Sunday, January 2, 2011

Esok Dunia Baru Buat Husna

Bismillahirahmanirahim... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera






Esok tanggal 3 Januari 2011 dah mula persekolahan semester pertama buat semua pelajar sekolah sama ada sekolah rendah dan sekolah menengah. hatta budak2 pra sekolah dan tadika juga memulakan musim persekolahanya esok. dan cikgu cikgi semua mulai sibuk dengan persiapan menghadapi karenah murid murid.


Bagi Nurul Husna Bt Roslan (anak saudara kesayangan ku) esok akan memasuki tahun 1 di Sek Ren Keb Sultan Abdul Aziz dan SRA Pasangan. Begitu juga dengan anak saudara ku Nurul Zamira Bt Abdul Rahman yang akan masuk Tingkatan 2. Husna ngan Nurul ni aku ngan keluarga ini jaga sejak kecil, so mmg sayang sangt ngan diorg ni. tak dilupakan juga anak saudara ku Mohd Adeeb Luqman B Md Rizal yang dah nak masuk 2 tahun mei ni. tapi x mau makan nasi sgt, tapi remah2 kita semua dier nak makan jugak.


biasanya hari pertama persekolahan, ibu bapa yang bekerja samada pekerja swasta atau pekerja kerajaan diberi kelonggaran esok untuk menemankan anak di sekolah. so, boleh la buat pembayaran yuran tok anak2 mereka. tapi rasanya tahun 2011 ni banyak sekolah yang telah memperkenalkan sistem orientasi pelajar tahun 1. so sepanjang minggu lepas ramai murid tahun satu yang dah pergi ke sekolah untuk orientasi tersebut. antara manfaat nya ialah semua murid tahun 1 ni xde la yang takut2 menangis ke apa ke. its a normal situation bile hari pertama persekolahan murid tahun 1 akan menangis nak balik ke rumah.

diorg ni bukan takut apa, takut ditanggalkan terus oleh mak ayah diorg. pelbagai perasaan yang mereka lalui. takut cikgu marah, takut xde kawan. almaklum la, yg menulis ni pun dulu masa kecik2 hebat menangis ni. ku dulu masa tahun 1 dapat 1 hijau guru kelas cikgu NUR HUDA (ibu wan saiful hassan). ku menangis bukan sebab takut xde kawan ke apa ke. nangis sebab dok belakang sekali pastu dok ngan budak india pulak tu.. mmg x masuk sgt la. hihihihi.. tapi dah seminggu sekolah dah okey dah, x nangis lagi. tapi ramai jugak kawan2 yang dah steady x nangis pun. Buat malu abah je aku ni kan.


esok abah kata, dier yang nak bawak husna ke sekolah, then bayar yuran sekali la. andai kata esok husna menangis, kena lah abah pujuk. jangan dier kata x nak sekolah situ nak masuk sekolah tadika cikgu ikin balik sudah. tu dah kes parah. macam AYU anak ucu ina ngan ucu ali yang hari prtama ke sekolah rasa x best nak balik ke sekolah tadika balik. nasib baik pujuk punya punya, AYU terus tetapkan iman dan sekolah macam biasa... ewah! macam macam hal kan?


sedih skit husna ni sebab mesti dier terfikir org lain datang dengan mak ayah tapi dier datang ngan atok pulak. ye lah, kan ibu ngan ayah nya dah berpisah. tapi husna tau ayahnya dah xde kat sini. so dier okey je, cuma dier sensitif skit bile aku tanyakan hal ayah nya. dan kalau tanya arwah mak pulak. husna mesti jawab "ala teh, jangan la tanya pasal mak, nanti kita nangis sebab kita rindu kat mak". itu la budak2, kadang2 pengalaman hidup yang mencabar memberikan kematangan pada kanak kanak itu.


pas solat magrib tadi nurul dah siap2 gosok baju kain sekolah dan tdung. then dier tolong gosok kan baju kain sekolah husna.. excited nya husna sampai dah 2 3 kali try pakai kasut sekolah tu. then husna masukkan pencil box ngan kaler dier dalam beg. tetiba hati ku rasa sayu sangat2. teringatkan arwah mak. x dapat mak tengok husna masuk sekolah. ku teringat kata2 di hari terakhir hayat mak di muka bumi ni pagi sabtu 17 julai 2010. ari tu husna ada kelas ganti kat tadika nya. masa husna pergi sekolah tu mmg mak tengah rehat baring jap lepas solat subuh. mak x perasan husna pergi. jaga je mak dari tdur nya terus mak tanya aku, " dah pergi husna tadi ke?" aku jawab " dah mak, napa?" mak balas balik " lena benor la aku tdo tadi sampai x perasan die ke sekolah"... itu la antara ayat2 mak.
xpe la husna, kita sama sama doakan tok mak ye. agar mak ditempat di kalangan orang beriman. kalau dulu aku ngan kakak baju dgn kain sekolah mana pernah beli siap. cuma tudung je yg beli. mak akan sedaya upaya buatkan tok aku ngan kakak. pernah jugak esok nak sekolah, malam ni baru mak jahit baju tu. pernah sekali aku ke sekolah baju sekolah tu xde poket. dah seminggu baru mak alter buat poket. cuma masa aku tgkatan 4 tahun 2000 je aku pakai baju sekolah beli kat kedai sebab masa tu mak x dapat nak jahit baju sebab mak jaga kakak kat hospital. kakak accident patah kaki. mmg x sama baju macam mak buat. walaupun jahitan mak x sekemas penjahit2 profesional tapi aku bangga sebab dapat pakai baju yg mak jahit sendiri. kini, tinggal la kitrg kat umah ni yg x pandai menjahit baju. mesin jahit mak pun dah kitrg letak kat dapur, lasty berkarat la dier. terima kasih mak atas segala pengorbanan mak yang x terhingga. semoga ALLAH yang membalas segala kebajikan mak dengan ganjaran pahala. AMIN
buat Nurul Husna Bt Roslan, esok sekolah elok2 ek. jangan nangis2. cari kawan tau. dengar cakap cikgu, kalau nak ke bilik air cakap ngan cikgu, pergi biar berteman. hopefully tandas sekolah lama ku tu yg dari 1996 ku tinggalkan dah upgrade la. tandas cantik dan bersih. x la susah Husna nak ke tandas nanti. belajar sungguh2, insyaallah nanti uteh belanja makan dan bawak jalan2. petang sekolah mengaji pun belajar elok2. malam belajar IQRA' ngan ustaz Sayuti. pergi sama sama ngan AYU.
~wasalam~



No comments:

Post a Comment