Thursday, April 22, 2010

Menghitung Diri

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Malam tadi aku x dapat lelapkan mata ku.. ku muhasabah diri ni, banyak perkara yang aku fikirkan.. yang paling penting ialah tentang hutang aku. hutang ptptn yang harus ku jelaskan lepas ni dan juga hutang pada 2 insan yang sanggup membantu ku dalam kesusahan dulu iaitu pada ikin dan juga amin.. aku malu sangat dengan diorang sebab x jelaskan hutang diorang..
ku amik tindakan drastik bagi mesej kat ikin dan amin yang aku minta maaf sebab x jelaskan hutang dan aku berjanji nak bayar secepat mungkin.. ikin x ingat pun ttg dier pernah bagi pinjam duit kat aku, dier kata kalu aku nak guna, guna la dulu.. tapi aku nak jelaskan jugak.. at least separuh bulan ni then separuh lagi bulan depan...
masalah nanti kalu aku x jelas kan hutang piutang ni, seksa kubur yang azabnya x terperi.. hal dunia yang akan membawa balasan ke akhirat... semoga jalan rezeki aku lebih terbuka selepas aku jelaskan hutang ku ini.. amin dan ikin terima kasih kerana bantu aku dalam kesusahan dulu.. jasa kalian hanya ALLAH sahaja yang dapat membalasnya.... amin
sesungguhnya aku rindukan persahabatan yang pernah kita semua jalin dahulu.. ku akui masing2 sedang dalam fasa menstabilkan ekonomi dulu, tapi ku harap agar luangkan masa untuk kita teruskan silaturahim ni agar sebelum ku tutup mata, dapat ku mohon ampun atas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan.. sesungguhnya aku adalah hamba yang lemah
wasalam

No comments:

Post a Comment