Tuesday, December 14, 2010

Akhirnya.....

Bismillahirahmanirahim... Assalamualaikum Warahmatullahi Warakahatuh

setelah sekian lama aku x menulis apa2 di sini, setelah banyak perkara yang berlaku.. eerrrrmmm... ku masih di sini.. menanti sesuatu yang hanya ALLAH yang tahu.. yang telah pergi biarkan la ia pergi.. semoga mereka mereka yang telah pergi itu di cucuri rahmat Allah ke atas roh mereka.. aku di sini hanya dapat mendoakan ke atas roh mereka.. sebagai tanda kasih sayang ku pada insan yang pernah ku tumpang rahimnya, ku minum setiap titik air susu nya, yang mengajar ku mengenal setiap kalimah allah pada al-quran al karim, yang x pernah lupa mendoakan kejayaan ku, ttg keselamatan ku setiap kali aku melangkah keluar dari mahligai bahagia yang diciptanya.. aku bersyukur pada Mu Ya Allah, kerana menganugerahkan aku ibu yang aku sayangi... semoga ibu ku di tempatkan di syurga Mu yang abadi atas setiap kebaikan yang ibuku lakukan semasa nafasnya masih boleh di hidu di rongga pernafasannya..
kehilangannya mak masih terasa dan setiap kenangan bersama nya masih segar di ingatan ini.. firasat ku sebelum permergian mak benar.. iaitu hatiku pernah terdetik, mengapa aku sanggup bersusah payah untuk berulang alik dari kuala sel ke hukm cheras setiap pagi? memandangkan dengan macam2 kos yang meningkat.. ada juga cadangan dari kawan2, staff yg lain supaya aku tinggal di sekitar lembah klang, seperti awal2 ku keje di hukm... tapi hati ni tetap tega(berkeras) nak berulang walaupun menempuh pelbgai halangan. siapa yang sanggup untuk bangun seawal 5 pg untuk bersiap ke tempat keje then menempuh traffic jam di lembah klang yang tidak boleh dijangka kesesakkannya.. perjalanan yang ditempuh hampir 180km ulang alik setiap hari....???
satu saje jawapan yang boleh ku berikan pada mereka yang bertanya mengapa aku sanggup berulang alik.. iaitu aku nak lihat wajah mak abah ku setiap hari kerana dapat pahala jika kita melihat wajah mereka yg kita sayangi. dan aku nak doa dari mereka, restu mereka agar setiap langkah ku setiap mendapat kebenaran dari mereka.. dan satu yg aku beza pada anak2 mak abah yg lain, jika yg lain mak abah cium pipi mereka tapi aku yang peluk cium mereka.. setiap kali aku buat macam tu especially pada mak, hati ku terdetik, akan sampai bila bila kah ku dapat cium peluk mak? dan ketika itu aku akan berdoa pada Allah, semoga aku akan dapat kesempatan untuk peluk cium mak abah lagi....

kini, masanya telah tiada dan peluang itu telah tertutup buat aku untuk meneruskan niat ku itu.. walaupun jasad mak tiada di sini hanya tinggal pusara yang seakan2 kering, tapi ingatan terhadapnya masih kekal segar.. sampai sekarang aku masih dapat angankan yg pelukan aku pada mak.... Ya ALLAH, apa lagi bakti yang boleh aku lakukan untuk mak abah ku..???
sekian lama melayari khalayan ini, aku terlupa yang Allah masih lagi berikan aku kesempatan untuk terus berbakti pada mereka yang ku sayangi iaitu pada ABAH. abah ku yang sangat2.. tiada apa di dunia ini yang boleh dibuat galang ganti untuk mereka.. Ya ALLAH, berikan aku kesempatan dan peluang untuk ku terus berbakti pada keluarga ku.. buka kan peluang rezeki buat ku agar aku dapat membantu keluarga ini....
~wasalam~

2 comments:

  1. Amiinnn...syukurlah wlupn sekejap, peluang tu ada.

    ReplyDelete
  2. betul kak nurul.. syukur la, kita masih diberi kesempatan untuk membetulkan apa yg salah dan teruskan (maintain) amalan yg baik

    ReplyDelete