Thursday, March 31, 2011

Ya Allah Berikan Kami Kekuatan

Bismilllahirahmanirahim... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Kali ni kami adik beradik di uji dengan ujian yang Maha Hebat dan Maha Berat.. bukan kami saja, tapi mak saudara sepupu2 semua terlibat sama.. hati ni cukup terkilan dengan tindakan abah.. buat kitrg ni macam xde guna. macam kitrg adik beradik ni masih kecik lagi, suara pendapat tak boleh diterima pakai... teruk sangat ke kitrg ni sampai dibuat macam tu sekali... di belakang kan langsung.. suara pendapat kitrg langsung x diterima.. tindakan terburu buru tu yang buat kitrg lebih rasa terbuang.. dah la mak xde dah, kitrg rasa cam xde tempat bergantung langsung.. sanggup nekad tinggalkan kitrg semua semata2 nak hidup ngan PEREMPUAN tu. apa istimewa nya die. mak x sampai setahun pun pergi tinggalkan kami semua. SUNYI, yes aku akui sangat2 mmg sunyi, tapi aku wan abang ne semua still masih di rumah tu. x kemana2 pun. paling koman pun siang je la yang sunyi. malam kitrg still ada kat situ.. x pk ke jauh kitrg travel pergi balik keje semata2 dgn niat nak tgk dier hari2. masing masing rasa kekurangan, tapi bile balik rumah semua hilang penat lelah tu tengok wajah semua org.. rasa macam masuk dalam zon VACUM, dimana semua hygiene, anasir2 yg x baik semua tertinggal kat luar.... itu lah keberkatan rumah 16/5 tu. jangan ajar aku tok jadi anak yg jahat atau derhaka.. aku tau neraka tempat nya. x guna aku tunggang tonggek tapi akhirnya ke neraka atas sebab jadi anak yang derhaka.. nauzubillah.. tapi itu mungkin akan berlaku seandainya perkara ni berterusan berlaku.. abah x faham ke perasaan kita ni, kitrg semua x larang abah tok kawin lagi tapi carilah yang sepadan. yang xde tanggungan. tua skit pun xpe, anak2 dah besar. ni nak menanggung lagi 3 anak kecik dan umur pun masih muda.. last2 kena keje lagi.. abah bukan nya muda gagah pun. kudrat dah makin xde. kitrg semua bukan nak abah susah, lagi nak senang kan abah. tapi jika ni pilihan yang telah di pilih, kena hadap la.. jangan salahkan kami, andai kami semua xde uruskan apa2. kami ni jadi cam sampah tau, xde guna.. kalau nak hantaran ke apa2 ke, ni tangan yg sedang menaip ayat2 ni sedia tu menggubah nya. ingat aku ni x pandai apa2 ke.. ku jadi x tenang tok keje.. ni baru je aku galang keje tok check Data Bukit Jelutong, tapi tergantung sebab rasa unhappy la hari ni.. entah lah, rasa x nak balik rumah je.. tapi x boleh, ku sayangkan kenangan yg ada kat situ.. mak menghembuskan hela nafas yang terakhir pun kat situ... arwah akak pun urusan dunia terakhir nya di situ.. semua budak2 berpantang kat situ... susah senang kitrg masih kat rumah tu... YA ALLAH, tenangkan lah hati ni... x tau kat mana nak cerita.. nasi baik staff kat sini baik2 nak dgr cerita aku.. cik zack banyak dgr dan bagi pendapat.. abg zaha pulak bantah tindakan kami boikot.. k la, nak sambung buat keje... wasalam adios amigos sayonara

Saturday, March 19, 2011

Alhamdullilah

Bismillahirahmanirahim.... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Alhamdullilah, syukur pada segala kurniaan yang telah ALLAH kirimkan buat ku sekeluarga.. masuk hari ni dah minggu ke 3 dan minggu depan minggu ke 4 ku telah menemui kerja baru yang sesuai di hati..

kerja sebelum ni bukan tak syok tapi rasanya kurang sesuai dengan diri aku.. lagipun environment yang sangat stress buat aku x pk lama untuk terus berada di situ. dengan hati yang nekad, ku apply je keje ni dan alhamdullilah setelah menunggu tidak berapa lama (tapi hampir 2 bulan lebih gak) dan akhirnya aku berjaya mendapatkan pekerjaan ni..

tapi keseronokan itu ditambah dengan ujian dari ALLAH SWT, yang menduga kesabaran dan keimanan aku. masa medical check up untuk keje ni, di Pusat Rawatan Islam Al-Islam Kg Baru Kuala Lumpur; aku telah di sahkan mungkin mengalami sakit buah pinggang atau batu karang.. doktor suspek sesuatu yang tak kena dengan buah pinggang atau mungkin ada batu karang; berdasarkan ujian air kencing ku yang positif mengandungi kandungan darah..

lemah lutut ku bile dengar penerangan doktor.. Ye la selama ni ku rasakan diri ku sihat sejahtera . tekanan darah okey dan gula darah darah pun okey je tok medical check up tu. lagipun selama keje di HUKM Cheras, aku selalu gak uat rutine check up.. sebab check up medical tool memang available kat sana..

doktor bagi aku rehat dan suruh makan ubat yang dier bagi dan yang paling penting ku kena minum air masak banyak2. Ye lah, seingat aku: memang aku kurang minum air masak. sejak pemergian arwah mak, ku sering kali minum air teh.. sebab dulu minuman teh adalah kegemaran mak.. langsung dan boleh dikatakan jarang la nak dok minum air masak ni.. so my routine drink now is air masak.. oleh kerana itu, g keje sekarang pun beli air botol yang besar gile.. isipadu 2000 ml... kadang2 abis, kadang2 tinggal suku..


6 mac 2011 aku buat last check up dan alhamdullilah ku telah disahkan tiada masalah buah pinggang atau batu karang.. alhamdullilah, syukur pada ALLAH atas segala nikmat yang telah diberikan kepada aku. but now i take an action to beware with my health. risau pulak kalau ia berulang kembali..

secara tulusnya; ada hikmah kenapa ALLAH berikan ujian ini kepada aku. tok bagitau aku, jangan ingat dalam usia muda ni xde kena penyakit. sebab penyakit tu tak kenal usia, kalau x jaga kesihatan memang x sihat la jawab nya. Dan ujian ini buat ku dekat pada ALLAH, kalau tak aku sentiasa lupa tok doa tentang kesihatan diri ni. Dan jarang2 sekali buat solat taubat. dah dengar berita yang merisaukan, barulah nak buat solat taubat.. jangan ikut perangai aku tau!! kena sentiasa buat solat taubat... bak kata pepatah orang dulu dulu " dah terantuk, baru nak terngadah"


~wasalam~