Wednesday, May 5, 2010

Program Rakaman Raya? di bulan jamadilawal? apa ke halnya ni?

Bismillahirahmanirahim.... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


sedarkah anda semua hari ni berapa hari bulan? yes betul hari ni 6 mei 2010.. selamat ulang tahun kelahiran pada sesiapa yang meningkat umurnya pada ari ni.. actually setiap saat umur kita meningkat sama ada kita sedar atau kita buat buat lupa tentang peningkatan itu... masa semakin terhad tapi ibadat masih tahap tu jugak...



okey soalan kedua pulak.. hari ni berapa ari bulan dalam kalendar islam.....? hah jawab cepat, kenapa garuk2 kepala tu? hah baru mengelabah nak tgk kalendar, cari kalendar yang ada tahun masihi... ari ni masuk 21 jamadilawal 1431 hijrah... eerrrmmm tinggal beberapa bulan sebelum kita melangkah masuk ke bulan ramadhan.. puasa yang tahun lalu dah abis ganti bagi yang ponteng puasa dengan sengaja dan keuzuran? aku pasti ramai yang tunggu saat saat akhir sebelum anak bulan ramadhan tiba baru nak ganti... yang menulis ni pun sama dengan je, tapi dalam usaha nak penuh kan qada' puasa tu.. tinggal sehari je lagi, liat betul nak puasa ni.... Astagfirullah al azim.. apa nak jadi la aku ni.. cuba habiskan seawal mungkin...



kenapa ari ni aku tanya soalan cepu emas yamashita ttg tarikh /ari bulan ni ek.. lagi2 tarikh dalam kalendar hijrah.. sebabnya aku rasa marah dan x puas hati dengan sebuah stesen tv yang menyiarkan iklan bagi mempromosikan RAKAMAN PROGRAM RAYA SITI NURHALIZA.. aku bukan marahkan penyanyi nya.. yang aku x puas hati kenapa seawal bulan jamadilawal dah ada rakaman tersebut...




rancangan raya? errrrmmm bagi aku x salah untuk berhibur, sebab ia berikan ketenangan pada kita.. lebih2 lagi setelah penat bekerja, jadi badan perlukan sesuatu yang merehatkan nya seperti alunan muzik ke senaman ke.. boleh hilangkan sedikit tekanan yang dihadapi tapi aku tegaskan disini, senaman paling merehatkan badan dan minda adalah solat berjemaah dan solat awal waktu.. jadi jadikan ia sebagai satu latihan dan amalan.... mmg susah pada awal nya tapi bersabar lah dalam solat itu.. banyak hikmah yang tersembunyi.....



tapi sekarang ni rancangan hiburan sangat berlebih lebihan.. itu x ku cerita kan lagi ttg pakaian mereka ni.. nauzubillah yang perempuan makin hari makin jarang, makin hari makin singkat.. yang bertudung tinggal jambul je... yang lelaki pun lebih kurang je...


pelikkan manusia akhir zaman ni, sentiasa nak berhibur.. walaupun ALLAH telah bagi amaran dengan kedatangan TSUNAMI pada tahun 2004, tapi manusia masih belum sedar akan kesilapan dan dosa dosa itu.. masih juga bergelumang dengan maksiat dan hiburan.. org Malaysia ni patut bersyukur sangat2 pada ALLAH sebab secara geografinya terlindung dengan Sumatera. itu pun lampiasnya terkena jugak di Kuala Muda Pulau Pinang. masing2 insaf sekejap je.. dalam seminggu je sebab nya Malaysia belum pernah rasa/alami keadaan gempa bumi ribut taufan.. semua play safe je la..



aku, zakiah, alia, kak nisya dan fizah antara insan yang bersyukur kerana ALLAH beri perlindungan dengan terlindungnya pantai barat malaysia dengan Sumatera kerana pada tarikh 26 Disember 2010 pukul 1200 tengahari aku betul2 di tepi pantai di Selat Melaka.. kami ke sana bagi menyiapkan assignment subjek CTU tentang budaya masyarakat Baba Nyonya dan Portugis di Malaysia.. tapi masa tu xde tanda2 angin kencang dan ombak bergelora pun.. masa tu laut tenang je.. aku dah balik rumah baru tahu ttg berita tu.. syukur Ya ALLAH. kau selamatkan bumi Malaysia ni...



berbalik kepada persoalan di atas tu... jangan berlebih lebihan dalam mencari hiburan.. sekadar memadai.. cuba kita lihat suasana hari raya dulu dah sekarang.. jika dahulu, aktiviti kunjung mengunjung sangat dipraktikkan di setiap tempat tak kira bandar dan desa, akan tetapi amalan tersebut seakan pudar dan berkurang. anak2 muda, kaum2 ibu dan kaum wanita lebih suka duduk di rumah menghadap tv dengan pelbagai rancangan hiburan sambil menghabiskan sebalang kuih raya dari pergi menziarahi kaum keluarga.. begitu juga dengan anak2 kecil sekarang... lebih suka berada di rumah didepan tv.. yelah balik kg atuk nenek sekali sekala.. jiran nenek pun dier x kenal, macam mana nak pergi ziarah kan.. paling koman pun pergi ziarah sekadar nak tunjuk muka je.. kalau dulu, budak2 kecik pergi beraya rayau 1 kampung, kalu x dengar athan magrib, x muncul la muka diorang depan muka pintu.. sampai ke hujung kg pun mereka beraya.. x kira rumah siapa, main belasah je, rumah yang x familiar pun main masuk je.. dan tuan rumah tu mmg buka pintu pada tetamu...



akan tetapi sekarang ni sangat berbeza. malah ada tuan rumah yang tutup pintu bila ada anak2 kecil yang nak datang beraya.. malah budak2 remaja lebih gemar menghabiskan masa di dalam bilik daripada melayan tetamu yang hadir.. salam, sekadar nak ambil hati dan terus masuk bilik dan berdoa agar tetamu yang datang cepat2 beredar.. eerrrmm, inilah kesan buruk dari banyak nya program hiburan di tv sehingga manusia hilang sifat2 yang elok...



oleh itu, marilah kita semua berubah ke arah kebaikan.. tinggalkan semua perkara2 yang ditegah.. boleh berhibur tapi jangan berlebih-lebihan



wasalam

No comments:

Post a Comment