Sunday, May 22, 2011

Ujian ALLLAH Datang Lagi


Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..







Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang..


Dengan perasaan yang bercampur baur.. geram, sedih, kecewa dan beremosi.... pelbagai emosi yang ada datang hati ini... pelbagai masalah yang di hadapi ini... asyik2 bincang benda yang sama.. dari start aku keje lagi, start abah aku buat hal nak kawin lagi, kitorang adik beradik jadi huru hara... asyik bergaduh, tinggi tinggi suara..


aduh, pening2...... aku pun x faham la apa yg buat abah terdesak sangat nak kawin.. mak x sampai setahun pun pergi meninggalkan kitorang, baru 10 bulan.. kenangan ngan mak ni makin segar. x lupa apa2 pun malah makin segar sebab aku selalu mimpi mak..


semua hubungan ngan sepupu sepupu semua jadi huru hara... perkara macam ni kalau setel pun x mungkin elok macam dulu. kalau baik pun makan beberapa tahun..


mungkin orang kata ada hikmah yang tersembunyi.. Allah Maha Berkuasa menentukan segala2nya.. Ya Allah, kirimkanlah kembali kebahagiaan seperti dulu.. berilah kerahmatan buat kami sekeluarga...


apa2 pun aku redha dengan Ujian ALLAH ini..

~wasalam~

p/s: takziah buat mangsa tragedi runtuhan di Hulu Langat yang menimpa rumah anak-anak yatim.. Semoga ALLAH menempatkan mereka mereka yang di uji ALLAH di Syurga ALLAH di disisi orang orang mukmin.

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru

Bismillahirahmanirahim.... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


16 Mei 2011 - Hari Guru
Tema : Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Hayatilah sajak mengenai guru karya Sasterawan Negara (Usman Awang)


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

sajak yang sangat bermakna dan beerti buat semua guru2, kerana tanpanya kita tak akan kenal ABC, 123.. Guru2 adalah asas kepada setiap kejayaan dan kegagalan setiap manusia.. Jasa Guru yang kita semua akan kenal sampai akhir hayat.. Panggilan Keramat CIKGU kekal terpahat.

Buat guru2 yang telah mencurahkan ilmu kepada ku, kawan2 dan anak bangsa, sekalung penghargaan ku ucapkan atas pengorbanan dan sumbangan ilmu yang diberikan.. sehingga kami menjadi anak bangsa yang berjaya dunia dan akhirat..

Guru ku Cikgu Ahmad Kosman, Cikgu Choo Kin Tong, Cikgu Mok Yow Lin, Cikgu Rusdi Ismail, Ustaz Razali Napiah, Cikgu Fadhil, Cikgu Nur Huda, arwah Cikgu Fauziah dan semua cikgu-cikgu Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Kg Kuantan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor. Hanya Allah yang akan membalas jasa2 kalian.. tidak dilupakan ustazah dan ustaz di sekolah rendah agama pasangan iaitu ustaz Fadullah, ustaz Said, ustazah Manah, ustazah Zaimah, Ustazah Zainon Ali, ustazah Zainon Daud, Ustaz Bahasa Arab ku yang dah x ingat namanya tapi ingat rupanya dan semua yang telah mengajarku.. Terima Kasih ku ucapkan atas jasa2 kalian.. kata kata nasihat masih ku ingati dan terngiang2 di telinga ini..

x lupa juga semua pensyarah Kursus Diploma Sains (UiTM Kuala Pilah) dan Kursus Sarjana Muda Sains Kepujian Biologi (Uitm Shah Alam). En. Abu(Prof Madya Abu Hasan), En. Taufik, En. Shamsul Onn, Puan Mazni, Puan Rose,Dr Harita, Dr Farida Zuraina, Dr harinder, Puan Wan Razarinah, Cik Fydee, en. dzul. Terima Kasih atas curahkan ilmu.. Kalian semua umpama ayah dan ibu kami yang tidak henti2 mencurahkan ilmu supaya aku dan kawan2 menjadi insan yang berguna..

doaku semoga ALLAH berikan kebahagian dan kerahmatan hidup buat semua guru2 ku.

~wasalam~

Gugurnya Khalifah Allah


Firman ALLAH dalam Surah Al- An'aam ayat 61 yang bermaksud
" Dan Dialah yang mempunyai kekuasaan tertinggi di atas semua hamba-Nya, dan diutus-Nya kepadamu malaikat-malaikat penjaga, sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, ia diwafatkan oleh malaikat-malaikat Kami, dan malaikat-malaikat Kami itu tidak melalaikan kewajibannya".
Benarlah kata kata Allah Yang Maha Agung.

Apabila telah sampai waktu perjanjian antara ALLAH dan manusia, malaikat Izrail akan menjalankan tugaskan sebagai pencabut nyawa setiap manusia, tidak akan tertangguh walau sesaat waktu. dalam apa jua keadaan manusia pun ketika itu samada sedang berehat rehat, sedang mandi, sedang makan, sedang tidur.., sedang terlantar sakit hatta sedang berhubungan intim dengan pasangan. Jika telah sampai waktu nya, kematian pasti tetap akan berlaku..
Wamakaru wamakarallah (manusia ada perancangan dan ALLAH jua ada perancangan).

Tanggal 13 Mei 2011, Jumaat 11.30 malam ketika kebanyakan rakyat Malaysia sedang menonton Maharajalawak (mesti tgk punya-xyah tipu la).. ketika itu abang ngah sedang bertarung dengan sakaratul maut di Hospital Sg. Buloh.. terlantar sakit dan koma sejak 11 mei 2011 akibat kencing manis yang sentiasa berubah2 nilainya. akhirnya setelah tiba janjinya, abang ngah pergi dengan tenang meninggalkan isterinya dan dua anak2 yang masih menuntut di universiti.

kurang 3 hari tok cukupkan 10 bulan pemergian arwah mak ku, 10 bulan 1/2 pemergian arwah Kak Yong, kali ni janji Allah itu pasti, Abang Ngah pula pulang menemui ALLAH. Tuhan pencipta sekalian Alam. permergian arwah abang ngah mengapit kedudukan perginya arwah mak dan arwah yong. Arwah mak diapit oleh 2 anak saudaranya yang paling mak sayang. dimulai dengan arwah Kak Yong, arwah Mak di tengah2 , disusuli dengan arwah Abang Ngah.. Ya ALLAH, sesungguhnya pemergian ketiga2 insan yang kami semua sayang sangat menginsafkan kami.. Sesunggunya Hanya ALLAH Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui segalanya..

Mati itu rahsia ALLAH. Tiada siapa pun yang mengetahui ajal setiap manusia. sekiranya manusia tu tahu, memang tak cukup iman lah manusia tu.. dan Sesungguhnya Manusia Yang Bijak adalah Manusia Yang Mengingati Mati dan Manusia yang Paling Bijak adalah Manusia Yang Mempersiapkan Diri dengan Amal Kebajikan Bersedia Untuk Mati.

YA ALLAH, berikan lah kerahmatan Roh buat Arwah Ibu ku Hajjah Sainah Bt Mat Isa, Arwah Kakak ku Azlina Bt Hj Saian, Arwah Kakak Sepupu ku Aminah Bt Dahlan, Arwah Abg sepupuku Ismail B Dahlan dan semua kaum keluarga, sanak saudara ku yang telah menemuiMU YA ALLAH. Tempatkan mereka di syurga MU yang abadi dan ampunkan dosa-dosa mereka.. Aku juga pasti suatu hari akan menyusuli mereka. berikan aku kesempatan tuk pulang menemuiMU dengan bekalan Pahala dan amalan kebajikan yang baik. AMIN

~wasalam~

Wednesday, May 11, 2011

Kawan-kawan ku


Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sekalung Penghargaan ku ucapkan buat tenaga pengajar Kursus Sarjana Muda Sains (Biologi) Uitm Shah Alam sesi 2004/2005-2007 yang telah bertungkus lumus bagi memberikan kami ilmu pengetahuan yang tidak terbalas jasa mereka. Hanya Allah sahaja yang akan membalasnya. Semoga Allah berikan kerahmatan dan kebahagian buat pensyarah-pensyarah yang tidak kenal erti jemu mengajar kami semua. Antaranya Prof Madya Dr Harita Hashim, Dr Farida Zuraina Mohd Yusof, Dr Harinder Singh, En. Dzul (x ingat nama penuhnya), Puan Wan dan ramai lagi.. maaf la dah x berapa ingat lepas hampir 4 tahun meninggalkan kerusi kuliah di uitm... banyak kenangan terindah yang tercipta disana... dan paling x boleh lupa bile ku dan 2 3 4 5 org rakan (ramai sebenarnya) yang kena repeat subjek animal fisiology (ye ke subjek ni, subjek sem3 paper Dr Harita).. killer paper ni, every sem mesti ramai budak sangkut termasuk la aku..

tapi dalam sangkut2 pun, ku lepas grade on time, walaupun kena amik paper supplement... (whooaa, gembiranya).. banyak pengalaman yang tak terhingga dan ia sebenarnya membentuk peribadi dan perwatakan seseorang itu.. truely, im not an excellent student, sederhana je.. tapi bab2 aktiviti luar, serahkan pada pakar (aku la tuh).. ceruk mana, rantau mana yg x dijelajahi... every weekend ada je aktiviti yg ku handle, bawak kawan2 g jalan under BIOS Society Club.


Di atas ni antara aktiviti yang ku dan kawan2 handle, tapi bawah pemerhatian Dr Harinder.. tak boleh main suka2 hati bawak budak2 ni jalan2.. sebarang masalah, susah nanti.. Program Bersihkan kawasan paya bakau, di Taman Alam Kuala Selangor... tu yang masing2 kasut berlumpur tu... ni semua classmate (girl).. seronok x ingat masing2, muka masing2 merah bernyala, sebab bersihkan kawasan paya bakau tu dengan mengutip sampah dan kotoran yang ada. kira buat Charity la.


Yang ni memang aktiviti wajib setiap sem, budak sem 4 ditugaskan untuk handle malam dinner tok persatuan. Masa ni kami baru sem 3, so x terlibat sangat sebagai AJK.. cuma tolong2 mana yang patut.. dan yang paling best kami semua akan melaram x hingat la.. kalau x silap tema malam ni BATIK dan tagline nya Night to Remember.. haha memang sesuai sgt la sebab mmg antara malam yang x boleh dilupakan. Masa ni masing2 kurus gegile lagi... dan malam ni ku buat pertama kalinya bergambar dengan seseorang yang ku minat dalam diam... hihih siapa dia? ahahh, x yah mention la sebab ia dah jadi sejarah.. org tu pun dah buat2 lupakan aku..


ada banyak lagi pic yang menarik, tapi lain kali ku akan try upload kat sini ek... nak sambung buat keje jap.. buat rakan2 ku semua BIOS 2004/2005-2007, aida doakan semoga berjaya dalam kerjaya dan diceburi.. Selamat Berumahtangga pada Nurhaznina dan Azreen yang bakal berkahwin x lama lagi.. Buat Yasir Suhaimi, Zakiah Zakaria, Masliani Hj Abdul, Noor Khairani, Mohd Hafiz Abas ini semua team yang dah kawin ni, semalamt menempuh alam rumah tangga, semoga dapat membentuk keluarga Mahabbah wa Rahmah...

~wasalam~

Tuesday, May 10, 2011

Anak ANak Saudara Kesayangan Mama

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..



Hari ni macam x keje sangat, dengan hidung tersumbat susah nak bernafas sebab selsema. dan sebelum lunch tadi ada banyak soalan quiz yang en. zack bagi.. tergadak-gadak ku menjawab nya... hihi banyak yang en.zack jawab dari aku yang menjawab.. hahaha.. sengal la ku ari ni..

Jadi dari ku buang masa yang banyak ni, baik ku bazirkan masa tersebut edit pic2 anak buah kesayangan ku.. anak buah ku baru ada 3, dan kemungkinan besar coming soon akan keluarla.. nama ku dah pilih..Nur Zarith Sofiyah .. (hihihi x malu kan macam anak ku pulak).. x peduli, ku nak kuasa authority tok beri nama pada anak2 saudara ku.. ketiga2 nama anak saudara ku yang lahir aku yang bagi nama.. sebelum tu check la jugak apa maksud nama2 mereka..


anak buah yang pertama Nurul Zamira Bt Abdul Rahman. Yang kedua Nurul Husna Bt Roslan. Ketiga Muhammad Adeeb Luqman B. Md Rizal.


Inilah Wajah2 mereka yang telah ku edit menggunakan PhotoShine...


Nurul Zamira yang pose maut


adeeb luqman tunjuk gigi & nurul husna nak g ngaji







Riang Ria di rumah Tok ANdak>>>>








Aha.... Picture Wall di tempat umum





sekian,
master piece dari Mama..

Sunday, May 1, 2011

Selamat Hari Pekerja

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh buat semua dan salam sejahtera,





cewah, macam nak berpidato pulak.. errrrmmmm tak terlewat untuk ku mengucapkan selamat hari pekerja buat semua yang bekerja di malaysia dan seluruh dunia.. buat penggangur (yg masih xde kerja, dok tanam2 anggur je), pas ni usaha2 la carik keje ek..


xde keje yg datang bergolek. semua nya kena usaha kan? dan yang paling penting jangan memilih keje sgt... dan jangan la terlalu excited sgt nak kan pekerjaan sampai kerja2 yg haram pun disapu.. Alih2 kena tipu jadi keldai dadah, antor dadah tok pasaran luar negara, alih2 kena tahan kat airport oversea tu kena dakwa.. ha, duduk la korang yg jadi TIPAH TERTIPU ni kat penjara luar negera.. nama je penjara oversea tapi dalam sel tu lebih teruk dari penjara kat Malaysia ni.. so berhati2 ek..


Disebabkan semalam 1 Mei jatuh pada hari ahad, maka hari ni isnin 2 mei adalah cuti gantian.. so kebanyakkan pekerja syarikat swasta dan sektor kerajaan cuti, waima budak sekolah pun cuti.. dan semalam banyak juga jemputan kenduri walimatulurus.. dan jiran ku pun ada buat kenduri.. aduh, sampai ke malam bising ngan lagu2 yg ntah apa2 ntah.. then malam siap buat joget lambak. kononnya tok meraikan org2 khemah yg siangnya sibuk menguruskan bangsal la.



tapi malam tadi aku berani potong jari la, ramai budak2 muda yg mabuk minum air setan, x caya pagi ni buktinya bersepah2 tin2 beer ngan botol2 kaca yg pecah. tu x lain x bukan teguk air setan la malam tadi tu.. event tu terus on walaupun malam tadi hujan mencurah curah lebat tanpa henti dan guruh kilat sabung menyabung.. eloknya kena la petir pada budak2 muda yg tengah khayal menari tu.. dah la bercampur lelaki perempuan, dengan masing2 aurat terdedah.. sedihnya tengok budak muda islam yang rosak akhlaknya...


ku tuding jari pada tuan rumah yg adakan kenduri kawin semalam. yes, its true bukan tuan rumah yg kuar duit tok panggil live band tu, budak2 ni masing2 kuar 10, 20 hinggit sorang biayai kos live band tu.. tapi kalau tuan rumah tu tegas kata x boleh adakan kat rumah dier, ku rasa budak2 ni x panggil live band tu.. contohnya agak2nya berani x budak2 ni panggil live band tu kat umah Imam masjid, walaupun ketika itu Imam masjid tu kawinkan anaknya.. ku rasa mau parang panjang imam tu keja diorg tu... tu la salahnya mak ayah ni, x tegas dalam displin kan anak.. dah la anak2 tu memang akhlaknya kurang sikit, tambah lagi buat benda2 macam ni, masyarakat pun naik menyampah... saja je nak suruh masyarakat ni tambah dosa kutuk tuan rumah nii... aduh, ni la sikap2 manusia akhir zaman.. nak terus berhibur dan terus berhibur...


ala, ku dah lari topik ni, sepatutnya ku cerita tentang Hari Pekerja kan.. ni dah cerita pasal lain pulak.. fokus entri kali ni saya nak cerita tentang cuti hari pekerja je.. rasanya masing2 amik kesempatan tok bercuti walaupun 3 hari.. sebab tu ari jumaat jalan jem giler sampai kat BJ buka MTL, Jurutol Zalina Bujang pecah rekod MTL paling tinggi dekat rm 950 (lebih kurang la)...

buat semua Selamat Hari Bekerja, semoga lepas ni lebih semangat tok terus bekerja.. buat Uya (Raja Nor Azura Raja Zahadi) Selamat Bertunang 1 Mei 2011.. semoga jodoh berkekalan.. maaf la x dapat hadir kenduri tunang semalam di Taman Tunku Jaafar, Senawang, ku ada komitmen lain la semalam.. x dapat nak elak...


dah tengahari ni, nak ke dapur nak masak kuah lemah ayam ngan ayam goreng berempah.. baru nak try sedap pulak menu tu masa makan kat umah Kak Juwita, sabtu lepas...


wasalam