Wednesday, March 24, 2010

Analisa Data Sampel Persekitaran - Hari Pertama

Bismillahirahmanirahim..... Assalamuaalaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Salam sejahtera buat semua yang anda.. seperti yang sedia maklum, sejak semalam aku telah berada di penang khususnya di Doping Control Centre.. semalam seawal kol 1000 pagi aku dah sampai kat pejabat Prof Aishah ni.. Kak Leenda steno Prof gtau Prof Aishah di lab atas, aku kena tunggu dulu.. padan dengan muka aku, aku yang gatai mulut cakap ngan prof nak sampai kol 1100 pagi.. alih alih kol 10 pagi dah sampai..tapi kira okey la kan ku menepati masa.. lagipun ku kan masih belajar, so kena hormati masa dan hormati orang yang berikan bantuan kepada kita...


So, ini dia bangunan Doping Control Centre (DCC).... sian kat abah, kena tunggu ku.. dier lepak kan parking depan pusat racun negara sebab kat situ je yang reduh tok parking.. sambil2 tu abah g cafe kat situ.. g minum.. sambil tu aku masih lagi menunggu Prof. dalam kol 1030 kak leenda tu cakap prof x sempat nak entertain aku, so dier serahkan aku pada Cik Hajjah (Pegawai Sains).. bukan serah apa2.. maksudnya cik hajjah la terangkan apa2 perkara yang patut berkaitan dengan perkara camner nak analisa data.. masa tu perasaan aku berdebar sangat-sangat.. tapi rasa excited pun ada.. nasib baik okey je.. lagipun staff staff kat sini ramah tamah belaka.. so ku bawak cooller box tu yang mengandungi ikan kesayangan ku yang telah ku kumpul di Kong-kong pasir gudang johor ke lab dioxin...


Di lab tersebut ku diperkenalkan dengan cik ali (pembantu makmal) kat sini yang akan membantu ku untuk menjalankan proses analisa ini.. dan Fauzan, student master USM tajaan MPOB yang juga buat pasal dioxin tapi di ambient air.. so ada la kawan ku yang sama sama jalankan projek ini.. cuma scope dan lokasi yang berbeza.. Cik Hajjah tanya la berapa sampel yang ku ada.. aku cakap la dalam 5 jenis sampel.. 4 jenis ikan dan sampel tanah... actually 6.. ntah ku pun x tau la.. eerrrrmmm Cik Hajjah kata kos analisa sampel RM 1800... mahal kan, tapi pasal kos tu aku malas nak ambik pusing dulu.. janji ku dapat analisa data, sebab bab bab mencari dana tajaan ni keje prof zaleha.. hihihi, takpe nanti aku bantu dier..Cik Hajjah tanya nak start bile? ku tangok jam dah 1145 sempat ke nak uat semua ni.. aku cakap la terpulang sebab saya x tau proses nya camner.. Cik Ali kata okey je.. then 1st step yang aku kena uat ialah kuarkan isi ikan.. nak isi sahaja kulit x mau dalam 10.0 gram..



so ku pun mulakan proses penyiangan ikan.. teruk la pulak bahasa melayu aku ni. nasib baik ku x jadi cikgu bahasa melayu kat budak budak sekolah tamil macam offer yang ku dapat 3 tahun yang lalu dari pejabat pendidikan daerah kuala sel..
nilah wajah wajah ikan kesayangan yang akan di kuarkan isi nya.. sikit je ku tobek isi area perut ikan ni.. nak tengok samada dalam isi ikan tersebut ada dioxin ke tak...


cik Hajjah dan Cik Ali kata besar nya ikan ni.. mana dapat? ku cakap la amik dekat kawasan perikanan Kong Kong di Pasir Gudang Johor.. kawasan tersebut kira kira 15 km dari kawasan perindustrian Pasir Gudang... ikan ni dari tuan kolam yang L and his Friends menuntut ilmu nak jadi enterpreneur ikan yang berjaya... insyaallah, semoga berjaya L dan kawan kawan...




sedih gile muka ikan merah ni kan, muncung je mulutnya..agak2 dier tau kot dier akan dikorbankan kot.. sabaq la ikan dah cam tu kitaran hidupmu.. aku hanya nak tengok kandungan dioxin dalam badan mu je...
ikan ni balik nak bagi mak ngah Hamidah (Paritah) goreng je... tapi bakar pun sedap kan.. ku tak ingat la proses pengasingan isi ikan ni dipanggil apa.. Cik Hajjah ada sebut semalam..ku x ingat.. tapi isi ikan tu akan di masukan dalam tupperware dan seterusnya akan ditimbang tok dapat kan 10.0 g je..

ini pulak ikan selar yang ku ambik isi nya.. habis hanyir gile lengan baju aku. tu la cik ali bagi sarung tangan x mau pakai.. leceh la pakai sarung tangan nak siang ikan ni.. lagi pun ku dah biasa pakai tangan je.. ala xde apa kuman pun nak masuk dalam tangan aku ni.. kalu nak masuk pun dah bermacam macam kuman yang ada dalam badan ku ni..

nasib baik ada setiap sampel ikan tu aku beli extra sebab ada ikan kecik yang isinya x cukup 10.00 gram pun.. tapi saja je amik lebih sebab senang, cik ali cakap takut sample rosak atau x jadi ke?
sambil sambil ku siang ikan tu, ku borak borak gak ngan fauzan. tanya dier study mana dulu, camner boleh ke sini.. kan mulut ku ni ramah.. so xde la bosan atau rasa terasing sangat ku rasa.. masa tu ku rasa segan jugak sebab ku sorang je pompuan dalam lab tu.. ku panjat kan doa perlindungan pada allah, ye la kena berbaik sangka dan kena juga berhati hati kan.. jaga maruah yang ada.. kat komputer cik ali asyik mainkan lagu lagu Wali Band je.. dah naik hafal dah aku setiap lirik2 lagu tu.. ku teringat pulak daus AF8 nyanyi lagu cari jodoh masa konsert pertama AF8.. so comel dier menarik cam kedek kedek ja....


so yang ni la isi ikan yang dah diasingkan... tapi masa tu ku salah siang jugak, sebab include sekali dengan kulit ikan sekali... so kena siang sekali lagi tok dapatkan hanya isi ikan je



masam gile muka ikan delak ni kan.. hihihi ni ikan yang reject sebab ku rasa ikan ni x sesuai lagipun ikan ni ramai orang x makan.. tapi kat pasar taman air biru ada.. ku ingat lagi masa ku beli ikan ni, muka aku pelik gile dengar nama ikan ni.. ikan delak? eerrrrmm apa2 la.. ku reject ikan ni sebab dah ada hampir 6 sample.. takut x cukup budget nanti, mati aku nak bayar pulak.. dah la budget skit je..



then, kena timbang 10.0 gram isi ikan then lipat dalam kertas grill ni..












pas dah abis process ni, cik Ali lepaskan aku g makan.. ku hubungi abah supaya amik aku.. masa ku call abah tu dah nak kat 1.25 ptg.. abah lepak kat masjid rupanya.. abah amik aku then kami solat zuhur jemaah.. abah cakap abah nak jemaah kat situ.. seronok katanya.. ada kawan kawan kat situ... eeerrrmrmmm layankan aje... lepas solat zuhur, abah bawak makan kat cafe area pusat racun ni.. then antar balik aku ke DCC.. then abah g masjid baring baring borak kat sana.. sambil sambil abah ikhikaf la kat sana...



masa ku masuk tu dah kol 230 ptg, Cik Ali dan Fauzan dah ada dalam tu.. tapi diorang faham la kenapa masuk lambat kan.. ye lah kuar tadi pun dah nak kat 130. nak solat nak makan semua kan amik masa jugak kan.. errrrmmm then petang kami bermula dengan process extraction.. nak extract hanya isi ikan bercampur dengan pelbagai solution antaranya hydromatrix ( nak extract air yang ada dalam isi ikan tersebut).. kena tumbuk isi ikan tersebut dengan hydromatrix..


kemudian masukkan dalam microwave bagi hilang betul betul kandungan air di dalamnya.. selama 4 minit.. ( 1st set 2 minit, 2nd 1 minit, 3rd 1 minit).. selang tu kena kuarkan dan kacau kacau skit.. x nak melekat kat bekas yang macam lesung batu ni).. mula mula kuarkan bau macam ikan bakar.. sedap tetiba ku rasa lapar walaupun baru lepas lunch ngan abah. hihihi.. asyik ingat makan je kan.


kemudian keluarkan dari mikrowave tumbuk2 sampai hancur, then kena masukkan dalam sel tok masuk machine ASE 200 ( Accelerate Solvent Extractor)... machine ni akan automatik tambah solvent methanol (tok sampel ikan).. kalu sampel tanah guna hexane, itu yang cik ali cakap la.. hhihihi tu share kat sini.. sebelum masuk ke machine tu, ikan yang hancur tadi akan dicampur dengan internal standard untuk dioxin sebanyak 250 microliter dan Ottawa Sand... then tutup kan sel tersbut masuk machine ASE 200 tu


so machine ASE 200 ni akan extract secara automatik.. ada macam2 bunyi dihasilkan.. so lepas lebih kurang 15 ke 20 minit solution jernih akan terhasil.. kemudian cecair tersebut akan di pindahkan ke kelalang volumetrik dan masuk dalam water bath.....
dalam process ni, semua bahan kimia yang dicampurkan pada awal tadi akan di extract ke luar.. hanya tinggal dioxin dan bahan bahan lain.. so itu la yang kita cari... gambar water bath akan di include dalam entri seterusnya...
lebih kurang kol 420 cik Ali benarkan ku balik.. sebab dier cakap takut kat jambatan penang tu jem pulak.. lagi pun ku ngan abah nak carik umah mak ngan dan pak ngah lagi.. dah la ku x ingat langsung.. nasib baik abah ingat.. jalan punya jalan cari punya cari, tengok2 pak ngah tengah borak borak ngan jirannya baru lepas joging... kira kuat jugak la ingatan abah kesayangan aku ni.. syabas abah..
sampai umah mak ngah dalam kol 645 ptg.. borak2 ngan mak ngah dan pak ngah then mak ngah suruh ku rehat dalam bilik kak molek.. kak molek baru je lepas abis ari sebab gugur... ku masuk bilik dier mak ngah siap buka air cond lagi.. eerrrmm sejuk, ku terus mandi, siap2 amik wuduk tunggu athan magrib...
dalam kol 9 mak ngah ajak makan.. ikan yang ku bawak mak ngah goreng skit je sebab mak ngah cakap lauk dier banyak masak sian tadi.. dier nak masak ikan aku ari ni.. hhihihi ku on je sebab badan pun dah agak letih..
pas makan, solat isyak jap.. then ku online ym.. xde kawan yang best so ku concentrate tok buat entri sebelum ni la.. dalam kol 1100 malam ku dah letih sangt.. tutup lampu tutup laptop tdo..abah lagi syok kol 9 malam dier dah tdo.. abah cakap abah ngantok sangat..letih la kot...

tdo punya tdo kol 3 pagi ku terjaga jap tetiba kaki ku cramp.... hampeh betul sakit kaki x boleh gerak rasa nak nangis je.. sebab ku lupa nak slow down air cond temperature.... nasib baik pas tu ku boleh tdo.. dalam kol 615 jam loceng ku dah bunyi... bangun, mandi solat subuh...... bermula la aktiviti hari kedua di DCC.....
wasalam

No comments:

Post a Comment