Wednesday, December 15, 2010

Sayangi Diri, Cuba untuk Hidup Sihat

Bismillahirahamanirahim.....
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....


salam sejahtera buat semua.. semoga semua berada di dalam keadaan sihat walafiat... kepada mereka yang kurang sihat, ku berharap agar anda semua mendapatkan rawatan yang sebaiknya daripada pihak doktor supaya penyakit yang dihadapi boleh dirawat dengan segera.. bersabarlah dengan ujian tersebut kerana setiap penyakit itu datang nya dari ALLAH dan ALLAH juga penyembuh segala penyakit.



cantik tak kalau kita kurus macam farah ni? atau macam model di atas? sedap mata memandang kan? tapi hati hati sesedap mata memandang, sesedap juga malaikat di bahu ni menulis jiwa ada terlintas perkara yang buruk dalam hati kita.. banding kan pula dengan gambar yang di hujung sana tu? berisi dan nampak x sihat kan? sedap x mata untuk memandang? mesti x best dan x syok kan. tapi itulah realiti sebenar kehidupan manusia.
kajian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa 62% wanita di malaysia mengalami obesiti kesan daripada amalan atau gaya hidup tidak sihat.. oleh itu pelbagai jenis penyakit kardiovaskular akan hinggap kepada mereka yang mengalami obesiti seperti diabetes, darah tinggi, penyakit jantung, dan pelbagai lagi..




Sebagai rakyat malaysia yang bertanggungjawab, maka ku nak jalankan peranan sosial bagi membantu semua rakyat malaysia mengurangkan obesiti yang selalu nya berpunca daripada ambilan makanan yang tidak sihat. Seperti kempen Kementerian Kesihatan Malaysia "KURANG GULA LEBIH SIHAT", maka ni 6 langkah sihat/ bijak untuk kurangkan pengambilan gula dan amalan gaya hidup sihat.


1) Amalkan minum air putih - saranan daripada doktor, kita seafdalnya minum air putih atau air kosong sekurang kurang 7-8 gelas sehari.
Boleh ke kita lakukan? Cubalah, kenapa banyak kebaikan yang kita perolehi daripada amalan minum air putih ni seoiperti memudahkan pencernaan,



2) Hadkan pengunaan hanya 1 sudu teh gula x best la kan minum minuman tanpa gula? macam rasa hidup x lengkap je kan. kopi / teh rasa pahit je.. okey start hari ni, kita sama2 hadkan hanya 1 sudu teh gula je tok secawan kopi. kurang lagi baik




3) kurangkan makan makanan manis ni pesanan untuk anak-anak comel yang suka makan gula gula, coklat, kek dan pelbagai lagi. banyak keburukkannya yang akan anda semua hadapi jika makan makan tersebut secara berlebihan.. nanti gigi anda rosak, x cantik, kena cabut dan rompong... kecik kecik lagi dah jadi si nenek xde gigi..






4) banyakkan makan buah buahan lebih lebih lagi buah buahan tempatan seperti tembikai, betik, rambutan, oren, pisang, durian dan pelbagai lagi. banyak khasiat akan di manfaatkan oleh badan kita. ada Vitamin C yang sangat diperlukan oleh badan kita.
secara tidak langsung, badan kita juga memperoleh gula semulajadi ciptaan ALLAH yang kandungan nya sesuai untuk sistem pencernaan kita.




5) pilih minuman/produk yang kurang gula (gula bukan bahan utama) sebelum membeli sesuatu barangan, kita disyorkan untuk melihat, meniliti dahulu kandungan, ramuan bahan tersebut. elakkan membeli produk yang menjadikan gula sebagai bahan utama kerana secara tidak langsung is bermaksud produk tersebut mempunyai kandungan gula yang tinggi.











6) jangan masukkan gula dalam masakan anda kadang2 kita nak jadikan makanan lebih sedap, kita masukkan gula dalam masakan kita, contohnya nak masak sambal nasi lemak, buat kuah satay kacang, buat kuih pun kita masukkan gula kan. so lepas ni kita kena tukar style masakan kita. jangan masukkan gula, ala janji boleh telan sudah la.. asyik nak makan sedap je.. sian badan kita nak cerna tau.. masuk sikit je xpe



okey itu saja la pesanan buat diri ku dan semua, ingat KURANG GULA LEBIH SIHAT

2 comments:

  1. Aida, rasanya klu niat je x elok tp x buat, x dicatit, dh dilakukan bru dicatit, tp niat baik trs dicatit wlupn blm dilaksanakan...

    Haa...skrg dh byk skit minum air putih, buat nescafe smlm pn letak sesudu je...tp cafein still gak. Xpela, pelan2 kayuh, ye x Aida?

    ReplyDelete