Sunday, January 2, 2011

Teruknya Ku ni

Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Gambar di sebelah ni adalah gambar aku bersama classmate BIO ku iaitu Siti Sarah Ahmad dan gambar ni diambil masa malam dinner bios 2005 rasanya dengan tema NIGHT TO REMEMBER.


nak tau napa ku publish gambar SITI SARAH ni. sebab malam ni baru kebenaran terserlah dan ku rasa rugi sgt2 pulak sebab kesempatan yang ada ku biarkan sia sia begitu saja.


cerita nya macam ni, dalam bulan september Sarah ada tagged kad kawin dier kat fb aku. ajak tok datang kenduri kawin dier.. dan ku dah jawap kata x dapat datang tok kenduri kawin nya.. Jauh pun ke JOHOR sana. then Sarah pun x kirim la kad kawinnya...


dan pada 25 DEC 2010, aku sekeluarga pagi pagi lagi dah bergerak ke Parit Jamil, Muar untuk ke rumah Tok Ngah Sulaiman sebab anak Tok Ngah kawin. x sempat kirim kad jemputan tapi hanya Tok Anjang Putri yang call dari Putrajaya. Sampai2 kat Muar sekitar pukul 12 tghari, dah biasa gerak ke sini so cepat la sampainya. sampai2 je, salam semua tok2 sedara, Tok Anjang Jubri ajak makan.. so kitrang pun makan la.. air sirap rosselle manis gile, kena sulam ngan air kosong la.. yang paling tak ingat ayam goreng dier mmg TERBAEK!!!!... sedap gile, sampai sekarang ku terbayang rupa ayam goreng tu. wah macam ipin pulak suka makan ayam goreng, tapi mmg sedap..


so dah abis makan, borak2 ngan mak uda ida (tapi kitrg panggil kak ida je). borak2 dah masuk zohor. disebabkan umah tok ngah ni sebelah je masjid so kitrg awal2 lagi dah gerak ke masjid. boleh solat jemaah. masa tu kat masjid ramai org sebab keluarga pengantin belah perempuan dah sampai dan pengantin perempuan nya sedang bersiap kat tempat jemaah perempuan. mmg sesak sgt, ku solat pun kat tepi je. then bile time nak letak telekung kat ujung tempat solat tu, ku terpandang gak pada pengantin perempuannya. pengantinnya nampak kecik molek je org nya..


masa tu husna dok panggil2 kata ibunya dah tunggu kat luar. so ku pun bergegas la ke bawah kuar dari masjid tu, then ke umah tok ngah sulaiman balik. kitrg sambung makan balik sebab tok uda kata makan kenyang2 kang tengah jalan lapar balik. aku pun apa lagi la sambung makan ayam goreng la. masa tu pengantin dah berarak masuk terus ke tempat makan.


kitrg ni sengal sgt, ada kamera tapi x nak pakai. at least amik la 1 2 shot pic pengantin kan. then bila dah salam2 semua kitrg pun balik. sampai rumah dalam pukul 7 petang. lepas solat magrib aku dah nak start baca al-quran. masa tu kakak ku buka beg yang kitrg dapat kat rumah tok ngah tu. dalam tu ada bunga telur gula gula ngan buku yassin. ada tertera nama pengantin dan nama tuan rumah (tokngah Sulaiman dan isterinya Tok ngah Puziah). nama pengantin pulak Mohd Syafiq b HJ Sulaiman dan SITI SARAH BT HJ AHMAD.


masa baca nama pengantin perempuan tu hati ku macam terdetik sesuatu. SITI SARAH AHMAD? nama ni macam familiar je bagi ku. ni nama penuh siti sarah. ntah2 pengantin perempuan ni SITI SARAH classmate BIO aku x? luahan tu ku nyatakan pada abah dan kakak. kakak kata "tulah tadi bawak kamera x nak tangkap" ku cakap xpe2 nanti ku tgk profile sarah kat fb. dan malam ni ku dapat kebenarannya..


aku rasa ralat sagt sebab mmg masa kat masjid tu aku nak sgt tegur pengantin perempuan tu.. inilah namanya takdir ALLAH. setiap perancangan kita kadang kala x sama dengan QADA' QADAR ALLAH. apa2 pun perkara ni mmg memberi pengajaran buat aku, kerana kebelakangan ni aku agak mementingkan diri sendiri...


buat semua, jangan contohi aku ek!! amik tau pasal kawan kawan dan sekeliling...


~adios amigos~
wasalam


p/s: memang kena betul tema dinner tu NIGHT TO REMEMBER sampai la ni kena ingat semua tu. nasib baik ada gambar tu... buat kawan ku SITI SARAH AHMAD dan pasangannya MOHD SYAFIQ SULAIMAN selamat Pengantin Baru. semoga berbahagia ke akhirnya. selamat datang dalam keluarga kami.


dan buat kawan ku juga classmate BIO juga MASLIANI HJ ABDUL dan suaminya NAZIM selamat Pengantin baru semoga kebahagian dan rahmat ALLAH melingkari kehidupan baru anda berdua.

No comments:

Post a Comment