Tuesday, March 30, 2010

Rosaknya Akhlak Umat Akhir Zaman




Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


Sengaja aku publishkan semua gambar gambar ini.. tanda kemarahan, kebencian ku kepada semua manusia yang terlibat yang langsung tidak berperti kemanusiaan langsung.. di mana nilai kemanusiaan? sedangkan binatang pun sayangkan anaknya.. inikan pula manusia... Dimana perasaan naluri keibuan yang ada dalam diri setiap wanita yang ALLAh telah anugerahkan? Banyak pasangan suami isteri yang masih menanti kehadiran cahaya mata sedangkan manusia manusia ini dengan sewenang wenangnya membuang, membunuh malah ada yang sanggup membayar zuriat mereka sendiri bagi menutup atau membuang semua bukti.....
apa la daya tubuh si kecil ini mahu menentang fitrah alam.. dibiarkan mengigil kesejukkan hanya di selaputi tubuhnya dengan sehelai lampin atau kain batik.. menangis nangis merayu kepada alam supaya membantunya.. jika nasibnya baik, pasti ada insan yang berhati mulia akan membantunya sekaligus bayi suci ini berpeluang untuk meneruskan kelangsungan hidup.. jika tidak, bayi suci tiada dosa ini akan menjadi santapan binatang buas atau semut2 hitam akan mengerumuninya.. Apabila nafsu menjadi tuan dalam diri, iman serendah rendahnya, godaan sentiasa mencucuk kanan dan kiri.. maka terjalin la suatu hubungan yang hanya seronok nikmat yang sementara.. dan kebanyakkanya hanya untuk sementara waktu, habis madu sepah dibuang seperti sampah.. mungkin bagi si pemuda, tiada cacat dan cela baginya, akan tetapi si pemudi la yang menanggung akibat daripada perbuataannya.. kerana turutkan kasih, masa depan menjadi korban.. buang mak ayah keluarga.. ikutkan kekasih yang hanya baru saja dikenali sedangkan perasaan mak ayah yang membela, membesarkan nya tidak pernah dipedulikan..


Apabila wujudnya suatu nyawa dalam rahim pemudi pemudi ini, barulah timbuk segala perasaan, takut bimbang malu semua ada.. tapi menyesal menangis air mata darah pun tak akan mengembalikan segala waktu yang telah berlalu.. Jalan pintas untuk selesaikan masalah ini dengan mengugurkan satu nyawa yang menjadi korban nafsu manusia manusia yang tidak bertanggungjawab..


jika tidak digugurkan sehingga waktu kelahiran, pasti akan ditinggalkan juga.. di tepi tepi longkang taman2 perumahan dan trend terkini ianya ditinggalkan di rumah rumah ibadat seperti masjid, tokong, kuil dsb dengan harapan ada orang yang akan menyelamatkan bayi bayi ini... Ada pulak perasaan mereka2 ni kan?
Setiap hari kini pasti ada laporan tentang kes pembuangan bayi dilaporkan di media2 masa.. ia seakan satu trend pulak.. dalm pelbagai bentuk.. minggu lepas bayi dijumpai telah digonggong oleh anjing, dan kepala bayi tersebut dah dimakan oleh anjing, kelmarin pulak janin bayi di letakkan di dalam balang gula2 dan diletakkan di depan tokong cina dan pagi tadi rasanya bayi dijumpai di sungai...



Ya ALLAH.... Ya ALLAH........
inilah penyakit manusia akhir zaman... suka berhibur, suka maksiat.. seks video lucah, wanita bertelanjang.. eerrrrmm sampai bila keadaan ini akan berterusan.. Virus HIV AIDS masih tiada penawarnya, akan tetapi ia mudah merebak.. apabila ditanya salah siapa.. jari telunjukan akan saling salah menyalahi.. tidak mahu mengaku akan kesilapan diri sendiri.. akhirnya bayi yang lahir seperti kain putih tiada noda menjadi mangsa durjana ayah ibunya...


wahai semua, sedarlah akan kesilapan yang kita terlanjur lakukan. jangan la kita semua kembali ke zaman jahiliyah diwaktu kita semua telah maju.. padamkan segala niat jahat kita yang telah lalu.. kembali la kita ke jalan fitrah yang maha esa...jalankan segala tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita..
wahai lelaki, jangan lah tangan kasarmu merenggut segala kemanisan madu yang ada pada bunga kesayanganmu.. jadikanlah wardah bunga kesayanganmu sebagai penghias dirimu.. Angkatlah martabatnya setinggi penghuni2 syurga, tolong la sama2 pelihara maruah wanita ratu kesayangan mu itu.. Sentuhilah mereka dengan hubungan yang halal lagi berpahala..
wahai pemudi sekalian, ingatlah pesanku ini.. Jaga la maruahmu.. letakkan ia dalam sebuah balang kaca yang boleh cantik dipandang oleh manusia-manusia yang berhak memandangnya sahaja.. jangan lah ka lampiaskan segala kecantikan milik mu itu kepada kumbang kumbang liar dan gagak gagak yang sering mengambil kesempatan.. jaga akhlak dan aurat mu agar sentiasa dipandang sopan.. ingatlah fitrah kehidupanmu yang allah ciptakan sebgai perhiasan dunia. dan akui lah bahawa dirimu lemah dan perlu dilindungi. akan tetapi dirimu iman mu ada perisai utama yang akan melindungi mu sebelum mengharapkan orang lain melindungi mu..
wahai sekalian anak2 muda (lelaki dan perempuan).. jangan kau cuba dekati zina.. jangan pupuk dalam diri rasa ingin mencuba.. kerana percubaan pertama ke arah zina akan mendatangkan seribu satu musibah dalam diri.. jadi pemuda pemudi harapan bangsa yang akan mengembalikan kegemilangan tamadun islam yang telah dimusnahkan oleh pihak barat yang kafir...
-wasalam-

2 comments:

  1. Assalam,, sayu benar membaca coretan tuan, sedang mencari-cari gambar2 pembuangan bayi di internet, jari meenekan satu gambar yg terus membawa ke blog tuan, kesedaran diperolehi, harap2 kekal hingga ke mati, sama2 lah kita muhasabah diri, bagi yang telah melakukan dosa ini, sebenarnya belum terlambat lagi, Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani, Maha Pengampun akan dosa2 kita, umat akhir zaman ini, bagi yang suci dr perbuatan ini, betul lah, jgn lah kita mendekati, walau berfikir sekalipun, kerna ini lah perbuatan org2 zaman jahiliah, yang zalim dan leka dengan kehidupan yang senang, tanpa menyedari Allah melihat perbuatan mereka, sila2 lah ke blog saya ,, walau baru setahun jagung dlm usaha mendidik diri,, harap2 mendapat berkah dr Ilahi, www.senimansastera.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. in sha allah... sama sama perbaiki kesilapan kita.. tegur menegur kesalahan kita

    ReplyDelete