Monday, March 22, 2010

Luahan Rasa Seorang Lelaki




Bismillahirahmanirahim.... Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhPetang tadi semasa ku menyelusuri facebook, aku terpaku dengan satu video dari satu laman facebook peribadi seseorang.. ku lupa la siapa namanya..Video tu patut semua wanita: lihat, amati lirik2 dan bait bait katanya.. semoga kita semua wanita insaf dengan luahan hati rintihan seorang pemuda islam yang benar benar mengharapkan agar semua wanita di dunia ini menjadi wanita yang solehah.... rintihan ini amat2 meruntun hati nurani ku..


kepada tuan empunya suara, izinkan aku kongsikan luahan@rintihan itu di sini.. semoga menjadi pengajaran bersama.. Setiap insan di muka bumi Allah ni ingin mendapat keluarga bahagia kan? oleh itu, kebahagian bermula dengan diri sendiri.. tanya la diri anda sendiri, adakah anda telah menjadi soleh/solehah bagi diri sendiri?Dalam masa sebulan dua ni boleh dikatakan tiap-tiap hari kita dengar mengenai kes buang bayi kan? sedihkan dengan apa yang kita dengar dan lihat.. malah kita jadi marah dengan pelaku nya, bayi-bayi suci yang x berdosa menjadi mangsa kerakusan nafsu manusia.. Dimana sifat keibuan yang telah lama wujud dalam jiwa setiap wanita.. Ya Allah sesak nafas ku melihat tingkah laku pemudi-pemudi masa kini.. selemah lemah iman ku hanya dapat membenci dalam diri..


buat semua dengarlah luahan.rintihan lelaki untuk semua wanita yang allah tinggikan martabatnya.. Mengangkat wanita menjadi seorang ibu yang banyak pahalanya... Allah sentiasa alirkan pahalanya buat si ibu...


Tajuk luahan ini ialah UNTUK MU WANITA - RATU KU


Ratu ku,
ingin ku luahkan apa yang sudah lama ingin ku luahkan
tentang kebimbangan ku ini
tatkala melihat bunga bunga berguguran
dipetik oleh tangan tangan yang ganas
lagi bernafsu serakah
Ratu ku,
kebimbangan ku ini masih menebal
apabila ku mendengar dengungan kumbang perosak
yang cuba menyedut madumu walau tanpa redamu


Ratuku,
kebimbangan ku bertambah lagi
bila ku melihat bunga bunga yang tidak segan silu
melampiaskan kecantikkannya
ketika sedang mereka melupakan kuntuman
yang melindungi nya


Ratu ku,
aku masih terpinga-pinga,
masih wujudkah lagi
ratu idaman hati ku,
kerana apa yang ku lihat
hari ini semakin banyak bunga-bunga
yang gugur
bagai tibanya musim luruh


Ratu ku,
bukan lah ku harap kau segigih Siti Hawa
yang berlari-lari antara Safa dan Marwa
bukan juga sesetia Ainul Mardiah
menanti kekasih di pintu syurga


Ratu ku,
akuilah hakikat yang tersurat, engkau bukanlah Siti Khadijah mahupun Siti Fatimah
Engkau bukan lah Aisyah, Bukan juga Rabiatul Adawiyah wanita suci terpuji


kerana aku x layak berharap sedemikian rupa
cukup la sekadar kau cuba mencontohi bunga bunga itu
kembang mekar mewangi melewati pintu-pintu syurga


jangan risau ratu ku,
kadangkala musim berganti sehingga bunga tidak dapat berkembang mekar
tapi itu hanya ujian buatmu,


Ratu ku,
esok musim bunga pasti akan tiba,
dan kau akan mampu berkembang lagi,
cuma yang ku harapkan ketika itu
kau jaga kelopakmu itu
jangan sampai tangan tangan kasar memetik mu
jangan goda kumbang kumbang ganas menghirup madumu
jangan biarkan gagak hitam merosakkan serimu
kerana KAU RATU KU IDAMAN KALBU

Ratu ku,
aku bukan la memandang kecantikanmu
walau kadangkala aku tertarik memandangnya
tapi
bukan itu yang kuharapkan
aku yakin Ratu ku
masih ada sinar harapan
yang bisa membuatku
tersenyum lega
kerana akan ku temui
ratu yang benar benar RATU

-WASALAM-
nota kaki: layari facebook ku untuk melihat video tersebut.. radius_stream@yahoo.com, xpun type kan noraidah saian.. mesti ada punya...
bagi mereka yang punya hati yang sensitif mudah tersentuh seperti ku pasti akan menangis mendengarkan rintihan hati lelaki ini.. inlah rintihan hati seoarng muslim yang sedih dengan keadaan muslimat sekarang ini.. semoga menjadi pengajaran bersama

No comments:

Post a Comment