Tuesday, March 23, 2010

Sahabat lama

Bismillahirahmanirahim.... Assalamualaikum buat semua,


Petang tadi aku ke pasar malam kat area Bandar Baru Kuala Selangor.... mmg setiap petang selasa dengan petang sabtu mesti ada pasar kat sini.. ada 2 3 favourite food yang ku suka...


tetiba aku terjumpa dengan cikgu samad berselisih masa ku nak parking kete... dalam kete tu ada isteri cikgu samad.. kat belakang tu aku tengok ada sahabat lama ku zahilah.. ku tengok zahilah makin sakit.. pipi nya tembam dan bulat akibat banyak makan ubat.. mungkin kesan dari ubat dari sakit SLE yang dihidapinya..


sedih la tengok sahabat ku camtu... ku kenal zahilah masa ku sekolah rendah lagi.. kami 1 kelas dari darjah 1 sampai darjah 6.. sekolah menengah zahilah sekolah menengah dato' harun tg karang sama sama dengan fairuz, nurul akmar dan fatihah.. ku sekolah SAAS la (as usual).... tak silap aku, kami dapat tahu yang zahilah sakit sekitar tahun 2006 (ujung 2006) sebab kitrg ada g lawat zahilah masa raya tu


YA ALLAH... zalim nya kami semua ni.. kawan sakit masing masing buat lupa je.. mentang2 la masing2 dah ada kehidupan kerjaya berjaya.. ku mesti bagitau kawan2 ku yang lain.. mereka mesti sedar bahawa disebalik kegembiraan mereka,masih ada lagi insan yang berduka...


ku nak panggil semua kawan2 sekolah rendah ku supaya at least melawat dan membantu zahilah.. ringan kan bebannya.. Fairuz, maszila, wan saiful hassan, mohd razie, mohd rozi, shahnaz.. lagi siapa ek kawan2 ku yang kenal ngan zahilah.. ku nak supaya zahilah rasa gembira dan senang dengan kehadiran kami.... insyaallah, kami semua akan membantu zahilah..


buat sahabatku zahilah, tabahkan la hati untuk menghadapi ujian ALLAH ini.. jangan la kau bersedih kerana kami semua (kawan2) sentiasa doakan kesihatan zahilah... YA ALLAH bantu la kami untuk membantu sahabat ku ini.. biarlah dengan bantuan kami ini, dapat meringankan beban penderitaan yang ditanggung olehnya...


wabillahi taufiq walhidayah.. Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh

No comments:

Post a Comment