Wednesday, March 10, 2010

Congratulations to all SPM/STAM 2009 candidate

Bismillahirahmanirahim... Assalamualaikum warahmatuhi wabarakatuh..


Awal bismillah ku ucapkan tahniah kepada semua calon spm stam 2009 yang telah menerima keputusan mereka di sekolah masing-masing seawal jam 10 pagi tadi.. sekalung tahniah atas kejayaan mereka. dilaporkan bernama seramai 7,987 orang calon spm 2009 memperoleh grad cemerlang (A+, A dan/atau A-) bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 6,277 orang calon yang mendapat semua A dalam spm 2008. ianya satu peningkatan yang membanggakan..





Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom mengumumkan Gladys Tan Yee Kim Dari SMK Green Roads Kuching Sarawak sebagai pelajar terbaik 2009 dan SM Sains Seremban sebagai sekolah terbaik. Antara 9 lagi pelajar terbaik spm 2009 ialah Grace Kiew Sze-Ern (SMK (P) Sri Aman PJ, Sel), Khadijah Ahmad Jais (SM Agama Persekutuan Labu, N9), Akmal Hidayat Sabri (SMK Derma, Kangar, Perlis), Syamilah Mahali (Kolej Tunku Kursiah Seremban, N9)



Lee Wei Ling (SMK Taman Melawati, Selangor), Nur Syuhadah Muhamad (SM Sains Tengku Faris Petra, Kota Bahru, kelantan), Lai Yin Kwin (SMK Tinggi Melaka), Corrine Gunn Huey Min(SMK Taman Melawati, Selangor) dan Hu May Khei ( SMK Convent, Taiping Perak)





mak ayah keluarga la antara insan yang paling gembira menerima keputusan spm kita.. ia adalah satu hadiah yang tidak ternilai yang kita persembahkan buat mereka.. mereka senyum menangis kegembiraan atas kejayaan kita.. berkat didik asuh doa mereka, anak2 mencapai kejayaan..selain itu, guru-guru adalah insan yang berhak bergembira di atas kejayaan anda semua.. tanpa usaha didik ilmu mereka, kita tidak akan berjaya.. sekiranya anda tidak menghadiahkan segulung kejayaan buat mereka, alangkah kecewanya mereka.. dan yang paling penting bagi mereka ialah,ingatan jasa2 mereka... sebenarnya guru2 kita ni bukan ingat sangat kita, sebab anak muridnya ramai, tapi kita sebagai insan yang meminta curahan ilmu dari mereka wajarlah mengingati mereka sebagaimana kita mengingati kedua ibu bapa kita.. kerana mereka adalah ibu bapa kedua ketika di sekolah...





semua kawan2 mesti sedang meraikan kejayaan yang flying colors tu.. senyuman terukir diwajah mereka.. puas dengan segala penat lelah sengkang mata stay up tok study.. ingatlah perjalanan anda semua baru bermula.. dan SPM sebagai satu batu loncatan untuk anda smua ke menara gading... dan ingatkan x semestinya anda cemerlang semasa spm, menjanjikan kejayaan semasa anda di menara gading kelak... kejayaan kena dengan usaha.. banyak usaha anda cantik lah keputusan anda jika sebaliknya, teruk la juga keputusannya..


buat kedua anak saudara ku Mohd Ameer Fazrin Ismail (Amer) dan Nur Shahira (Acun), uteh ucapkan sekalung tahniah atas keputusan spm kalian.. Amer dari sekolah menengah sains selangor dapat 8a dan acun (SMK Sultan Abdul Aziz Kuala Selangor), uteh x tau lagi keputusannya.. uten rasa tentu cemerlang juga.. lepas ni kena lebih tentu usaha di peringkat matrikulasi..
buat semua yang kurang berjaya, sebenarnya anda juga berhak bergembira atas keputusan spm anda.. jangan bersedih dan patah semangat.. kalu teruk boleh ulang semula.. ingat spm ni antara peperiksaan yang penting dalam hidup.. masa nak minta keje nanti result spm la yang akan di tanya.. teruskan usaha anda.. usaha untk jadi yang terbaik..
amin...
wasalam.. sekali lagi tahniah buat semua...





No comments:

Post a Comment