Wednesday, March 24, 2010

Selamat Datang Ke Pulau Mutiara

Bismillahirahmanirahim..... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Hari ini 24 March 2010, aku dan abah telah bertolak seawal 5 pagi dari umah ke USM Pulau Pinang sebab ari ni aku dah janji dengan Prof Aishah Pengarah di Doping Control Centre sekaligus Prof Aishah ialah co-supervisor ku... Hari ni aku nak analisa data persekitaran yang telah aku kumpul hampir sebulan yang lalu.. Antara sampel yang aku bawak dari kuala selangor ialah 4 sample ikan yang telah lama sejuk beku kejung dalam peti ais jiran ku iaitu ikan merah, ikan senangin, ikan sardin dan ikan selar dan x lupa juga sampel tanah yang ku ambil di kawasan pertanian pasir gudang area Kong Kong...


seawal pukul 5 pagi kami bertolak, awalnya abah bawak sampai highway tapah..masuk highway dari Bukit Tagar sampai rnr Tapah.. masa tu mata ku terkatup katup ngantok.. ye lah masa tu baru kol 5 pagi.. dah la suasana syahdu dan gelap.. sesuai tok tdo kan.. nasib baik abah bawak cool je.. abah la penyelamat aku, kalu xmmg siang la ku baru bertolak dari rumah


then singgah kat rnrn tapah tok solat subuh dan sarapan pagi.. lepas sarapan tu baru ku bertenaga skit.. lagipun masa tu dah agak cerah langit.. suasana hening je.. masih berkabus dan sejuk.. so x stress sngt la memandu masa tu... then dari tapah ke hentian sebelah alur pongsu ku bawak.. then turn abah la pulak tdo berkeruh2 hihihi... tapi area terowong pas ipoh abah jaga jap sebab keadaan jalan masa tu sempit kan.. so abah ingatkan aku supaya berhati2..


kat hentian alur pongsu, ku berhenti abah ngan ku nak g toilet.. then ku terus hubungi Prof Aishah ceritakan tentang kedatangan ku.. Actually she already know ttg kedatangan ku.. cuma ku nak inform dier je.... tapi masa tu kol 930 pagi.. ku message Prof Aishah cakap ku kat Ipoh lagi.. saja gatal cakap yang mungkin kol 1100 pagi ku sampai.. masa tu Prof balas kata okey je no problemo.. rupanya x jauh rnr alur pongsu ngan persimpangan jambatan pulau pinang...

then lepas ku exit persimpangan jambatan pulau pinang, bayar tol rm 36.30 ku dah mula rasa teruja nak tgk jambatan pulau pinang. bayangkan la last ku g pulau pinang tahun 1995.. la ni 2010 dah hampir 15 tahun x jejak kaki ke pulau pinang.. last g ku rombongan sekolah darjah 5.. masa tu razie, rozi, saiful, sunderesen, ida, arwah azwa, shazerin aku dan ramai lagi ikut rombongan yang dikendalikan oleh cikgu Fadhil.. so teruja gile pagi tadi


So apa lagi ku snap la banyak gile pic seperti yanga anda semua saksikan.. nak tau x ku snap pic ni sambil drive tau.. tapi masa tu ku drive slow la.. lagipun masa tu kat jambatan agak banyak gak kete.. so mmg kena slow la.. cantik sangat dan ku bangga dan kagum dengan keindahan kemodenan yang ada... ku carik kat feri Pulau Pinang, mungkin masa tu x beroperasi kot..





tengok la pic kat atas tu, siap senget benget amik gambar, siap pic sticker ukm yg tertampal kat cermin kete ku pun ku amik jugak.. main snap je.. siapa nak marah kan .. itu la seni nya aku.. hihihihihih....

eerrrrmm senang je nak cari usm penang ni.. end of this jambatan then turn left ke arah usm then turn right... 2 3 langkah pas tu dah sampai pintu gerbang usm.. SELAMAT DATANG KE USM.. ku terus cari DOPING CONTROL CENTRE

ku ingat ku stop kat sni la... rasa dah ngantok sangat ni.. esok ku update ttg apa yang ku buat di doping control centre.. esok banyak lagi keje ku ni.. so i need a rest.. abah kat bilik sebelah umah mak ngah ni dah lama berlayar.. sian kat abah kan, 1 ari dier dok kat masjid usm... lepak2 kat sana dengan baju batik nya.. sambil tunggu aku... aku bangga ada abah cam ABAH TERSAYANG.. hanya allah dapat berikan balasan pahala buat abah ku atas kesungguhan dier menjaga PUTERI KESAYANGAN dier ni.. hihihi

adios, selamat malam semua.. wasalam

No comments:

Post a Comment