
Untuk dikongsi bersama, sebuah puisi nukilan daripada En. Pahrol Mohd Juoi dalam bukunya "TENTANG CINTA".
SYURGA RUMAHTANGGA
Syurga rumahtangga itu fitrah hati
Naluri nurani yang pinta di isi
Kerana si dara rela diperisteri
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Masing-masing membawa harapan
Agar terbinalah rumahtangga penjana kebahagian

Destinasi sama, keadahnya berbeza
Laluan bersimpang siurlah jalan ke sana
Pelbagai jalan menimbulkan dilema
Mencari yang jitu mengundang keliru
Binalah rumahtangga di tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat
Suami pemimpin arah tujuan
Isteri pembantu sepanjang jalan
Lalu mulakankanlah kembara berdua
Kerna dan untuk...... ALLAH jua
Di tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan, Islam itu jalan
Tempat rujukan segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
Rumah jadi sambungan madrasah
Inilah kunci kebahagian rumahtangga
Setia dan penyayang seorang suami
Cinta dan Kasih seorang isteri
Lalu berbuahlah:
Mahmudah demi mahmudah
Yang melahirkan zuriat
Yang Soleh dan Solehah!!!
No comments:
Post a Comment