Saturday, June 1, 2013

Perjalanan Diteruskan



Bismillahirahmanirahim.... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Lama rasanya x buat entri kt sini kan? eerrrmmmm... tapi hidup aku x banyak beza pun, cuma la ni dah hampir 3 tempat keje la aku dah tukar... tukar2 cari pengalaman.. hihihihi

Hampir 5 bulan jugak la aku keje cashier kat Petronas Kuala Selangor. Its show that x rugi mempertahankan iman dan agama (susulan keje kat kedai roti kapir tu). Terima kasih banyak2 kepada kak long (Pn. Aznida Salwa Bt Raja Azmi), mak long (Pn. Bariah) , Lyn (Norazlin Suyun) dan semua staff PPS Azza Petromax & Services atas segala kerjasama dan bantuan yang diberikan sepanjang aku keje kat sana. Banyak perkara yang aku belajar semasa kerja di sini. Hanya ALLAH SWT yang akan membalas jasa kalian. In Sha ALLAH

then Mac 2013, aku resign duduk rumah sambil isi borang keje. LHDN Caw Klang panggil interview untuk ambil pekerja sambilan untuk BRIM 2.0. aku pegi interview tapi keputusannya sebagai calon simpanan kerana aku tinggal jauh dari klang. dier amik siapa yg tinggal area klang je. rasa kecewa gak masa tu.

aku teruskan mengisi borang jawatan kosong. JAIS, SPN Sel, MARDI, FRIM Kepong.. semua la... then 30 mac ada call dari JAIS (call for interview on 2th April), then hari yg sama LHDN Caw Klang call untuk masuk keje on 1 April. masa tu rasa gembira dan sujud syukur pada ALLAH. cuma aku risau sebab 1 April lapor diri then 2 april nak cuti untuk interview.. tapi bile cerita dgn En Abdullah dier kata okey.. LHDN x pernah sekat sesiapa untuk pergi interview


2 April pergi interview kat JAIS tanpa study dan akhirnya aku x dapat jawab pun soalan yang dikemukakan oleh cik penemuduga.  Interview JAIS adalah pengalaman aku interview ramai ramai dan aku leka dengar penerangan org lain. bile tibe turn aku ditanya, aku terus blur.. hihihi tu la pasal, x study lagi. padan muka.. buat yg lain, jgn tiru macam aku buat.. sebelum interview kena study.

Then balik interview, aku terima lagi 1 berita interview dari MARDI. Ya ALLAH, masa tu aku rasa seronok, dan keyakinan aku meningkat dan aku rasa aku dekat sgt dengan ALLAH. ALLAH perkenan setiap doa permohonan tu, kerana ALLAH la yang Maha Kuasa dan Pengambul Doa. interview tu pada 16 April.. errmmm sekali lagi aku termenung.. apply cuti lagi, berapa hari je la aku keje kaat  LHDN ni. dah la gaji dikira ikut hari bekerja.. bantai la, sebab aku mmg nak pergi interview MARDI tu. sama tu aku mmg minta bantuan Yaseer Suhaimi Mohd. masa ni la teman baik aku nak tolong kan?


16 april aku pergi interview kat MARDI Tg Karang.. interview yang paling sempoi.. boleh gelak2 x stress langsung. Penuh pengharapan sebab kata Cik Fiza once kita masuk keje kat MARDI, sebelah kaki kita dah ada untuk di serap keje tetap. makin bersemangat la aku, so interview betul2 la.. masa tu nak pilihanraya pun, siapa tanya pendapat aku nak kerajaan yang macam mana? aku dah tepuk dahi, sebab nak jawab apa ni. kang salah cakap, x dapat plak. sebab aku x tau diorg ni org kerajaan ke org pembangkang.. so aku tarik nafas dan cakap, saya nak kerajaan yang telus tiada bocor bocor... semua org tergelak, en. mohd tu cakap tu ayat org keje LHDN, sesuai la  kamu di sana... hihihihi

macam2 pengalaman interview yg aku dah lalui.. rasa seronok sgt... ada yg aku study ada yang aku x study.. dan kesannya aku yg alami.. apa2 pun aku redha, kerana aku yakin setiap perkara yang berlaku penuh hikmah dan pengajaran..

~wasalam~

No comments:

Post a Comment