Sunday, May 2, 2010

Apabila Bekalan di Akhirat Putus........

Bismillahirahmanirahim... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh......



Salam sejahtera buat semua.. hari ini dah masuk hari ketiga di bulan MEI 2010. bersamaan 18 Jamadilawal 1431 hijrah.. alhamdullilah pagi isnin ni aku x kena simptom monday blues sebab dah 2 hari berehat kat umah x g mana mana pun kecuali ari sabtu pagi pagi lagi aku dah ke pasir penambang kuala selangor g pasar gi beli ayam ngan kuar g sidai kain kat ampaian.. selebihnya memang ku duduk dalam umah je.. hajat nak pergi amik baju tempah kat kedai pun aku lupakan.. nanti nanti la aku amik.. xpe akak tu faham kalu aku lambat amik...



di sebabkan semalam satu hari aku x kemana2 so cik kelisa juga x bergerak kemana mana cuma subuh semalam abah bawak cik kelisa ke surau.. bergerak jugak la.. sian cik kelisa, dah hampir 4 minggu aku x mandikan.. die hanya mandi hujan je.. tapi kat dalam bersih xde sampah dan habuk pun.. xpe la cik kelisa, sabtu ni kita mandi ek.... apa yang aku melalut ni..


pagi tadi masa nak g keje aku singgah kat stesen petronas ijok, cik kelisa ni makan semua jenis petrol.. shell pun masuk, petronas, bhp semua dier lahap.. mana yang dan la kan.. biasanya aku akan isi minyak di stesen pertonas bandar sri permaisuri... tapi rasanya pagi tadi ralat nak sampaikan ke cheras dengan minyak tinggal setakuk je.. so aku singgah la kat petronas ijok tu.. lagipun waktu baru 612 pagi.. okey la.. x de lewat sangat.. lepas isi tu aku jalan.. alhamdulillah, hati aku tenang pagi ni.. dan aku terus berzikir nyanyi2an yang ingat pada ALLAH... sambil tengok meter minyaka ku naik x.. ada lah setengah kira okey la...tiba tiba ada 1 perasaan halus berbisik kepada ku, di dunia ni bile bekalan abis senang je nak jumpa.. paling jauh pun 10 20 kilometer mesti ada bahan mentah tapi bile di akhirat kelak ketika menemui ALLAH apa akan jadi jika bekalan kita kehabisan.. di mana kita nak cari nak top up? di dunia boleh la kita bertangguh walau seketika nak cari bekalan bahan mentah tu.... nak tp up.. nak upgrade ke.. tapi di SANA nanti mana kita nak carik.. di tengah kepanasan padang mashyar.. dan ada kisah yang aku baca ketika di sana, matahari terlalu terik kepanasan yang melampau.. jika bekalan yang kita bawa kurang, maka makin kepanasan la kita...



di dunia yang sementara ini, bahan bahan mentah senang nak cari.. sekarang ni hypermarket seperti tesco dah ada di mana mana even di kampung kampung, pekan-pekan kecil seperti di kuala selangor pun dah ada tesco.. senang je lebih kurang 10 km dari rumah aku.. even abah malam2 lepas mendayung pun dier boleh shopping kat tesco sorang2.. x ajak kitrang pun.. kalu ajak mesti budget dier lari, sebab kitrang akan amik yang bukan bukan.. hihihi.. begitulah senang kita nak dapat bekalan kat dunia ni..
berbanding di akhirat kelak, tiada upaya bagi kita nak cari bekalan itu.. dimana? macam mana? semua soalan itu dah x berguna di SANA.....
even sekarang ni di dunia di malaysia, baru ALLAH uji dengan isu kekurangan gula dimana kawasan utara semenanjung susah nak dapatkan bekalan gula... pemborong pemborong di chow kit risau x dapat nak agih agihkan bekalan gula ke kawasan lembah kelang.. peniaga2 merungut x dapat beli gula dengan kadar amaun yang banyak.. paling koman pun seorang dibenarkan hanya 2kg je.. peniaga pening kepala perniagaan akan merosot jika isu kekurangan gula ni terus berlarutan.. dan rakyat malaysia akan bertambah bilangan kematiaanya jika peniaga x dapat jual teh tarik yang sedap.. MASYA ALLAH.. ini lah penyakit dunia.... baru ALLAH uji sikit, dah mengeluh, merungut.. xde nya semut tu mati jika gula xde kat dunia ni.. sama la macam kita, xde nya kita lembik lemah kalu gula x dicampurkan dalam setiap minuman kita.. tapi badan kita tetap akan lemah jika kadar glukosa dalam badan kita kurang.. jadi penyakit lain pulak kena suntik insulin....

itu belum kes bahan bahan mentah lain yang kononnya dikawal harganya... tambah2 lagi nak dekat hari hari perayaan, kalu xde la bekalan tu, mengamuknya rakyat ni macam dunia nak kiamat.. kiamat betul betul kang.. bersediakah kita sedangkan bekalan akhirat kita masih belum cukup... ha.... baru nak sedar.. amalan tak cukup lagi... haa.. lu pk la sendiri...
oleh itu wahai semua, ayuhlah kita sama sama tingkat kan amalan bagi memenuhi beg galas macam beg AF tu dengan bekalan akhirat.. agar DI SANA nanti kita tidak keputusan sumber itu.. dan semoga kita semua di masukkan di syurga yang abadi.. di syurga itu benar, bekalan tidak akan putus malah terus terusan mengalir kepada kita, dan di syurga juga kita akan kekal muda tanpa tua.. semua yang indah di sana... tetapi tiada jalan mudah untuk ke SANA..
biarlah kita bersusah susah di dunia yang sementara ini supaya kita bersenang lenang di AKHIRAT kelak... ingat la... tiada jalan pintas untuk menduduki syurga allah, akan tetapi jika kita berusaha di dunia ini, ganjaran syurga allah bentangkan untuk kita yang sentiasa melakukan amal ibadat.... marilah kita fikirkan bersama dan ambil tindakan atas setiap apa yang kita fikirkan....
wasalam

1 comment:

  1. You are good both in writing and speaking. huhuuhu

    ReplyDelete