Friday, February 12, 2010

Kehidupan Bagai Sebuah Perjalanan (continue)
















assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....

bismillahirahmanirahim.. ku mulakan setiap pekerjaanku dengan menyebut nama ALLAH Tuhan Yang Maha Esa

nak continue entry malam tadi.. kali ni lebih menarik la sebab ku akan upload pic sekali.. tapi kamera ku tak kualiti sangat pic nya.....
kat sini ku kongsikan kan beberapa maklumat perjalanan yang telah di catatkan:
dari umah ku di kg kuantan 84016 (830 pagi)
then berhenti di rnr seremban 84137 (1000 pagi) then bertolak balik 1037 pagi
berhenti semula rnr pagoh 84281 (1200 tghari) then bertolak balik 12.40 tghari
sampai HSA JB 84433 ( 0300 ptg) then berjalan ke pasir gudang 0620 ptg
Hotel Swan Garden Masai 84482 (0715 malam)

malam tu ku rehat sepenuhnya.. best jugak rasa bersendirian ni.. ku banyak berfikir tentang kekhilafan yang dulu, banyak perkara yang ku fikirkan.. tentang masa depan ni.. kira mmg muhasabah diri lepas solat isya' tu...

pertemuan ziarah ummi munaliza sangat bermakna buat ku, ummi suka bercerita dan beri nasihat serta pandangan. kena la dengan sifat keibuan yang ada padanya menjadikan ummi tempat untuk meluahkan perasaan dan berkongsi segala keresahan yang ada dalam hati ini.. ummi terima kasih atas segalanya.. aida sangat hargai segala kesudian ummi terima aida sebgai sebahagian dari anak2 ummi..
as usual aku kalu malam pertama beralih tempat tidur, so secara x langsung psychology dalaman ku pun berubah la.. malam tu puas jugak ku pujuk mata ni tdur, zikir2, baca buku indahnya hidup bersyariat (my favourite book).. akhirnya jam 1215 ku terlelap....

then kol 5 pagi ku dah terjaga.... ku siap2.. sambil sarapan yg pihak hotel sediakan, ku tgh peta yang ku perolehi dari Jabatan Ukur Pemetaan Malaysia (JUPEM).. kena tahu daerah atau kawasan mana yang ku nak g.. kalu x nanti tentu buang masa dan tol.. so pagi tu ku nak ke perkampungan nelayan Kong Kong Laut, tok dapatkan ikan.. lagi bagus kalu dapat ikan yang diternak dalam sangkar... korang tengok la semua pic kat atas tu.. ada rumah rakit, ada penduduk kat sini yang bela ikan tok eksport domestic dan luar negara...

ku terjumpa dengan 3 anak muda terdiri daripada L, Jai dan Azro yang mahu menjadi usahawan tani.. mereka bersama 17 lagi graduasi Uni. Malaya. dibawah naungan pusat usahawan UM (PUSMAL) mereka telah menubuhkan Aquasympreneur telah menimba ilmu di 3 daerah yang lain.. berguru dengan tauke2 ikan yang menternak ikan.. so di KONG KONG adalah tempat ke3 mereka berguru.. dan menurut kata L, 15 mac 2010 adalah kemuncak kejayaan mereka dimana pada hari itu akan diadakan perasmian kolam rakit mereka oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Khalid Nordin.. ku bangga tengok anak muda macam mereka yang bersemangat tinggi.. mereka ni berazam nak ceburkan diri ke bidang perniagaan.. 20 usahawan ini terdiri dari mereka yang mempunyai kelulusan tinggi dari pelbagai bidang... apa2 pun ku ucapkan tahniah atas usaha mereka mahu mengubah diri.. Jadilah usahawan yang berjaya.. aida sokong setiap apa yang bakal korang buat.. pic kawasan perikanan mereka seperti pic di atas...

then ku cari sampel tanah pertanian di jabatan pertanian Masai. di sana juga ku dapat maklumat tentang ada kawasan pertanian tanam sayur di kawasan kota tinggi, so boleh la kalu nak amik sampel tanah dan sayur... ku g jugak, tapi dapat perjalanan ku terfikir, Kota Tinggi bukan kawasan Pasir Gudang.. kira2 40 km radius dari kawasan pasir gudang.. kalu angin bertiup pun x la boleh bawak particle beracun sejauh itu kan.. eerrrrmmm siap aku patah balik ke area Kong Kong. itu la yang jadi jika perjalanan tanpa dirancang.... hihih biasala dah rancang pun masih gagal kan?

lepas patah balik dari Kota Tinggi, ku terus ke Tanjung Langsat... kawasan perikanan yang lebih kurang rupanya seperti Kong Kong...cuma kawasannya dah kotor. dari tg langsat, ku pergi ke kg pasir puteh.. kat sana pasar dah tutup ikan pun dah xde dah tengahri pun.. so ku hanya beli ikan sampel di kedai yang berhampiran.. okey la tu kira ada perbezaan sebab ikan dari L ikan yang diternak dalam sangkar. then ikan dari pasir putih sebagai comparison ikan di pasaran..
then ku balik hotel sebab dah rasa letih sangat.. lagipun petang janji ngan L nak amik ikan dier dalam kol 4.. ku rehat2 kol 330 ku gerak ke kolam ikan L.. rupanya besar gile diorang punya kolam... mmg bakal berjaya la diorang ni
then abis semua tu ku terus jenguk ummi sekali lagi ke HSA JB.. hiihihi siap berebut parking ngan ada pelawat tu.. hahahh aku x peduli, janji ku dapat parking.. jumpa ummi banyak cerita2.. ku banyak bertanya, ummi banyak beri pandangan.. last pertemuan ku amik pic kenangan ngan ummi.. ummi, insyaallah kita jumpa lagi ek...
then ku terus balik hotel tdor... nak tau x, ku x de selera nak makan pun... sepanjang 2 hari ni ku x sentuh nasi pun.. hnya makan roti... mmg x selera ingat kat mak kot.. hhehehhehehhe
k la perjalanan balik ke sel ku cerita pada next entry ek

2 comments:

  1. singgah la kota tinggi lain kali. dekat je ngan rmh saya. hihi

    ReplyDelete
  2. okey... tapi mesti la awak cuti ke atau awak ada kat umah.. kalu x malu la saya...

    ReplyDelete