda.. jangan wariskan mereka dengan kesedihan atas permergian anda.. mereka masih memerlukan anda....
wasalam....

No comments:

Post a Comment