Friday, December 17, 2010

Akibat terlalu excited

Bismillahirahmanirahim....
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


salam sejahtera buat semua,
sekarang dah 1135 malam, mata ku x boleh tdur. lain la rasa malam ni sebab abah xde. abah dah ke Kampar, Perak sebab ari ahad ni anak buah ku (anak Abg Nasir) nak kawin.. hahah anak buah dah kawin, mak sedara x kawin lagi... xpe, muda lagi la.. (ayat penyedap hati je tuh)


pagi tadi abg Jais ngan Kak Siti singgah amik abah lepas diorg balik dari IJN. abah punya la excited smpai x tgk pun tarikh kenduri kawin tu. kad kawin tu mmg dah lama sampai, rasanya sebelum cuti sekolah. abg Nasir anto masa tu ku baru balik exam Mtest kat SMKA, Kuala Sel. dengan x tgk details kenduri tu, semua org assume kenduri tu esok 18 Disember 2010.


rupa2 nya kenduri tu ahad ni 19 disember 2010. apa la aku ni, sedangkan semalam magrib ku belek2 kad kawin tu tau. baca tiap satu patah ayat2 nya, tapi mmg x perasan tarikh tu sebab yakin je yg kenduri tu ari sabtu. Andak Nuai nak konvoi sekali ke sana pun kitrg cakap 18 dis.. last-last tukar plan gerak ahad pagi dalam kol 8. airil pun ikut sekali, hahah boleh la pinjam kamera canon dier kejap. boleh asah bakat jadi photografer. nak beli kamera tu x mampu lagi. pinjam jap pun jadi la. lepas gian tangkap gambar.


hahaha nasib baik, akhirnya reveal jugak yg kenduri tu ari ahad. tapi kat sini ahad ada jugak kenduri kawin. Anak Ustaz Razali, si Asyraf kawin (Ustaz ni macam ayah aku masa ku sekolah dulu, suka bagi nasihat kat aku, pesan supaya jadi anak solehah). kawin jugak Asyraf ni ek, asyraf ni sebaya ku tapi x sama sekolah tapi ustaz razali suka cerita pasal asyraf kat ktrg semua.


takpe la pergi malam minggu la, wakilkan abah... TAPI, malam minggu ni ada bola AFF suzuki cup malaysia lawan Vietnam. aduh, ni yg payah ni... bola kena tengok. harap2 malaysia menang. jumpa Indonesia kat pentas final.


pergi esok siang pun okey jugak kan. ala, kenduri org jawa mesti ada rewang punya.. Ustaz ngan isterinya mesti faham kan banyak kenduri jemputannya nak kena attend..


k la, sampai di sini dulu.. dah ngantok dah mata ni. sebelum tdo nak call abah jap. lupa tadi nak bekalkan abah roti atau biskut, sebab 2 3 menjak ni abah selalu menggigil malam2 sebab kurang gula dalam badan. harapnya Kak Juwita, Abg Jais, Kak Siti dapat tengok2 kan abah


okey la, adios amigos
~wasalam~

No comments:

Post a Comment