Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Seorang gadis biasa yang berjanji pada diri untuk menjadi terbaik pada diri, mak ayah, keluarga, masyarakat, agama dan negara.. Merindui Kekasih ALLAH SWT dan Mencintai ALLAH dengan sepenuh hati... Impianku hanya satu, ingin berada di syurgaMU Ya ALLAH.. Semoga aku mendiami syurgaMu Ya Ilahi.... Masih belum menemui teman yang akan ditemani nya di syurga abadi.. Menantikan lelaki soleh yang akan menyunting diri ku sebagai penemannya di sana nanti..


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
sajak yang sangat bermakna dan beerti buat semua guru2, kerana tanpanya kita tak akan kenal ABC, 123.. Guru2 adalah asas kepada setiap kejayaan dan kegagalan setiap manusia.. Jasa Guru yang kita semua akan kenal sampai akhir hayat.. Panggilan Keramat CIKGU kekal terpahat.
Buat guru2 yang telah mencurahkan ilmu kepada ku, kawan2 dan anak bangsa, sekalung penghargaan ku ucapkan atas pengorbanan dan sumbangan ilmu yang diberikan.. sehingga kami menjadi anak bangsa yang berjaya dunia dan akhirat..
Guru ku Cikgu Ahmad Kosman, Cikgu Choo Kin Tong, Cikgu Mok Yow Lin, Cikgu Rusdi Ismail, Ustaz Razali Napiah, Cikgu Fadhil, Cikgu Nur Huda, arwah Cikgu Fauziah dan semua cikgu-cikgu Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Kg Kuantan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor. Hanya Allah yang akan membalas jasa2 kalian.. tidak dilupakan ustazah dan ustaz di sekolah rendah agama pasangan iaitu ustaz Fadullah, ustaz Said, ustazah Manah, ustazah Zaimah, Ustazah Zainon Ali, ustazah Zainon Daud, Ustaz Bahasa Arab ku yang dah x ingat namanya tapi ingat rupanya dan semua yang telah mengajarku.. Terima Kasih ku ucapkan atas jasa2 kalian.. kata kata nasihat masih ku ingati dan terngiang2 di telinga ini..
x lupa juga semua pensyarah Kursus Diploma Sains (UiTM Kuala Pilah) dan Kursus Sarjana Muda Sains Kepujian Biologi (Uitm Shah Alam). En. Abu(Prof Madya Abu Hasan), En. Taufik, En. Shamsul Onn, Puan Mazni, Puan Rose,Dr Harita, Dr Farida Zuraina, Dr harinder, Puan Wan Razarinah, Cik Fydee, en. dzul. Terima Kasih atas curahkan ilmu.. Kalian semua umpama ayah dan ibu kami yang tidak henti2 mencurahkan ilmu supaya aku dan kawan2 menjadi insan yang berguna..
doaku semoga ALLAH berikan kebahagian dan kerahmatan hidup buat semua guru2 ku.
~wasalam~

Sekalung Penghargaan ku ucapkan buat tenaga pengajar Kursus Sarjana Muda Sains (Biologi) Uitm Shah Alam sesi 2004/2005-2007 yang telah bertungkus lumus bagi memberikan kami ilmu pengetahuan yang tidak terbalas jasa mereka. Hanya Allah sahaja yang akan membalasnya. Semoga Allah berikan kerahmatan dan kebahagian buat pensyarah-pensyarah yang tidak kenal erti jemu mengajar kami semua. Antaranya Prof Madya Dr Harita Hashim, Dr Farida Zuraina Mohd Yusof, Dr Harinder Singh, En. Dzul (x ingat nama penuhnya), Puan Wan dan ramai lagi.. maaf la dah x berapa ingat lepas hampir 4 tahun meninggalkan kerusi kuliah di uitm... banyak kenangan terindah yang tercipta disana... dan paling x boleh lupa bile ku dan 2 3 4 5 org rakan (ramai sebenarnya) yang kena repeat subjek animal fisiology (ye ke subjek ni, subjek sem3 paper Dr Harita).. killer paper ni, every sem mesti ramai budak sangkut termasuk la aku..
untuk handle malam dinner tok persatuan. Masa ni kami baru sem 3, so x terlibat sangat sebagai AJK.. cuma tolong2 mana yang patut.. dan yang paling best kami semua akan melaram x hingat la.. kalau x silap tema malam ni BATIK dan tagline nya Night to Remember.. haha memang sesuai sgt la sebab mmg antara malam yang x boleh dilupakan. Masa ni masing2 kurus gegile lagi... dan malam ni ku buat pertama kalinya bergambar dengan seseorang yang ku minat dalam diam... hihih siapa dia? ahahh, x yah mention la sebab ia dah jadi sejarah.. org tu pun dah buat2 lupakan aku..

Nurul Zamira yang pose maut
adeeb luqman tunjuk gigi & nurul husna nak g ngaji



erja buat semua yang bekerja di malaysia dan seluruh dunia.. buat penggangur (yg masih xde kerja, dok tanam2 anggur je), pas ni usaha2 la carik keje ek..
Bismillahirahmanirahim...
Syahdu sungguh pagi ni... kol 500 pagi, angin menderu deru, titisan hujan bagaikan nyanyi tdur menyebabkan mata tambah mengantuk dan rasa terus nak lena.. syaitan tambah membisikkan kata2 supaya terus tido, walaupun sepatutnya di kala itu semua khalifah harus bangun untuk mengerjakan solat tahjud... kuat benar ikatan yang rantai badan kita ni... ambik ko sedar2 dah kol 630 pagi.. aduh gawat ni, dah lewat.. solat subuh pun belum lagi...
masa dalam perjalanan ku teringat masa kecik2 dalam umur sekolah rendah la.. dulu kan kitrg susah... siang malam mak abah berusaha tok cari duit tok sekolah kan kitrg dengan jual nasi lemak kat kedai pak uda, jual ais krim malaysia kat sekolah SAAS, tumpang jual kuih karipap kat SAAS menengah.. nasi lemak daun pisang mak memang terkenal 1 kg kuantan dan sebenarnya da pelancong yang datang tok tengok Kelip-Kelip suka makan nasi lemak mak.. Harga yg murah 50 sen je dan rasa sedap kata org tu.. kalau makan mesti nak lagi. kadang2 sampai 3 bungkus..
tunggu punya tunggu hujan pun turun la, nak g antor ni naik basikal merah akak.. Ne yang tojang, aku dok kat belakang pegang bakul nasi lemak tu... sebab hari hujan kitrg pun bawak la payung... ku yg pegang.. tapi mana la kederat kanak2 berusia 10 tahun tok pegang bakul nasi lemak ngan payung lagi... yg Ne pulak dok kayuh kayuh tapi pandanganya dah tertutup dengan payung sebab ku yg kat belakang mana la tau nak adjust payung tu tinggi ke rendah.. last2 sampai kat simpang rumah Ah Sui, angin kuat tolak, payung tu tersingkap dah kitrg terjatuh.. basikal timpa kitrg.. bakul nasi lamak jatuh dan kuih ketayap tu jatuh kat jalan.. nasi lemak pun ada yg tertumpah ke jalan.. ada la tinggal dalam 10 nasi lemak yg elok...
memang sedih giler time tu.. kutip nasi lemak tu balik tapi letak kat tepi jalan tu, kuih ketayap pun sama.. just antar kat kedai pak uda 10 bungkus nasi lemak je, without kuih ketayap tu.. dalam yg paling sadis hujan turun x henti2... sambil antar nasi lemak tu air mata menitis2... mmg ALLAH uji kami masa tu... Pak Uda kata kenapa sikit je, kitrg cakap tadi jatuh basikal, 10 bungkus je yg elok lagi.. Pak Uda kata xpe la, ada rezeki org beli nanti..