Monday, February 29, 2016

Jangan Menyerah Kalah..Kisah Manusia Biasa

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh semua....


Termotivasi dari luahan rasa & pengalaman Man Raja Lawak menerusi segmen #sepahtusinar pagi tadi. Man berkongsi tentang keperitan dan kesusahannya masuk audition program raja lawak. seawal raja lawak musim pertama lagi beliau mencuba sehingga musim kelima.



menurutnya, semasa audition macam2 pengalaman yang dirasai antaranya tunggu berjam2, akhirnya pihak crew suruh datang keesokkan pagi, tdo dalam kereta dan masjid, duit makan tinggal hanya cukup cukup makan sahaja.

beliau bernasib baik kerana memasuki peringkat kedua, beliau bersaing bersama bakal pelawak2 yang baru, dan akhirnya kecundang pada stage kedua. beliau mencuba dan terus mencuba. semangat kamikaze (berani ambil risiko) sentiasa ada dalam diri beliau.

Beliau sebelum ini bekerja sebagai posmen di Kuala Lumpur (Bangunan Daya Bumi - kalu x silap) sebelum di tugaskan ke Pej Pos Shah Alam. Kehidupan yang sederhana dan hanya mengharapkan gaji pada hujung bulan. Kehidupan yang sederhana bersama isteri dan anak menjadikan penguat semangat dalam diri Man untuk mengubah nasib diri.. setiap kali audition beliau sanggup ponteng kerja semata mata ingin memasuki program tersebut

Man juga pernah rasa putus asa kerana telah berkali kali gagal untuk menjadi 10 peserta akhir untuk Raja Lawak. Beliau biasa gagal pada stage ke2..

Pada audtion Raja Lawak Ke5, beliau nekad untuk menunjukkan potensi yang sebenarnya, walaupun perasaan gentar masih ada dan beliau bersedia sekiranya masih gagal untuk ke peringkat seterusnya.
Semasa pengumuman peserta akhir yang disampaikan oleh Aflin Shauki & Bob Lokman, beliau merasa beliau gagal dan redha dengan takdir yang telah ditetapkan.

Tetapi, kuasa dan perancangan Allah terbaik untuk kita semua mengatasi perancangan manusia. Man Terpilih ke peringkat akhir dan beliau berazam untuk berusaha bersungguh2 sehingga menjadi juara. dan akhirnya impian beliau tercapai. berkat azam doa dan semangat yang tidak pernah putus, akhirnya beliau dinobatkan sebagai Juara Raja Lawak Musim Ke5 dan merangkul wang tunai sebanyak RM100 000.00

nasihat beliau buat semua: Jangan Mudah Putus Asa seumpama kita mengali perigi, gali gali gali sehingga jumpa mata air (kejayaan), kerana jika kita tinggalkan apa yang kita gali itu, kemudian disambung oleh orang lain, tidak mustahil orang yang menggantikan galian kita itu hanya melakukan satu ketukan galian sahaja dan menjumpai mata air tersebut... errrmmm dalam juga maksudnya tu... fikir fikirkan lah...

apa apa pun jangan mudah putus asa.. usahalah sampai kita letih cuba dan cuba lagi.. dan tawakal pada allah.. mungkin apa yg kita cari itu tiada di dunia, tetapi allah telah sediakan "sesuatu" di SANA

No comments:

Post a Comment