Wednesday, May 26, 2010

Suka Duka Seorang Penyelidik

Bismillahirahmanirahim.. Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dah masuk minggu ketiga aku berada di daerah Pasir Gudang ni. dah dah dekat 3 minggu jugak aku bermastautin di klinik kesihatan pasir gudang sebagai tempat pengumpulan data.. dan selama 3 minggu ini juga, aku mengenali pelbagai jenis manusia walaupun tak sepenuhnya..

isnin aku akan bergerak ke pasir gudang, johor jauh tu letih sangat aku memandu.. selasa rabu khamis aku di klinik dan jumaat atau petang khamis aku akan balik ke kuala sel..

minggu pertama pemusafiran aku di pasir gudang ini, balik ke rumah aku disambut dengan linangan air mata dari abah.. sampai kat umah aku salam abah yang sedang nak bungkus nasi lemak sempena sambutan kesyukuran ulangtahun nya yang ke 62.. salam je abah, abah cium pipi aku dengan air mata berlinang dan suara yang sebak.. aku tanya kenapa abah menangis.. abah x jawab.. aku tanya NE dan mak, napa abah nangis.. semua diam.. aku terfikir aku buat salah ke? Ne kata tadi abah okey je.. eerrrrmm then abah cakap dengan nada yang sebak kata, camtu sekali sampai menumpang rumah orang semata2 nak teruskan pengajian.. aku cakap biasa la tu abah...

abah cerita la dulu ada orang alim kata aku adalah kelahiran teristimewa buat mak abah.. abah cakap tok su kudin cakap suatu hari nanti abah boleh menumpang sesuatu dari aku.. insyaallah abah.. uteh akan berikan kejayaan pada abah.. satu yang abah kena ingat, uteh akan jadi anak yang solehah.. yang akan terus membekalkan doa buat mak abah walaupun ketika itu abah mak telah berada di alam yang lain...

eerrrmmm...macam macam pengalaman yang aku alami di sini.. lagi2 tentang keadaan /penerimaan respondent bila aku menerangkan tentang tujuan sebenar aku berada di sini.. ada yang okey dan ada yang buruk... semua tu telah je lah.. nak buat macam mana kan? dah namanya study dan ikhlas berbakti kepada masyrakat.. tapi apa yang aku khuatirkan kalau penerimaan respondent negatif, resultnya akan menurun kelak.. aku jugak yang sususah..

dan di saat ini, aku kena jadi sangat2 proaktif.. kena laju dan mendahului semua orang.. sekarang ni dah 3 minggu baru ada 19 sampel air susu ibu.. kira bad result /bad respond la tu... so sekarang ni aku kena gandingkan dengan plan B pulak.. plan A aku pujuk/ kempen pada ibu2 agar bagi sample air susu di klinik kesihatan pasir gudang.. dan kena sokongan dengan plan B, iaitu bagi ibu2 yang nak bagi tapi air susu nya sikit pada masa itu, boleh perah susu tersebut kat rumah.. dan minta simpan dalam frozen box kat peti air mereka..lpeas seminggu aku akan call mereka dan amik sample tersebut di rumah mereka...

hanya itu usaha yang mampu ku lakukukan.. dan 31 mei 2010 aku akan singgah jumpa prof zaleha jap nak bincang dengan dier.. kira antar report la jugak tentang apa yang aku lakukan di pasir gudang ni... selain itu, nak jugak minta pandangan prof tentang macam mana cara nak tingkatkan collection sample air susu ibu di klinik kesihatan pasir gudang ni..

walau apa pun yang terjadi, anggap la ia suatu ujian dari allah.. yang menguji hambaNya... ku pujuk hati ini dengan ayat ini.. bersabarlah wahai hati, Allah sedang mengujimu..

~ wasalam~

Wednesday, May 5, 2010

Program Rakaman Raya? di bulan jamadilawal? apa ke halnya ni?

Bismillahirahmanirahim.... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


sedarkah anda semua hari ni berapa hari bulan? yes betul hari ni 6 mei 2010.. selamat ulang tahun kelahiran pada sesiapa yang meningkat umurnya pada ari ni.. actually setiap saat umur kita meningkat sama ada kita sedar atau kita buat buat lupa tentang peningkatan itu... masa semakin terhad tapi ibadat masih tahap tu jugak...



okey soalan kedua pulak.. hari ni berapa ari bulan dalam kalendar islam.....? hah jawab cepat, kenapa garuk2 kepala tu? hah baru mengelabah nak tgk kalendar, cari kalendar yang ada tahun masihi... ari ni masuk 21 jamadilawal 1431 hijrah... eerrrmmm tinggal beberapa bulan sebelum kita melangkah masuk ke bulan ramadhan.. puasa yang tahun lalu dah abis ganti bagi yang ponteng puasa dengan sengaja dan keuzuran? aku pasti ramai yang tunggu saat saat akhir sebelum anak bulan ramadhan tiba baru nak ganti... yang menulis ni pun sama dengan je, tapi dalam usaha nak penuh kan qada' puasa tu.. tinggal sehari je lagi, liat betul nak puasa ni.... Astagfirullah al azim.. apa nak jadi la aku ni.. cuba habiskan seawal mungkin...



kenapa ari ni aku tanya soalan cepu emas yamashita ttg tarikh /ari bulan ni ek.. lagi2 tarikh dalam kalendar hijrah.. sebabnya aku rasa marah dan x puas hati dengan sebuah stesen tv yang menyiarkan iklan bagi mempromosikan RAKAMAN PROGRAM RAYA SITI NURHALIZA.. aku bukan marahkan penyanyi nya.. yang aku x puas hati kenapa seawal bulan jamadilawal dah ada rakaman tersebut...




rancangan raya? errrrmmm bagi aku x salah untuk berhibur, sebab ia berikan ketenangan pada kita.. lebih2 lagi setelah penat bekerja, jadi badan perlukan sesuatu yang merehatkan nya seperti alunan muzik ke senaman ke.. boleh hilangkan sedikit tekanan yang dihadapi tapi aku tegaskan disini, senaman paling merehatkan badan dan minda adalah solat berjemaah dan solat awal waktu.. jadi jadikan ia sebagai satu latihan dan amalan.... mmg susah pada awal nya tapi bersabar lah dalam solat itu.. banyak hikmah yang tersembunyi.....



tapi sekarang ni rancangan hiburan sangat berlebih lebihan.. itu x ku cerita kan lagi ttg pakaian mereka ni.. nauzubillah yang perempuan makin hari makin jarang, makin hari makin singkat.. yang bertudung tinggal jambul je... yang lelaki pun lebih kurang je...


pelikkan manusia akhir zaman ni, sentiasa nak berhibur.. walaupun ALLAH telah bagi amaran dengan kedatangan TSUNAMI pada tahun 2004, tapi manusia masih belum sedar akan kesilapan dan dosa dosa itu.. masih juga bergelumang dengan maksiat dan hiburan.. org Malaysia ni patut bersyukur sangat2 pada ALLAH sebab secara geografinya terlindung dengan Sumatera. itu pun lampiasnya terkena jugak di Kuala Muda Pulau Pinang. masing2 insaf sekejap je.. dalam seminggu je sebab nya Malaysia belum pernah rasa/alami keadaan gempa bumi ribut taufan.. semua play safe je la..



aku, zakiah, alia, kak nisya dan fizah antara insan yang bersyukur kerana ALLAH beri perlindungan dengan terlindungnya pantai barat malaysia dengan Sumatera kerana pada tarikh 26 Disember 2010 pukul 1200 tengahari aku betul2 di tepi pantai di Selat Melaka.. kami ke sana bagi menyiapkan assignment subjek CTU tentang budaya masyarakat Baba Nyonya dan Portugis di Malaysia.. tapi masa tu xde tanda2 angin kencang dan ombak bergelora pun.. masa tu laut tenang je.. aku dah balik rumah baru tahu ttg berita tu.. syukur Ya ALLAH. kau selamatkan bumi Malaysia ni...



berbalik kepada persoalan di atas tu... jangan berlebih lebihan dalam mencari hiburan.. sekadar memadai.. cuba kita lihat suasana hari raya dulu dah sekarang.. jika dahulu, aktiviti kunjung mengunjung sangat dipraktikkan di setiap tempat tak kira bandar dan desa, akan tetapi amalan tersebut seakan pudar dan berkurang. anak2 muda, kaum2 ibu dan kaum wanita lebih suka duduk di rumah menghadap tv dengan pelbagai rancangan hiburan sambil menghabiskan sebalang kuih raya dari pergi menziarahi kaum keluarga.. begitu juga dengan anak2 kecil sekarang... lebih suka berada di rumah didepan tv.. yelah balik kg atuk nenek sekali sekala.. jiran nenek pun dier x kenal, macam mana nak pergi ziarah kan.. paling koman pun pergi ziarah sekadar nak tunjuk muka je.. kalau dulu, budak2 kecik pergi beraya rayau 1 kampung, kalu x dengar athan magrib, x muncul la muka diorang depan muka pintu.. sampai ke hujung kg pun mereka beraya.. x kira rumah siapa, main belasah je, rumah yang x familiar pun main masuk je.. dan tuan rumah tu mmg buka pintu pada tetamu...



akan tetapi sekarang ni sangat berbeza. malah ada tuan rumah yang tutup pintu bila ada anak2 kecil yang nak datang beraya.. malah budak2 remaja lebih gemar menghabiskan masa di dalam bilik daripada melayan tetamu yang hadir.. salam, sekadar nak ambil hati dan terus masuk bilik dan berdoa agar tetamu yang datang cepat2 beredar.. eerrrmm, inilah kesan buruk dari banyak nya program hiburan di tv sehingga manusia hilang sifat2 yang elok...



oleh itu, marilah kita semua berubah ke arah kebaikan.. tinggalkan semua perkara2 yang ditegah.. boleh berhibur tapi jangan berlebih-lebihan



wasalam

Sunday, May 2, 2010

Apabila Bekalan di Akhirat Putus........

Bismillahirahmanirahim... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh......



Salam sejahtera buat semua.. hari ini dah masuk hari ketiga di bulan MEI 2010. bersamaan 18 Jamadilawal 1431 hijrah.. alhamdullilah pagi isnin ni aku x kena simptom monday blues sebab dah 2 hari berehat kat umah x g mana mana pun kecuali ari sabtu pagi pagi lagi aku dah ke pasir penambang kuala selangor g pasar gi beli ayam ngan kuar g sidai kain kat ampaian.. selebihnya memang ku duduk dalam umah je.. hajat nak pergi amik baju tempah kat kedai pun aku lupakan.. nanti nanti la aku amik.. xpe akak tu faham kalu aku lambat amik...



di sebabkan semalam satu hari aku x kemana2 so cik kelisa juga x bergerak kemana mana cuma subuh semalam abah bawak cik kelisa ke surau.. bergerak jugak la.. sian cik kelisa, dah hampir 4 minggu aku x mandikan.. die hanya mandi hujan je.. tapi kat dalam bersih xde sampah dan habuk pun.. xpe la cik kelisa, sabtu ni kita mandi ek.... apa yang aku melalut ni..


pagi tadi masa nak g keje aku singgah kat stesen petronas ijok, cik kelisa ni makan semua jenis petrol.. shell pun masuk, petronas, bhp semua dier lahap.. mana yang dan la kan.. biasanya aku akan isi minyak di stesen pertonas bandar sri permaisuri... tapi rasanya pagi tadi ralat nak sampaikan ke cheras dengan minyak tinggal setakuk je.. so aku singgah la kat petronas ijok tu.. lagipun waktu baru 612 pagi.. okey la.. x de lewat sangat.. lepas isi tu aku jalan.. alhamdulillah, hati aku tenang pagi ni.. dan aku terus berzikir nyanyi2an yang ingat pada ALLAH... sambil tengok meter minyaka ku naik x.. ada lah setengah kira okey la...tiba tiba ada 1 perasaan halus berbisik kepada ku, di dunia ni bile bekalan abis senang je nak jumpa.. paling jauh pun 10 20 kilometer mesti ada bahan mentah tapi bile di akhirat kelak ketika menemui ALLAH apa akan jadi jika bekalan kita kehabisan.. di mana kita nak cari nak top up? di dunia boleh la kita bertangguh walau seketika nak cari bekalan bahan mentah tu.... nak tp up.. nak upgrade ke.. tapi di SANA nanti mana kita nak carik.. di tengah kepanasan padang mashyar.. dan ada kisah yang aku baca ketika di sana, matahari terlalu terik kepanasan yang melampau.. jika bekalan yang kita bawa kurang, maka makin kepanasan la kita...



di dunia yang sementara ini, bahan bahan mentah senang nak cari.. sekarang ni hypermarket seperti tesco dah ada di mana mana even di kampung kampung, pekan-pekan kecil seperti di kuala selangor pun dah ada tesco.. senang je lebih kurang 10 km dari rumah aku.. even abah malam2 lepas mendayung pun dier boleh shopping kat tesco sorang2.. x ajak kitrang pun.. kalu ajak mesti budget dier lari, sebab kitrang akan amik yang bukan bukan.. hihihi.. begitulah senang kita nak dapat bekalan kat dunia ni..
berbanding di akhirat kelak, tiada upaya bagi kita nak cari bekalan itu.. dimana? macam mana? semua soalan itu dah x berguna di SANA.....
even sekarang ni di dunia di malaysia, baru ALLAH uji dengan isu kekurangan gula dimana kawasan utara semenanjung susah nak dapatkan bekalan gula... pemborong pemborong di chow kit risau x dapat nak agih agihkan bekalan gula ke kawasan lembah kelang.. peniaga2 merungut x dapat beli gula dengan kadar amaun yang banyak.. paling koman pun seorang dibenarkan hanya 2kg je.. peniaga pening kepala perniagaan akan merosot jika isu kekurangan gula ni terus berlarutan.. dan rakyat malaysia akan bertambah bilangan kematiaanya jika peniaga x dapat jual teh tarik yang sedap.. MASYA ALLAH.. ini lah penyakit dunia.... baru ALLAH uji sikit, dah mengeluh, merungut.. xde nya semut tu mati jika gula xde kat dunia ni.. sama la macam kita, xde nya kita lembik lemah kalu gula x dicampurkan dalam setiap minuman kita.. tapi badan kita tetap akan lemah jika kadar glukosa dalam badan kita kurang.. jadi penyakit lain pulak kena suntik insulin....

itu belum kes bahan bahan mentah lain yang kononnya dikawal harganya... tambah2 lagi nak dekat hari hari perayaan, kalu xde la bekalan tu, mengamuknya rakyat ni macam dunia nak kiamat.. kiamat betul betul kang.. bersediakah kita sedangkan bekalan akhirat kita masih belum cukup... ha.... baru nak sedar.. amalan tak cukup lagi... haa.. lu pk la sendiri...
oleh itu wahai semua, ayuhlah kita sama sama tingkat kan amalan bagi memenuhi beg galas macam beg AF tu dengan bekalan akhirat.. agar DI SANA nanti kita tidak keputusan sumber itu.. dan semoga kita semua di masukkan di syurga yang abadi.. di syurga itu benar, bekalan tidak akan putus malah terus terusan mengalir kepada kita, dan di syurga juga kita akan kekal muda tanpa tua.. semua yang indah di sana... tetapi tiada jalan mudah untuk ke SANA..
biarlah kita bersusah susah di dunia yang sementara ini supaya kita bersenang lenang di AKHIRAT kelak... ingat la... tiada jalan pintas untuk menduduki syurga allah, akan tetapi jika kita berusaha di dunia ini, ganjaran syurga allah bentangkan untuk kita yang sentiasa melakukan amal ibadat.... marilah kita fikirkan bersama dan ambil tindakan atas setiap apa yang kita fikirkan....
wasalam

Tuesday, April 27, 2010

DOA KU

Bismillahirahmanirahim.... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Ini doa yang patut semua amalkan, baca disepertiga malam dengan hati yang tulus ikhlas.. semoga dimakbulkan ALLAH SWT




BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.......

YA ALLAH,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya padaMU,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMU

YA MUHAIMIN,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku untuk menyentuh hati seseorang,
Yang hatinya tertaut padaMU,
Agar tidak terjatuh ku dalam jurang cinta nafsu

YA RABBANA,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMU

YA RABBUL IZZATI,
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMU

YA ALLAH,
Jika aku menikmati cinta kekasihMU,
Janganlah kenikmatan itu
Melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
Disepertiga malam terakhirMU

YA ALLAH,
Jika aku jatuh hati pada kekasihMU,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang ,
Menyeru manusia ke jalanMU

YA ALLAH
Jika KAU halalkan aku merindui kekasihMU,
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepadaMU




AMIN….


Sabar la Wahai Hati.........

Bismillahirahmanirahim.... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh





Hati ku sedang tenat sekarang... masuk icu pun belum tentu boleh sembuh, kena tukar dengan hati yang baru ni.. baru okey... bertampal2 hati ni... aku pun x tau apa yang aku nak tulis ni.. actually entri ni aku post minggu lepas. tapi mungkin sebab hati ni tengah bercelaru dan perasaan sedih dan malas nak taip tu menguasai diri, jadi terbengkalai la segala isi isi yang telah terangka di minda ni.. walau apa pun, aku masih dengan perasaan yang sama juga.. tengah pujuk hati ni.. bersabarlah wahai hati..



alhamdullilah, ikutlah rasanya bile kita susah, hanya ALLAH sahaja tempat kita adukan segala masalah diri ni.. aku malu sangat padaNYA sebab aku ni kalu ada masalah je baru nak ingat tuhan, baru nak bangun malam mengadu kat tuhan... sedangkan ALLAH sentiasa rindu kan hambaNYA yang istiqamah, sentiasa mengadu padaNYA.. wahai ALLAH, terima la keuzuran dan kedhaifan aku ni.. sesungguhnya aku masih lagi insan/hamba yang belum mantap imannya dan aku berusaha ke arah itu. semoga ENGKAU berikan aku jalan dan petunjuk agar aku sentiasa di jalan dan langkah yang x tersasar...
dalam sujud ku mengadu akan segala permasalahan ku.. lebih2 lagi masalah hati aku yang suka berangan.. aku ada banyak kali baca artikel iaitu hati akan mati jika terlalu banyak berangan dan dikhuatiri kita akan hanyut dan berada di dalam khayalan kita lantas melupakan TUHAN YANG MAHA ESA.. nauzubillah.. oleh itu, itu perkara pertama yang aku kena kurangkan.. jangan terlalu kerap berangan.. pasang impian boleh, tapi jangan layan sangat.. nak pasang impian tulis dalam diari.. rasanya bile tangan tu penat menulis, idea pun dah kering.. so x out of range la nak berangan tu... dan kedua, aku kena banyak2 basahkan lidah ku dengan zikrullah.. supaya hati tu x kering dan tandus.. sian kat hati aku ni.. eerrrmm nak jadi wanita muslimah solehah kena harungi semua ni.. ia sebahagian dari mujahadah ku...



Solat diawal waktu.. itu yang perlu aku istiqamah kan.. dan setakat ni aku mampu lakukan perkara itu dengan sempurna.. satu hikmah dari latihan dan usaha tersebut, aku rasa macam excited dan teruja nak jumpa ALLAH dan sujud padaNYA. aku rasa berdebar2 bile nak athan, hati ni sering tertanya dah masuk waktu ke? dah hati ni rasa gelisah kalau x dengar laungan athan yang penuh makna mengajak semua manusia menunaikan solat.. semoga solat ku diterima ALLAH. dan banyak artikel dari cik hamka dari keretamayat.blogspot.com yang menegaskan kepentingan solat berjemaah bagi kaum muslimin dan kepentingan solat di awal waktu pada kaum muslimat.. dan kena ingat semua, di hari akhirat kelak, perkara pertama yang ALLAH akan hisab ialah solat kita.. jika kita solat dengan sempurna maka balasan syurga menanti kita, jika sebaliknya, neraka jahaman yang penuh azab memanggil2 kita.... semoga kita tergolong di dalam golongan yang kanan semasa HARI PEMBALASAN kelak.




bersabarlah dalam beribadah.. aku pelik dan hairan tengok beberapa jemaah yang solat macam kartun.. rukun dan sujud takde tomakninah (betul ke ejaan ni) kalu silap betulkan ek.. bagi aku, disitulah kesempurnaan solat di uji.. dimana setiap pergerakan solat kena ada tertib nya tersendiri.. ada banyak hikmah dari solat yang kita lakukan.. aku sedih sangat bile baca beberapa komen atau artikel atau pendapat pakar kata kita ni kurang bersenam.. bagi aku mereka silap.. sebenarnya ALLAH dah berikan kita senaman 5 kali sehari semalam. solat itu suatu senaman bagi mereka yang sabar dan tawaduk mengerjakannya.. bukan solat macam kartun, nak cepat habis sebab nak kejar beberapa episod sinetron kat astro...
memangla, solat secara fizikalnya x keluarkan peluh melimpah ruah macam kita exersice kat padang tu.. tapi secara halusnya, solat merupakan satu senaman rohani bagi badan.. ada 1 kajian rasanya berita ni tahun lepas tentang seorang pelajar berbangsa cina dari um... rasanya final thesisnya pasal hikmah bersolat... dan antara hasilnya ialah, die menemui hikmah sujud.. di mana ketika sujud sahaja darah memenui satu ruang kosong di dalam otak kita yang menjadikan kita lebih sihat dan cerdas.. dimana darah beroksigen akan memenuhi ruang otak tersebut ketika sujud. dan keadaan ini tidak akan berlaku ketika kita berdiri tegak ataupun kita baring.. eerrrmmmm, inilah hikmahnya solat... oleh itu, ayuhlah menunaikan solat...ku ulangi kata2 cik hamka.. lelaki kena solat berjemaah dan perempuan kena solat awal waktu..


dah banyak aku membebel rupanya, apa apa pun ayuhlah semua kaum muslimat aku menyeru agar kita semua kembali ke fitrah asal kita.. di akhir zaman ni banyak perkara kemungkaran dan kemaksiatan yang berlaku.. kita tinggalkan la segala apa yang tidak baik dan kembali la kita mengerjakan segala suruhannya.. aku nak kita sama sama menghuni syurga abadi... sama sama kita berusaha ke arah itu..
wasalam

Thursday, April 22, 2010

Menghitung Diri

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Malam tadi aku x dapat lelapkan mata ku.. ku muhasabah diri ni, banyak perkara yang aku fikirkan.. yang paling penting ialah tentang hutang aku. hutang ptptn yang harus ku jelaskan lepas ni dan juga hutang pada 2 insan yang sanggup membantu ku dalam kesusahan dulu iaitu pada ikin dan juga amin.. aku malu sangat dengan diorang sebab x jelaskan hutang diorang..
ku amik tindakan drastik bagi mesej kat ikin dan amin yang aku minta maaf sebab x jelaskan hutang dan aku berjanji nak bayar secepat mungkin.. ikin x ingat pun ttg dier pernah bagi pinjam duit kat aku, dier kata kalu aku nak guna, guna la dulu.. tapi aku nak jelaskan jugak.. at least separuh bulan ni then separuh lagi bulan depan...
masalah nanti kalu aku x jelas kan hutang piutang ni, seksa kubur yang azabnya x terperi.. hal dunia yang akan membawa balasan ke akhirat... semoga jalan rezeki aku lebih terbuka selepas aku jelaskan hutang ku ini.. amin dan ikin terima kasih kerana bantu aku dalam kesusahan dulu.. jasa kalian hanya ALLAH sahaja yang dapat membalasnya.... amin
sesungguhnya aku rindukan persahabatan yang pernah kita semua jalin dahulu.. ku akui masing2 sedang dalam fasa menstabilkan ekonomi dulu, tapi ku harap agar luangkan masa untuk kita teruskan silaturahim ni agar sebelum ku tutup mata, dapat ku mohon ampun atas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan.. sesungguhnya aku adalah hamba yang lemah
wasalam

Tuesday, April 20, 2010

TiK tOk tIk ToK - Menghitung Hari

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Sebelum ku bercerita lebih lanjut, mari kita hayati lirik lagu Menghitung Hari Dari Kris Dayanti (KD):

Menghitung hariDetik demi detik
Masa kunanti apakan ada
Jalan cerita kisah yang panjang
Menghitung hari


Padamkan saja kobar asmaramu
Jika putik itu takkan ada
Yang aku minta tulus hatimu
Bukan puitis


Pergi saja cintamu pergi
Bilang saja pada semua
Biar semua tahu adanya
Diri ku kini sendiri

Oh...
Pergi saja cintamu
pergiBilang saja pada semua
Biar semua tahu adanya
Diri ku kini sendiri
Diri ku kini sendiri...



actually, lirik lagu diatas xde kena mengena dengan hari yang aku hitungkan.. ku saje je insert/copy lagu tu sebab tajuknya kebetulan sama dengan diri aku yang sedang menghitung hari.. eerrrmmm, agak2 sebab apa ek aku menghitung hari.. errrmm sebab 24 April ni ku akan tau apa keputusan sama ada positive atau negatif dari si dia..


si dia?

siapa si dia?

nak tau lanjut rujuk entri sebelum ni.....




aku kena tabahkan hati dengan segala keputusan yang bakal aku terima.. rasa nervous mengalahkan gelisah masa nak amik keputusan SPM pulak.. ye lah ini bab masa depan.. aku dah x nak buang masa.. lagipun aku tau apa yang aku nak semasa hayat ku masih ada ni..

lagipun umur aku dah banyak, bulan jun ni dah nak masuk fasa kedua separuh abad hidup di dunia ni.. sesekali lepas solat, waktu muhasabah diri terkenang juga, apa bekalan yang telah ku sediakan untuk menghadapi hari pembalasan nanti.. rasanya iman masih lemah, setiap hari ada saja dosa yang ku lakukan, walaupun telah acap kali memohon keampunan kepada ALLAH SWT. tapi hati ni, jiwa ni, badan anggota badan ni masih lagi melakukan dosa.. berjujuran air mata mengenangkan dosa-dosa lalu.. YA ALLAH, aku yakin rahmat keampunan MU terlalu luas, selagi aku tetap naik saksi bahawa TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH, dan NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH, aku yakin KAU LAH MAHA PENERIMA TAUBAT.


aku selalu bertanya: apakah pengakhiran penantian ku selama ini akan terbalas dengan jawapan yang positif atau pun sebaliknya.. apa2 pun aku telah cuba sedaya upaya bagi mendapatkan jawapannya.. dan bagi aku: aku telah ada jawapannya. dan aku mohon agar ALLAH restui jawapan dan keputusan yang aku ambil. dan semoga keputusan yang aku ambil ni seiring dengan kehendak agama dan tidak bercanggah apa2 pun dengan syariat ALLAH. aku akan tetap menunggu walaupun hingga ke akhir nafas ku, dan semoga mayatku/jenazah ku dalam keadaan baik atau mati dalam husnul khatimah la, walaupun dalam keadaan ku menunggu. tapi rasanya ketika itu (dan nazak) aku dah x pk pasal apa yang ku tunggu kot, sebab masa itu, aku akan terfikir tentang malaikat mungkar dan nakir yang akan bertanya soalan2 cepu emas pada ku.. yang telah lama aku tahu jawapannya, akan tetapi hanya iman sahaja yang akan menjawab nya..



TIK ..TOK.. TIK.. TOK masa terus berjalan, tapi aku masih lagi di sini, menulis blog ni.. kejap lagi prof zaleha pun masuk, aku masih lagi menghadap pc menulis blog ni.. sama sama kita doakan agar aku dapat jawapa yang positif darinya ek.. aku dah lama nak tukar status hidup aku ni, semua orang tau kan aku ni cepat jemu dan bosan dengan kehidupan aku yang macam ni, apa2 pun aku redha dan berserah pada qada' dan qadar ALLAH. sebab aku org muslim yang wajib percaya pada rukun iman yang ke5 ni..


wasalam