Wednesday, May 26, 2010

Suka Duka Seorang Penyelidik

Bismillahirahmanirahim.. Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dah masuk minggu ketiga aku berada di daerah Pasir Gudang ni. dah dah dekat 3 minggu jugak aku bermastautin di klinik kesihatan pasir gudang sebagai tempat pengumpulan data.. dan selama 3 minggu ini juga, aku mengenali pelbagai jenis manusia walaupun tak sepenuhnya..

isnin aku akan bergerak ke pasir gudang, johor jauh tu letih sangat aku memandu.. selasa rabu khamis aku di klinik dan jumaat atau petang khamis aku akan balik ke kuala sel..

minggu pertama pemusafiran aku di pasir gudang ini, balik ke rumah aku disambut dengan linangan air mata dari abah.. sampai kat umah aku salam abah yang sedang nak bungkus nasi lemak sempena sambutan kesyukuran ulangtahun nya yang ke 62.. salam je abah, abah cium pipi aku dengan air mata berlinang dan suara yang sebak.. aku tanya kenapa abah menangis.. abah x jawab.. aku tanya NE dan mak, napa abah nangis.. semua diam.. aku terfikir aku buat salah ke? Ne kata tadi abah okey je.. eerrrrmm then abah cakap dengan nada yang sebak kata, camtu sekali sampai menumpang rumah orang semata2 nak teruskan pengajian.. aku cakap biasa la tu abah...

abah cerita la dulu ada orang alim kata aku adalah kelahiran teristimewa buat mak abah.. abah cakap tok su kudin cakap suatu hari nanti abah boleh menumpang sesuatu dari aku.. insyaallah abah.. uteh akan berikan kejayaan pada abah.. satu yang abah kena ingat, uteh akan jadi anak yang solehah.. yang akan terus membekalkan doa buat mak abah walaupun ketika itu abah mak telah berada di alam yang lain...

eerrrmmm...macam macam pengalaman yang aku alami di sini.. lagi2 tentang keadaan /penerimaan respondent bila aku menerangkan tentang tujuan sebenar aku berada di sini.. ada yang okey dan ada yang buruk... semua tu telah je lah.. nak buat macam mana kan? dah namanya study dan ikhlas berbakti kepada masyrakat.. tapi apa yang aku khuatirkan kalau penerimaan respondent negatif, resultnya akan menurun kelak.. aku jugak yang sususah..

dan di saat ini, aku kena jadi sangat2 proaktif.. kena laju dan mendahului semua orang.. sekarang ni dah 3 minggu baru ada 19 sampel air susu ibu.. kira bad result /bad respond la tu... so sekarang ni aku kena gandingkan dengan plan B pulak.. plan A aku pujuk/ kempen pada ibu2 agar bagi sample air susu di klinik kesihatan pasir gudang.. dan kena sokongan dengan plan B, iaitu bagi ibu2 yang nak bagi tapi air susu nya sikit pada masa itu, boleh perah susu tersebut kat rumah.. dan minta simpan dalam frozen box kat peti air mereka..lpeas seminggu aku akan call mereka dan amik sample tersebut di rumah mereka...

hanya itu usaha yang mampu ku lakukukan.. dan 31 mei 2010 aku akan singgah jumpa prof zaleha jap nak bincang dengan dier.. kira antar report la jugak tentang apa yang aku lakukan di pasir gudang ni... selain itu, nak jugak minta pandangan prof tentang macam mana cara nak tingkatkan collection sample air susu ibu di klinik kesihatan pasir gudang ni..

walau apa pun yang terjadi, anggap la ia suatu ujian dari allah.. yang menguji hambaNya... ku pujuk hati ini dengan ayat ini.. bersabarlah wahai hati, Allah sedang mengujimu..

~ wasalam~

1 comment:

  1. Insyaallah, awk akan berjaya. saya doakan. terharu sy baca kisah awk.

    ReplyDelete