Friday, February 12, 2010

all entry from aurorahidupku.blogspot

blog lama telah hilang password.. so kena uat account baru.. so all entry blog lama pindah ke sini

first trial 11 january 2010
errrmmmm, this is first time im create my own blog account. i feel so happy because i can do on my own. thanks a guidance from my friend chat smartboy.. eerrrrmm this is a place for me to share to the public about my feeling, my family, my activities, my country and many more. hope u all can join me.

Monday, January 11, 2010

Renungan buat diri ku


Renungkanlahsedalam-dalamnya
Tidak,Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Iabagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannyajauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannyasingkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untukmembina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itudalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuklelaki yang jahat.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right danbiar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak berimankemudian nanti.Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalusangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Hakikatnya, apabila kitabenar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersamamasalah.Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hatikita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telahmemiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah.
Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepijalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayarberlipat ganda.Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikalmencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal sepertiitu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggangmotosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditgh2 bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,pasti ada baik buruknya.Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramaiorg yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alamberumahtangga.
Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkanhubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turutbanyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosaseterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunyamereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah adayang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenahanak2, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebabkenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telahmelompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpauttatkala cuba mendaki naik.Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannyagelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikansyurga sebagai matlamat.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaaninsan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin keranaperasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tibamasanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membukalorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.
"Seorang teman pernah berpesan.."Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbaskembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yanglama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Tuesday, January 12, 2010

takziah dari kami sekeluarga
setelah hampir 54 tahun menghela nafas di bumi Allah swt yang penuh dengan nikmat ini, magrib 27 muharam 1431 hijrah telah kembali nya pak cik ku arwah ucu putra dari alor star setelah hampir 5 hari bertarung dengan maut akibat dari komplikasi pendarahan dalam otak. last saturday, mak, abah, abg dan wan telah pergi menziarahi pak cu di hospital sultanah bahiah. pak cu telah di tahan di wad icu setelah jatuh di kawasan rumah rakan nya ketika dalam perjalanan ke masjid tok berjemaah solat magrib. mengikut kata ucu ani, xde sebarang tanda2 ganjil yang ditunjukkan oleh arwah.. akan tetapi mungkin telah ditetapkan begitu keadaan pemergiannya..mengikut kata doc, keberangkalian untuk hidup hanya 50-50 kerana pendarahan dalam otak telah menyebabkan ucu putra dalam keadaan koma.buat keluarga ucu ani, sabarlah dengan ujian yang menimpa ini, awal tahun 2010 Allah telah uji kita semua untuk menjadi hambaNya yang redha. amin

Thursday, January 14, 2010

terlalu byk prosedur
pening la, ku tgh adjust budget nak mintak pendahuluan dengan bendahari hukm ni... ni yg payah kalu duit ada tapi kena banyak prosedur nak mintak guna duit tu.. semua tu tok research. kalu x guna nanti, kata kita x pandai nk organize budget.. tapi nak mintak punyalah seksa...adjust je la cik aida oiii

Tuesday, January 26, 2010

Buku: Indahnya Hidup Bersyariat



Buku karangan Dato' Ustaz Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Abd Hamid yang membincangkan tentang fardu ain asas.. Buku ini sangat elok dimiliki oleh semua lapisan umur dan mudah difahami kerana susun atur penerangan yg baik. selain itu kulit muka yang tebal, dan penerangan bergambar yang berwarna cantik..
ia lengkap ttg pengetahuan syariat islam sejak dari kita dilahirkan ke dunia ini sehingga kita di hari terakhir di muka bumi allah ini.. miliki la ia.. harganya RM 55.00..
tak rugi jika tidak memilikinya


Sahabat ibarat adik beradik yang paling dengan kita walaupun berlainan ayah juga ibu.. yang sentiasa bersama kita dikala susah dan senang.. tidak kira la samada sahabat itu yang sebaya atau kurang/lebih umurnya dari kita.. sahabat sebagai suatu kaunter pertanyaan dan kaunter luahan rasa untuk kita berkongsi apa jua masalah yang kita hadapi..
Sahabat ialah suatu cahaya dalam kegelapan yang sentiasa menyinari hidup kita.. memang setiap orang memerlukan hatta si anak kecil. sahabat juga adalah cermin personaliti diri kita. jika baik sahabat kita maka elok la perangai kita dan sebaliknya...
ku rindu kan semua sahabat2ku, hanya doa yang boleh kukirimkan buat mereka.. kerana kita tiada kesempatan untuk bersama buat ketika ini.. masing2 sibuk menguruskan kehidupan masing2.. di kejauhan ini, ku masih mengingati setiap detik manis suka duka kita bersama... semoga allah merahmati semua sahabat2 ku, dan semoga mereka semua berjaya dalam kehidupan ini... amin
aku rindu kan kamu semua... ko ku pohon agar semua sahabatku dilimpahkan kebahagiaan dan kerahmatan...TRUE FRIENDS NEVER ENDS

No comments:

Post a Comment