Thursday, April 14, 2011

Alhamdulillah wa syukurillah


Bismillahirahmanirahim....

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


salam jumaat buat semua...

Alhamdullillah segala puji bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam.. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, yang akan berikan kita syaafaat di akhirat kelak, insyaallah..


Alhamdullillah tertunai juga hasrat ku nak bersedekah sarapan pagi buat beberapa kakitangan PROLINTAS EXPRESSWAY ni.. x dapat bagi semua la, cukup la sekadar mana yang ada.. ku niat kan sedekah ku kali ni pahalanya untuk arwah mak yang telah hampir 9 bulan mninggalkan kami.. ingatkan nak bawak nasi lemak tapi alih alih menu bertukar jadi bihun goreng. sebab teringatkan bihun goreng adalah santapan terakhir mak sebelum mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.


magrib semalam, kami adik beradik plus abah ngan ikin baca kan yassin buat mak dan buat tahlil. tak lupa jugak buat arwah kakak ku dan semua sanak saudara ku yang telah dijemput ALLAH. insyaallah, ku teruskan kesinambungan amalan bersedekah ni. sebab semasa hayat mak, mak memang rajin bersedekah. dan adik ku wan juga rajin sedekah tok officemate die kat MATRADE. dan amalan ni mmg bagus salah satu amal jariah yang insyaallah sebagai bekalan di akhirat kelak


ingatlah sesungguhnya, bila mati seorang anak adam, harta pangkat keturunan duniawi semua tidak berguna kecuali 3 perkara iaitu:
1. doa anak soleh
2. sedekah (amal jariah)
3. ilmu yang disampaikan kepada org lain (ilmu yang dimanfaatkan untuk kebaikan)


semoga perkara yang baik terus menjadi amalan kita semua. ku memang terapkan dalam diri ku dan adik beradik serta anak2 buah ku, iaitu jika kita dapat sesuatu rezeki, we need to share with everybody. sebenarnya contoh yang senang jika kita dapat 10 ringgit, 3 ringgit bukan hak kita... kita kena sedekah kan pada org lain. kiranya dapat 100% gaji yang kita dapat, at least 30% kita kena sumbangkan kepada org lain..

semua ini adalah tok jadikan rezeki kita lebih berkat.. bagi aku cukuplah dengan gaji yang kecil asalkan pandai/ tahu untuk bersyukur daripada gaji yang besar tapi x pernah nak bersedekah.. dan pengalaman ku sendiri sebelum ni bekerja ngan manusia yang gaji dekat 14/15K tapi bile time LHDN, semua resit kuar.. ALLAH tu Maha Mengetahui dan Maha Adil.. ALLAH uji dier kesusahan kena ragut apa semua... baru sedar ttg kesilapan tu. dan perkara ni walaupun tak ku lalui tapi ia bagi pengajaran berharga buat ku.. semoga aku x lakukan kesilapan seperti itu...

sama2 la kita fikirkan bersama

~wasalam~

1 comment: