Wednesday, March 31, 2010

1 April 2010






Bismillahirahmanirahim... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....


segala puji bagi ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. atas segala nikmat yang diberikan kepada kita smua. nikmat iman dan islam yang sentiasa dianugerahkan kepada kita, hanya hamba yang lemah dan segala segi kekurangan.. Selawat salam kesejahteraan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat Nabi penghuni syurga yang abadi..



sedar x sedar hari ni dah masuk hari pertama bulan april 2010 dan ku rasa ramai yang tidak perasaan bahawa kita telah memasuki hari ke 16 rabiul akhir 1431hijrah.. patut la bulan penuh subuh tadi.. jalan gelap bercahaya diterangi sinaran bulan masa ku nak g keje tadi...



pagi tadi cukup liat ku nak bangun nak g keje, rasa letih dan mengantuk gile.. rasa nak memonteng je... tapi ku kuatkan juga hati bangun walaupun mata lebih rela untuk pejam... memandangkan jam dah 5.45 pagi kena uruskan diri cepat2 skit sebab athan subuh pukul 5.58 pagi.. kuar je bilik air athan subuh berkumandang, terus cepat2 pakai baju, ala.. tudung x gosok pulak, malas nak cari tudung lain, capai je apa2 tudung yang bersangkut janji sesuai x nampak pelik.. solat subuh then salam mak terus g keje... abah awal2 aku dah salam sebelum abah g surau, nanti kalu ku x salam abah awal2 mesti ais solat subuh abah dah g surau...



pagi ni abah rasanya g ziarah jenazah Ustaz Majid yang meninggal dunia petang semalam.. itu kawan baik abah dan juga ustaz mak.. ustaz majid ni sedap sgt kalu dier mengajar mengaji, semua tawjid die tekankan, so kena baca betul2 la.. patut la kelmarin, bunyi burung tukang kuat gile depan umah aku.. mak cakap kalu burung tukang berketuk kuat dari biasa itu tandanya mesti ada kematian.. ku x tau, mungkin benar atau kebetulan.. walau apa pun segala yang berlaku dengan izin Allah kan?



eerrrrmmm.... malam tadi kol 930 ku dah tdo dah, x tau la 2 3 hari ni macam letih smacam je.. ku rasa mungkin badan ku mengalami keletihan terkumpul sekarang ni kot... ye la kan minggu lepas baru balik dari USM Penang.. kali ini dier redeem balik la kepenatan tu.. malam kelmarin pun ku tdo awal.. lagipun cerita kat tv bukan best pun.. husna awal2 lagi dah tdo, lepas ku tdo kan dier, ku pun tdo..



tapi malam tadi dalam tdo tu boleh pulak berbalas mesej ngan paksu fizan.. siap merajuk2 lagi.. ngada2 tol mak teh ni kan..hahhahaha.. tu la rasanya sabtu ni nak g jumpa pak su la kat Seremban, tapi tak tau la kalu pak su BZ keje... lagipun sabtu ni ku xjadi g FGD, ku punya turn sabtu depan 10 April 2010.. Yeah, yeah, yeah.. best nya...

No comments:

Post a Comment