Sunday, May 1, 2011

Selamat Hari Pekerja

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh buat semua dan salam sejahtera,





cewah, macam nak berpidato pulak.. errrrmmmm tak terlewat untuk ku mengucapkan selamat hari pekerja buat semua yang bekerja di malaysia dan seluruh dunia.. buat penggangur (yg masih xde kerja, dok tanam2 anggur je), pas ni usaha2 la carik keje ek..


xde keje yg datang bergolek. semua nya kena usaha kan? dan yang paling penting jangan memilih keje sgt... dan jangan la terlalu excited sgt nak kan pekerjaan sampai kerja2 yg haram pun disapu.. Alih2 kena tipu jadi keldai dadah, antor dadah tok pasaran luar negara, alih2 kena tahan kat airport oversea tu kena dakwa.. ha, duduk la korang yg jadi TIPAH TERTIPU ni kat penjara luar negera.. nama je penjara oversea tapi dalam sel tu lebih teruk dari penjara kat Malaysia ni.. so berhati2 ek..


Disebabkan semalam 1 Mei jatuh pada hari ahad, maka hari ni isnin 2 mei adalah cuti gantian.. so kebanyakkan pekerja syarikat swasta dan sektor kerajaan cuti, waima budak sekolah pun cuti.. dan semalam banyak juga jemputan kenduri walimatulurus.. dan jiran ku pun ada buat kenduri.. aduh, sampai ke malam bising ngan lagu2 yg ntah apa2 ntah.. then malam siap buat joget lambak. kononnya tok meraikan org2 khemah yg siangnya sibuk menguruskan bangsal la.



tapi malam tadi aku berani potong jari la, ramai budak2 muda yg mabuk minum air setan, x caya pagi ni buktinya bersepah2 tin2 beer ngan botol2 kaca yg pecah. tu x lain x bukan teguk air setan la malam tadi tu.. event tu terus on walaupun malam tadi hujan mencurah curah lebat tanpa henti dan guruh kilat sabung menyabung.. eloknya kena la petir pada budak2 muda yg tengah khayal menari tu.. dah la bercampur lelaki perempuan, dengan masing2 aurat terdedah.. sedihnya tengok budak muda islam yang rosak akhlaknya...


ku tuding jari pada tuan rumah yg adakan kenduri kawin semalam. yes, its true bukan tuan rumah yg kuar duit tok panggil live band tu, budak2 ni masing2 kuar 10, 20 hinggit sorang biayai kos live band tu.. tapi kalau tuan rumah tu tegas kata x boleh adakan kat rumah dier, ku rasa budak2 ni x panggil live band tu.. contohnya agak2nya berani x budak2 ni panggil live band tu kat umah Imam masjid, walaupun ketika itu Imam masjid tu kawinkan anaknya.. ku rasa mau parang panjang imam tu keja diorg tu... tu la salahnya mak ayah ni, x tegas dalam displin kan anak.. dah la anak2 tu memang akhlaknya kurang sikit, tambah lagi buat benda2 macam ni, masyarakat pun naik menyampah... saja je nak suruh masyarakat ni tambah dosa kutuk tuan rumah nii... aduh, ni la sikap2 manusia akhir zaman.. nak terus berhibur dan terus berhibur...


ala, ku dah lari topik ni, sepatutnya ku cerita tentang Hari Pekerja kan.. ni dah cerita pasal lain pulak.. fokus entri kali ni saya nak cerita tentang cuti hari pekerja je.. rasanya masing2 amik kesempatan tok bercuti walaupun 3 hari.. sebab tu ari jumaat jalan jem giler sampai kat BJ buka MTL, Jurutol Zalina Bujang pecah rekod MTL paling tinggi dekat rm 950 (lebih kurang la)...

buat semua Selamat Hari Bekerja, semoga lepas ni lebih semangat tok terus bekerja.. buat Uya (Raja Nor Azura Raja Zahadi) Selamat Bertunang 1 Mei 2011.. semoga jodoh berkekalan.. maaf la x dapat hadir kenduri tunang semalam di Taman Tunku Jaafar, Senawang, ku ada komitmen lain la semalam.. x dapat nak elak...


dah tengahari ni, nak ke dapur nak masak kuah lemah ayam ngan ayam goreng berempah.. baru nak try sedap pulak menu tu masa makan kat umah Kak Juwita, sabtu lepas...


wasalam

No comments:

Post a Comment