Friday, January 21, 2011

kita sering mengeluh bile ia tiada, dan membazir jika ada

Bismillahirahmanirahim.... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Errrmmm.. aku tengah tunggu athan zuhur ni.. lagi 2 3 minit lagi athan la ni..

Ari ni pagi2 lagi bekalan air utama dah terputus.. ntah kat mana la paip yang terpecah kat kampung ni.. awal2 pagi abah dah kejut aku, kata air xde, cepat2 bangun.. hahaha, aku terus bangun mandi cepat2 kang xde air air susah.. air ada la setitik dua, selesai je amik wuduk, terus kering air tu..
ku dah la sakit perut je dari pagi ni.. pinggan kat dapur tu bertimbun2, x basuh2 lagi.. kain baju mmg extend esok la basuhnya, ari panas pulak.. wah, sebabun keluhan aku luahkan...
Eerrrmm sampai ke zuhur ni masih xde air lagi..

Terukkan manusia ni, bila air xde pelbagai keluhan keluarkan, kalau time ada air tu sampai membazir2.. sayang kat air tu.. sama la kalau letrik pulak xde... semua sumpah seranah kuar.. salahkan org tu la, salahkan org ni la.. dunia dunia, mmg x pernah cukup..

K la, ku doa semoga cepat la bekalan air ni ada balik, sian kat kami ni susah nak angkut air sana sini, tergendala kerja kerja umah.. banyak yg x setel lagi ni.. okey athan dah berkumandang.. nak g mandi dengan air yg ada, then solat..

K semua jom tunaikan solat, tegakkan tiang agama

~wasalam~

Sunday, January 2, 2011

Esok Dunia Baru Buat Husna

Bismillahirahmanirahim... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera






Esok tanggal 3 Januari 2011 dah mula persekolahan semester pertama buat semua pelajar sekolah sama ada sekolah rendah dan sekolah menengah. hatta budak2 pra sekolah dan tadika juga memulakan musim persekolahanya esok. dan cikgu cikgi semua mulai sibuk dengan persiapan menghadapi karenah murid murid.


Bagi Nurul Husna Bt Roslan (anak saudara kesayangan ku) esok akan memasuki tahun 1 di Sek Ren Keb Sultan Abdul Aziz dan SRA Pasangan. Begitu juga dengan anak saudara ku Nurul Zamira Bt Abdul Rahman yang akan masuk Tingkatan 2. Husna ngan Nurul ni aku ngan keluarga ini jaga sejak kecil, so mmg sayang sangt ngan diorg ni. tak dilupakan juga anak saudara ku Mohd Adeeb Luqman B Md Rizal yang dah nak masuk 2 tahun mei ni. tapi x mau makan nasi sgt, tapi remah2 kita semua dier nak makan jugak.


biasanya hari pertama persekolahan, ibu bapa yang bekerja samada pekerja swasta atau pekerja kerajaan diberi kelonggaran esok untuk menemankan anak di sekolah. so, boleh la buat pembayaran yuran tok anak2 mereka. tapi rasanya tahun 2011 ni banyak sekolah yang telah memperkenalkan sistem orientasi pelajar tahun 1. so sepanjang minggu lepas ramai murid tahun satu yang dah pergi ke sekolah untuk orientasi tersebut. antara manfaat nya ialah semua murid tahun 1 ni xde la yang takut2 menangis ke apa ke. its a normal situation bile hari pertama persekolahan murid tahun 1 akan menangis nak balik ke rumah.

diorg ni bukan takut apa, takut ditanggalkan terus oleh mak ayah diorg. pelbagai perasaan yang mereka lalui. takut cikgu marah, takut xde kawan. almaklum la, yg menulis ni pun dulu masa kecik2 hebat menangis ni. ku dulu masa tahun 1 dapat 1 hijau guru kelas cikgu NUR HUDA (ibu wan saiful hassan). ku menangis bukan sebab takut xde kawan ke apa ke. nangis sebab dok belakang sekali pastu dok ngan budak india pulak tu.. mmg x masuk sgt la. hihihihi.. tapi dah seminggu sekolah dah okey dah, x nangis lagi. tapi ramai jugak kawan2 yang dah steady x nangis pun. Buat malu abah je aku ni kan.


esok abah kata, dier yang nak bawak husna ke sekolah, then bayar yuran sekali la. andai kata esok husna menangis, kena lah abah pujuk. jangan dier kata x nak sekolah situ nak masuk sekolah tadika cikgu ikin balik sudah. tu dah kes parah. macam AYU anak ucu ina ngan ucu ali yang hari prtama ke sekolah rasa x best nak balik ke sekolah tadika balik. nasib baik pujuk punya punya, AYU terus tetapkan iman dan sekolah macam biasa... ewah! macam macam hal kan?


sedih skit husna ni sebab mesti dier terfikir org lain datang dengan mak ayah tapi dier datang ngan atok pulak. ye lah, kan ibu ngan ayah nya dah berpisah. tapi husna tau ayahnya dah xde kat sini. so dier okey je, cuma dier sensitif skit bile aku tanyakan hal ayah nya. dan kalau tanya arwah mak pulak. husna mesti jawab "ala teh, jangan la tanya pasal mak, nanti kita nangis sebab kita rindu kat mak". itu la budak2, kadang2 pengalaman hidup yang mencabar memberikan kematangan pada kanak kanak itu.


pas solat magrib tadi nurul dah siap2 gosok baju kain sekolah dan tdung. then dier tolong gosok kan baju kain sekolah husna.. excited nya husna sampai dah 2 3 kali try pakai kasut sekolah tu. then husna masukkan pencil box ngan kaler dier dalam beg. tetiba hati ku rasa sayu sangat2. teringatkan arwah mak. x dapat mak tengok husna masuk sekolah. ku teringat kata2 di hari terakhir hayat mak di muka bumi ni pagi sabtu 17 julai 2010. ari tu husna ada kelas ganti kat tadika nya. masa husna pergi sekolah tu mmg mak tengah rehat baring jap lepas solat subuh. mak x perasan husna pergi. jaga je mak dari tdur nya terus mak tanya aku, " dah pergi husna tadi ke?" aku jawab " dah mak, napa?" mak balas balik " lena benor la aku tdo tadi sampai x perasan die ke sekolah"... itu la antara ayat2 mak.
xpe la husna, kita sama sama doakan tok mak ye. agar mak ditempat di kalangan orang beriman. kalau dulu aku ngan kakak baju dgn kain sekolah mana pernah beli siap. cuma tudung je yg beli. mak akan sedaya upaya buatkan tok aku ngan kakak. pernah jugak esok nak sekolah, malam ni baru mak jahit baju tu. pernah sekali aku ke sekolah baju sekolah tu xde poket. dah seminggu baru mak alter buat poket. cuma masa aku tgkatan 4 tahun 2000 je aku pakai baju sekolah beli kat kedai sebab masa tu mak x dapat nak jahit baju sebab mak jaga kakak kat hospital. kakak accident patah kaki. mmg x sama baju macam mak buat. walaupun jahitan mak x sekemas penjahit2 profesional tapi aku bangga sebab dapat pakai baju yg mak jahit sendiri. kini, tinggal la kitrg kat umah ni yg x pandai menjahit baju. mesin jahit mak pun dah kitrg letak kat dapur, lasty berkarat la dier. terima kasih mak atas segala pengorbanan mak yang x terhingga. semoga ALLAH yang membalas segala kebajikan mak dengan ganjaran pahala. AMIN
buat Nurul Husna Bt Roslan, esok sekolah elok2 ek. jangan nangis2. cari kawan tau. dengar cakap cikgu, kalau nak ke bilik air cakap ngan cikgu, pergi biar berteman. hopefully tandas sekolah lama ku tu yg dari 1996 ku tinggalkan dah upgrade la. tandas cantik dan bersih. x la susah Husna nak ke tandas nanti. belajar sungguh2, insyaallah nanti uteh belanja makan dan bawak jalan2. petang sekolah mengaji pun belajar elok2. malam belajar IQRA' ngan ustaz Sayuti. pergi sama sama ngan AYU.
~wasalam~



Teruknya Ku ni

Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Gambar di sebelah ni adalah gambar aku bersama classmate BIO ku iaitu Siti Sarah Ahmad dan gambar ni diambil masa malam dinner bios 2005 rasanya dengan tema NIGHT TO REMEMBER.


nak tau napa ku publish gambar SITI SARAH ni. sebab malam ni baru kebenaran terserlah dan ku rasa rugi sgt2 pulak sebab kesempatan yang ada ku biarkan sia sia begitu saja.


cerita nya macam ni, dalam bulan september Sarah ada tagged kad kawin dier kat fb aku. ajak tok datang kenduri kawin dier.. dan ku dah jawap kata x dapat datang tok kenduri kawin nya.. Jauh pun ke JOHOR sana. then Sarah pun x kirim la kad kawinnya...


dan pada 25 DEC 2010, aku sekeluarga pagi pagi lagi dah bergerak ke Parit Jamil, Muar untuk ke rumah Tok Ngah Sulaiman sebab anak Tok Ngah kawin. x sempat kirim kad jemputan tapi hanya Tok Anjang Putri yang call dari Putrajaya. Sampai2 kat Muar sekitar pukul 12 tghari, dah biasa gerak ke sini so cepat la sampainya. sampai2 je, salam semua tok2 sedara, Tok Anjang Jubri ajak makan.. so kitrang pun makan la.. air sirap rosselle manis gile, kena sulam ngan air kosong la.. yang paling tak ingat ayam goreng dier mmg TERBAEK!!!!... sedap gile, sampai sekarang ku terbayang rupa ayam goreng tu. wah macam ipin pulak suka makan ayam goreng, tapi mmg sedap..


so dah abis makan, borak2 ngan mak uda ida (tapi kitrg panggil kak ida je). borak2 dah masuk zohor. disebabkan umah tok ngah ni sebelah je masjid so kitrg awal2 lagi dah gerak ke masjid. boleh solat jemaah. masa tu kat masjid ramai org sebab keluarga pengantin belah perempuan dah sampai dan pengantin perempuan nya sedang bersiap kat tempat jemaah perempuan. mmg sesak sgt, ku solat pun kat tepi je. then bile time nak letak telekung kat ujung tempat solat tu, ku terpandang gak pada pengantin perempuannya. pengantinnya nampak kecik molek je org nya..


masa tu husna dok panggil2 kata ibunya dah tunggu kat luar. so ku pun bergegas la ke bawah kuar dari masjid tu, then ke umah tok ngah sulaiman balik. kitrg sambung makan balik sebab tok uda kata makan kenyang2 kang tengah jalan lapar balik. aku pun apa lagi la sambung makan ayam goreng la. masa tu pengantin dah berarak masuk terus ke tempat makan.


kitrg ni sengal sgt, ada kamera tapi x nak pakai. at least amik la 1 2 shot pic pengantin kan. then bila dah salam2 semua kitrg pun balik. sampai rumah dalam pukul 7 petang. lepas solat magrib aku dah nak start baca al-quran. masa tu kakak ku buka beg yang kitrg dapat kat rumah tok ngah tu. dalam tu ada bunga telur gula gula ngan buku yassin. ada tertera nama pengantin dan nama tuan rumah (tokngah Sulaiman dan isterinya Tok ngah Puziah). nama pengantin pulak Mohd Syafiq b HJ Sulaiman dan SITI SARAH BT HJ AHMAD.


masa baca nama pengantin perempuan tu hati ku macam terdetik sesuatu. SITI SARAH AHMAD? nama ni macam familiar je bagi ku. ni nama penuh siti sarah. ntah2 pengantin perempuan ni SITI SARAH classmate BIO aku x? luahan tu ku nyatakan pada abah dan kakak. kakak kata "tulah tadi bawak kamera x nak tangkap" ku cakap xpe2 nanti ku tgk profile sarah kat fb. dan malam ni ku dapat kebenarannya..


aku rasa ralat sagt sebab mmg masa kat masjid tu aku nak sgt tegur pengantin perempuan tu.. inilah namanya takdir ALLAH. setiap perancangan kita kadang kala x sama dengan QADA' QADAR ALLAH. apa2 pun perkara ni mmg memberi pengajaran buat aku, kerana kebelakangan ni aku agak mementingkan diri sendiri...


buat semua, jangan contohi aku ek!! amik tau pasal kawan kawan dan sekeliling...


~adios amigos~
wasalam


p/s: memang kena betul tema dinner tu NIGHT TO REMEMBER sampai la ni kena ingat semua tu. nasib baik ada gambar tu... buat kawan ku SITI SARAH AHMAD dan pasangannya MOHD SYAFIQ SULAIMAN selamat Pengantin Baru. semoga berbahagia ke akhirnya. selamat datang dalam keluarga kami.


dan buat kawan ku juga classmate BIO juga MASLIANI HJ ABDUL dan suaminya NAZIM selamat Pengantin baru semoga kebahagian dan rahmat ALLAH melingkari kehidupan baru anda berdua.

SeKaLuNg KaSiH hARuMaN kAsTuRi

Bismillahirahmanirahim....

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



SELAMAT TINGGAL IBUKU


sewaktu azan mendayu dayu

ibuku pergi meninggalkan ku
perginya takkan kembali lagi
kerna takdir telah menentukan

Doa restu ku utuskan untuk mu ibu
semoga diri ibu bahgia
di akhirat yang kekal abadi

ibuku kau pemupuk kasih sayang
kerna kau lah ibu yang tercinta
bakti mu padaku tidak terkira
hanya Allah dapat membalas

ibuku walau kau pergi dulu
namun ku tetap tetap mengingati mu
kasihku pada mu seperti dulu
SELAMAT TINGGAL IBUKU



Masa ku sekolah rendah, lagu ni la yang selalu aku nyanyikan. sebab rajin masuk kumpulan nasyid. x kira la sekolah kebangsaan ke sekolah agama petang ke mesti suka suggest kat cikgu/ustazah nyanyi lagi ni. sebab dulu-dulu lagu2 nasyid x banyak. antara kumpulan yang ada pun kumpulan Dzikr (kalau x silap). tapi dulu kalau nyanyikan lagu ni mesti akhirnya semua ahli kumpulan nasyid ku menangis.. sebab ayat2 nya sadis kan?



dah setiap kali aku nyanyikan lagu ni, mesti aku terfikir, apakah suatu hari aku akan kehilangan ibu ku sewaktu azan sedang berkumandang? masa tu aku rasa sedih sangat, dan terus tanya ustazah ttg hal ni. "ustazah, setiap orang akan mati ke sewaktu azan sedang berkumandang?" Ustazah senyum je. dier jawab "noraidah, hidup mati jodoh rezeki semua ketentuan ALLAH, andai sampai saat kematian tu tidak boleh ditangguh walau sesaat, x kisah la apa jua keadaan. ketika makan pun kita boleh mati."



ku anggukkan juga kepala atas penerangan yg ustazah berikan. apa lah yang kanak kanak seusia 8 tahun tahu dengan penjelasan yang macam tu. dan ketika itu, aku hanya mampu berdoa agar Allah panjang usia mak ku dan andai suatu saat nanti allah panggil mak ku menghadapNYA agar ketika itu aku ada di sisi mak. dan sesungguhnya ALLAH itu pengkabul doa hambaNYA.



sebenarnya pada saat aku menulis ni mata ku dah bengkak sebab menangis kerna rindu kan arwah mak. teringat sangat2 pada mak. tu yang dalam doa masa usai solat magrib tadi ku pohon agar ALLAH tempatkan ibu ku di syurga ALLAH yang abadi dan ibu terpelihara dari siksaan api neraka. semoga mak ditempatkan bersama sama GOLONGAN ORANG MUKMIN. semoga haruman syurga (haruman kasturi) dikalungkan buat mak atas segala pengorbanan mak yang tak terbalas oleh aku dan adik beradik ku yang pernah menumpang di rahim mak, di halalkan setiap titis air susu yang diberikan pada kami.


seperti bait kata2 lagu di atas, baktimu pada ku tidak terkira hanya tuhan dapat membalasnya Hanya allah yang akan membalas dengan ganjaran syurga buat mak..


buat semua, andai ada kesempatan untuk bersama ibu bapa anda semua.. rebutlah peluang tersebut. peluk dan cium mereka, luangkan masa untuk mereka, jangan lupakan kebajikan mereka. jenguk2 mereka kalau boleh seminggu sekali, jangan tiba time hari raya je baru nak balik kg. takut2 dah xde nanti baru rasai kosong dalam erti kata yang sebenar..

~wasalam~