Seorang gadis biasa yang berjanji pada diri untuk menjadi terbaik pada diri, mak ayah, keluarga, masyarakat, agama dan negara.. Merindui Kekasih ALLAH SWT dan Mencintai ALLAH dengan sepenuh hati... Impianku hanya satu, ingin berada di syurgaMU Ya ALLAH.. Semoga aku mendiami syurgaMu Ya Ilahi.... Masih belum menemui teman yang akan ditemani nya di syurga abadi.. Menantikan lelaki soleh yang akan menyunting diri ku sebagai penemannya di sana nanti..

Friday, December 17, 2010
Akibat terlalu excited
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
salam sejahtera buat semua,
sekarang dah 1135 malam, mata ku x boleh tdur. lain la rasa malam ni sebab abah xde. abah dah ke Kampar, Perak sebab ari ahad ni anak buah ku (anak Abg Nasir) nak kawin.. hahah anak buah dah kawin, mak sedara x kawin lagi... xpe, muda lagi la.. (ayat penyedap hati je tuh)
pagi tadi abg Jais ngan Kak Siti singgah amik abah lepas diorg balik dari IJN. abah punya la excited smpai x tgk pun tarikh kenduri kawin tu. kad kawin tu mmg dah lama sampai, rasanya sebelum cuti sekolah. abg Nasir anto masa tu ku baru balik exam Mtest kat SMKA, Kuala Sel. dengan x tgk details kenduri tu, semua org assume kenduri tu esok 18 Disember 2010.
rupa2 nya kenduri tu ahad ni 19 disember 2010. apa la aku ni, sedangkan semalam magrib ku belek2 kad kawin tu tau. baca tiap satu patah ayat2 nya, tapi mmg x perasan tarikh tu sebab yakin je yg kenduri tu ari sabtu. Andak Nuai nak konvoi sekali ke sana pun kitrg cakap 18 dis.. last-last tukar plan gerak ahad pagi dalam kol 8. airil pun ikut sekali, hahah boleh la pinjam kamera canon dier kejap. boleh asah bakat jadi photografer. nak beli kamera tu x mampu lagi. pinjam jap pun jadi la. lepas gian tangkap gambar.
hahaha nasib baik, akhirnya reveal jugak yg kenduri tu ari ahad. tapi kat sini ahad ada jugak kenduri kawin. Anak Ustaz Razali, si Asyraf kawin (Ustaz ni macam ayah aku masa ku sekolah dulu, suka bagi nasihat kat aku, pesan supaya jadi anak solehah). kawin jugak Asyraf ni ek, asyraf ni sebaya ku tapi x sama sekolah tapi ustaz razali suka cerita pasal asyraf kat ktrg semua.
takpe la pergi malam minggu la, wakilkan abah... TAPI, malam minggu ni ada bola AFF suzuki cup malaysia lawan Vietnam. aduh, ni yg payah ni... bola kena tengok. harap2 malaysia menang. jumpa Indonesia kat pentas final.
pergi esok siang pun okey jugak kan. ala, kenduri org jawa mesti ada rewang punya.. Ustaz ngan isterinya mesti faham kan banyak kenduri jemputannya nak kena attend..
k la, sampai di sini dulu.. dah ngantok dah mata ni. sebelum tdo nak call abah jap. lupa tadi nak bekalkan abah roti atau biskut, sebab 2 3 menjak ni abah selalu menggigil malam2 sebab kurang gula dalam badan. harapnya Kak Juwita, Abg Jais, Kak Siti dapat tengok2 kan abah
okey la, adios amigos
~wasalam~
Wednesday, December 15, 2010
Tahniah atas Kemenangan.. Teruskan Perjuangan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
alhamdullilah, syukur atas segala nikmat yang telah dikurniakan ALLAH buat kita semua di muka bumi Malaysia yang aman dan sejahtera ni..
malam tadi dengan santai nya aku adik beradik syok semangat giler menonton perlawanan bola Malaysia VS Vietnam kat saluran astro sport 813. terjerit2 macam org mabuk kitrg masa perlawanan tersebut. aku mmg peminat bola sepak tempatan especially kalau selangor yang lawan. mmg aku semangat gile. husna yang kecik tu pun x tdo sebab nak sama2 jerit gol ngan aku. siap tanya "ateh, bile nak jerit gol ni?" ku sengih je..
perlawanan semalam seimbang dengan kedua dua team sama2 berjuang mati matian.. yg aku x boleh lupa penjaga gol Vietnam yang hebat giler berlakon kesakitan masa Malaysia lawan Vietnam di Sukan SEA tahun lepas kalau x silap. Yang Malaysia dapat Gold Medal tu. dan muka penjaga gol Vietnam ni macam muka seseorang yg sangat familiar.heheeheh.. ku x tau kenapa, mana2 perlawanan bola sepak, aku mesti pay attention pada penjaga gol sebab bagi aku penjaga gol adalah org yg paling nervous dalam setiap perlawanan. silly mistake yg penjaga gol buat, akibatnya mungkin akan buat team tu kalah teruk. penjaga gol yang ku minat (tapi Malaysia la) ialah Helmi Heliza (penjaga gol kedah), Hamsani (penjaga gol Selangor), Sharbinie Alawi (penjaga gol Terengganu) dan Khairul Fahmi (penjaga gol Kelantan).
apa2 pun tahniah atas kemenangan pasukan kebangsaan kepada pasukan Vietnam tok piala AFF Suzuki. rasanya 1 malaysia dah tau kan Malaysia menang 2-0 jaringan 2 kali oleh Safee Sali.. kali ni Safee dah x nervous lagi. dan Khairul Fahmi dengan aksi nya yang cukup cemerlang. tangkap bola cekap, bola x muntah.. siapa kata Malaysia x bagus dalam sukan Bola Sepak.. ramai legend ikon Bola Sepak Asia org Malaysia... kita tunggu dan lihat perlawanan balas Malaysia VS Vietnam sabtu ni tau.. doakan2 lah semoga Malaysia cipta sejarah sekali lagi.. Malaysia Boleh!!!
sekian dari ku,
peminat bola sepak tempatan (Berjuang lah hingga ke akhirnya)
~wasalam~
Sayangi Diri, Cuba untuk Hidup Sihat
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....






3) kurangkan makan makanan manis ni pesanan untuk anak-anak comel yang suka makan gula gula, coklat, kek dan pelbagai lagi. banyak keburukkannya yang akan anda semua hadapi jika makan makan tersebut secara berlebihan.. nanti gigi anda rosak, x cantik, kena cabut dan rompong... kecik kecik lagi dah jadi si nenek xde gigi..






6) jangan masukkan gula dalam masakan anda kadang2 kita nak jadikan makanan lebih sedap, kita masukkan gula dalam masakan kita, contohnya nak masak sambal nasi lemak, buat kuah satay kacang, buat kuih pun kita masukkan gula kan. so lepas ni kita kena tukar style masakan kita. jangan masukkan gula, ala janji boleh telan sudah la.. asyik nak makan sedap je.. sian badan kita nak cerna tau.. masuk sikit je xpe

okey itu saja la pesanan buat diri ku dan semua, ingat KURANG GULA LEBIH SIHAT
Tuesday, December 14, 2010
Akhirnya.....


setelah sekian lama aku x menulis apa2 di sini, setelah banyak perkara yang berlaku.. eerrrrmmm... ku masih di sini.. menanti sesuatu yang hanya ALLAH yang tahu.. yang telah pergi biarkan la ia pergi.. semoga mereka mereka yang telah pergi itu di cucuri rahmat Allah ke atas roh mereka.. aku di sini hanya dapat mendoakan ke atas roh mereka.. sebagai tanda kasih sayang ku pada insan yang pernah ku tumpang rahimnya, ku minum setiap titik air susu nya, yang mengajar ku mengenal setiap kalimah allah pada al-quran al karim, yang x pernah lupa mendoakan kejayaan ku, ttg keselamatan ku setiap kali aku melangkah keluar dari mahligai bahagia yang diciptanya.. aku bersyukur pada Mu Ya Allah, kerana menganugerahkan aku ibu yang aku sayangi... semoga ibu ku di tempatkan di syurga Mu yang abadi atas setiap kebaikan yang ibuku lakukan semasa nafasnya masih boleh di hidu di rongga pernafasannya..