Thursday, April 1, 2010

Bila Tiba Masanya Kita Akan Dijemput Pulang

Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


Salam takziah buat keluarga din beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri yang telah dijemput ilahi ketika berusia 44 tahun akibat Dengue Shock Syndrome di Hospital Selayang kira-kira 12.30 tengah malam tadi.. Dia telah dimasukkan ke Hospital Selayang sejak hari isnin yang lalu setelah rebah di tempat keje..

Rata-rata media hari ini semua menyiarkan kisah permergian arwah yang dikenali sebagi penghibur dan pelawak yang sentiasa tidak kering idea untuk menghiburkan kita semua dengan lawak lawak spontannya.. kini hanya tinggal jasad yang tidak bernyawa lagi yang telah menemui Allah. Hanya tinggal kenangan yang masih segar dalam ingatan kita..
Dari satu laporan akhbar harian metro yang ku baca semalam, din beramboi dah lama tahu dirinya sakit, akan tetapi x mau jumpa doktor, x takut nak pergi hospital.. dier hanya menjalani rawatan alternatif dengan berjumpa tukang urut dengan tujuan nak keluarkan angin dalam badan. ini lah masalah nya dengan sesetengah orang yang degil dan x mau ke hospital. buat degil sendiri je.. dah tau diri tu x sihat, dapatkan la rawatan yang sewajarnya, sebab denggi berdarah bukan la suatu penyakit yang boleh sembuh dengan hanya memakan panadol, akan tetapi ia memerlukan rawatan lanjut kerana ia melibatkan sistem pengaliran darah.. harapnya kisah din beramboi ini kita jadikan teladan dan jangan tiru apa yang dia lakukan tau... pergi la hospital jika dah rasa badan tu x sihat.. kesian dengan kerajaan , pemimpin negara yang sentiasa bertungkus lumus nak sediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik buat kita.

kini hanya yang tinggal hanya kenangan.. kehilangannya amat dirasai sama seperti perginya Ustaz Asri (kumpulan Rabbani) yang sentiasa kekal dalam ingatan ku sampai bila-bila.. hanya laungan athan dan zikir yang dialunkan oleh ustaz Asri sentiasa ku ikuti. sedap dan lunaknya suara Ustaz Asri tiada gantinya.. begitu juga dengan Din Beramboi, ku rasa hanya Din seorang yang ada skill lawak spontan yang buat ku sering ketawa jika dengar lawaknya terutama Drama Sebabak di Radio Era...



Pemergiaannya mesti sangat dirasai oleh kawan kawan sahabatnya dan keluarga yang sentiasa bersamanya.. gelak ketawa bersama...



Apa2 pun ku hanya mampu sedekah kan alfatihah buatnya.. semoga Allah menempatkan Arwah Din Beramboi dikalangan orang-orang yang soleh.. Amin
-wasalam-

No comments:

Post a Comment