Thursday, April 14, 2011

Alhamdulillah wa syukurillah


Bismillahirahmanirahim....

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


salam jumaat buat semua...

Alhamdullillah segala puji bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam.. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, yang akan berikan kita syaafaat di akhirat kelak, insyaallah..


Alhamdullillah tertunai juga hasrat ku nak bersedekah sarapan pagi buat beberapa kakitangan PROLINTAS EXPRESSWAY ni.. x dapat bagi semua la, cukup la sekadar mana yang ada.. ku niat kan sedekah ku kali ni pahalanya untuk arwah mak yang telah hampir 9 bulan mninggalkan kami.. ingatkan nak bawak nasi lemak tapi alih alih menu bertukar jadi bihun goreng. sebab teringatkan bihun goreng adalah santapan terakhir mak sebelum mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.


magrib semalam, kami adik beradik plus abah ngan ikin baca kan yassin buat mak dan buat tahlil. tak lupa jugak buat arwah kakak ku dan semua sanak saudara ku yang telah dijemput ALLAH. insyaallah, ku teruskan kesinambungan amalan bersedekah ni. sebab semasa hayat mak, mak memang rajin bersedekah. dan adik ku wan juga rajin sedekah tok officemate die kat MATRADE. dan amalan ni mmg bagus salah satu amal jariah yang insyaallah sebagai bekalan di akhirat kelak


ingatlah sesungguhnya, bila mati seorang anak adam, harta pangkat keturunan duniawi semua tidak berguna kecuali 3 perkara iaitu:
1. doa anak soleh
2. sedekah (amal jariah)
3. ilmu yang disampaikan kepada org lain (ilmu yang dimanfaatkan untuk kebaikan)


semoga perkara yang baik terus menjadi amalan kita semua. ku memang terapkan dalam diri ku dan adik beradik serta anak2 buah ku, iaitu jika kita dapat sesuatu rezeki, we need to share with everybody. sebenarnya contoh yang senang jika kita dapat 10 ringgit, 3 ringgit bukan hak kita... kita kena sedekah kan pada org lain. kiranya dapat 100% gaji yang kita dapat, at least 30% kita kena sumbangkan kepada org lain..

semua ini adalah tok jadikan rezeki kita lebih berkat.. bagi aku cukuplah dengan gaji yang kecil asalkan pandai/ tahu untuk bersyukur daripada gaji yang besar tapi x pernah nak bersedekah.. dan pengalaman ku sendiri sebelum ni bekerja ngan manusia yang gaji dekat 14/15K tapi bile time LHDN, semua resit kuar.. ALLAH tu Maha Mengetahui dan Maha Adil.. ALLAH uji dier kesusahan kena ragut apa semua... baru sedar ttg kesilapan tu. dan perkara ni walaupun tak ku lalui tapi ia bagi pengajaran berharga buat ku.. semoga aku x lakukan kesilapan seperti itu...

sama2 la kita fikirkan bersama

~wasalam~

Wednesday, April 13, 2011

TOLONG JAGA KESIHATAN


Bismillahirrahmanirahim...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

tulis entry ni sambil nyanyi lagu raihan tau




ingat lima perkara sebelum lima perkara

1. sihat sebelum sakit
2. muda sebelum tua
3. kaya sebelum miskin
4. lapang sebelum sibuk
5. hidup sebelum mati


fokus entri ari ni ialah perkara pertama iaitu SIHAT SEBELUM SAKIT. actually pagi tadi b4 12 aku pening kepala, terasa berat gile kepala ni. cam ada batu dok atas. tak tau kenapa, nak kata x tdo rasanya seawal kol 10 malam ku dah kodok ngorok (reketek reketek- teringat lagu pengakap pulak) hahah... tapi as usual la tdo kol 10, kol 3 pagi/4 pagi mata ku dah x boleh lelap dah..


pagi tadi ku dah telan active fast 2 biji masa sarapan kat umah, then kat office ni ku dah telan sebiji lagi.. x berkesan jugak. encik zack suggest g tdo kat surau barang sejam dua.. mula2 tu boleh tahan lagi, dah lama2 tu x tahan dah, mata dah berair tahan ngantuk, kepala pun rasa dah hanyut je... bau badan ku dah x bau minyak wangi dah, dah tukaq bau minyak kapak je. dengan meja bersepah2 ngan data, ku turun g surau...


dapat tdo sejam, alhamdullilah.. alhamdullilah.. bagaikan di absorb dek vacum pening tu.. dah x pening lagi.. badan pun rasa ringan.. rasa nak lari merentas desa je.. hahah, x sedaq diri, data x key in lagi.. hahahah..hati kecik baik kata.. " hey, cik aida, see on your table. that a lot of work waiting for u" hahaaha

k nak sambung buat keje...

wasalam

pesanan buat semua: jaga kesihatan anda baik2... jangan lewat makan, makan makanan berkhasiat.. ingat tubuh badan anugerah tuhan tu nak pakai lama tok ibadat pada ALLAH..

25/04/2011 ~ cuti ~

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


hati kecil (baik) " Ape la, baru sebulan keje dah minta cuti...
hati kecil (jahat) " Suka hati la, dah memang boleh cuti sehari, apply je la"
hati kecil (baik) " Tunggu la sebulan dua dulu, kumpul cuti then baru la cuti"
hati kecil (jahat) " hahahaha, aku x peduli.. nak cuti jugak.. ala sehari je, aku pulun g jalan kl...



hahaha, ini la yang berperang dalam diri aku. semuanya berpunca dari sebab aku nak apply cuti 25/04/2011.... ada 3 perkara penting yang aku nak buat.


pertama : nak g panjat pejabat HQ PTPTN Damansara sebab nak setelkan hal pinjaman.. hahaha
ku x mau jadi macam kacang lupakan kulit.. hutang tetap hutang semua ku ingat.. ni
dah keje, ku azam tok bayar semua pinjaman yang telah ku pinjam

kedua : nak g Hospital Pakar Al-Islam, Kg Baru nak uat repeat medical check up tok masalah
yang aku hadapi.. kan dulu ku suspect kidney problem/ batu karang. ku masih ingat
wajah doktor yang merawat aku tu.. muka cam x bersalah kata ku ada masalah buah
pinggang , xpun suspect batu karang sebab ku punya urine ada positif darah. dah la
nama je klinik panel, tapi ku kena bayar harga ubat ngan kos makmal. mahal tau
paling mahal 66 inggit tau. terkekau kekau ku nak cari duit masa tu. dah la masa tu ku
hanya ada rm 20 je dalam purse. nasib baik abg ku boleh bank in duit dan dan tu
jugak.. thank you my dear brother. jasa mu tetap ku kenang. burn je la duit tu ek..
hihihi....

sebelum ni punya problem ialah urine positif darah semua pertikai kan mungkin sebab
darah period ku kemungkinan masih tertinggal di dinding rahim. yes is true physically
memang xde darah, ku dah suci dah boleh solat. tapi bile tengok secara microscopic
ada little bit kandungan darah. so thats why ku nak repeat test ni lagi, to make sure
that im free from kidney problem atau masalah batu karang. lagipun ku risau jugak
kalau ada masalah.. thats why sekarang ni mmg dok minum air masak. botol khas
2000ml ku beli supaya ku sentiasa minum air masak.. banyak minum, banyak kali la
ke toilet. kira air tu macam flush up everything yang tertinggal kat dinding rahim tu..
xpe2, penat penat la dok ulang alik ke toilet janji ku sihat dan bebas penyakit


ketiga : ni even yang ku tunggu tunggu nak g ke PESTA BUKU 2011 di PWTC (22/04/2011
hingga 1 Mei 2011). ku dah surevy, mmg banyak pengedar2 buku yang mengambil
bahagian. tema tok KLBF 2011 ialah BOOKS: WORLD WITHOUT BORDERS. memang
sesuai sangat tema nya, mmg buku adalah sumber pengetahuan dan ianya ialah dunia
tanpa sempadan.. sama macam internet la, sekali klik semua ada.. dan buku juga
begitu.

ku memang sengaja pilih nak g weekday as compared nak g weekend. weekday x ramai
sangat org, sebab ramai yg keje, kecuali org yg mengambil kesempatan macam aku.
tahun tahun lalu ku g time weekend, sangat sesak, rasa tension nak enjoy tengok buku..
semua nya dok bersesak2.. terlalu ramai org.. lagipun yang tahun tahun lepas KLBF
time cuti sekolah, that why ramai budak sekolah dah ibu bapa pun amik kesempatan
tok bawak anak2 berjalan ke PESTA BUKU. ku puji, satu inisiatif yang BAGUS!!......

tapi semua ni dok masih jadi kira2 lagi, ntah dah boleh kejar semua ke ntah... rasanya dok kat HQ PTPTN dah nak sampai tghari. tu kat Damansara.. then nak rushing ke Kg Baru pulak tu, check lagi mau petang... then tinggal skit masa je kat PESTA BUKU tu.. camner?


hahahh.... hidup kena bijak... pandai2 kan la urus masa tu..

~adios amigos~

wasalam

Thursday, April 7, 2011

Semangat Penghulu Segala Hari

Bismillahirahmanirahim... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Jumaat buat semua... ku pagi-pagi lagi dah bersemangat gosok jubah pink, tudung pink mandi berwangi wangian.. kan sunnah hari jumaat kena berwangi wangian... so semangat pun lain, walaupun ada keuzuran hari ni.. xpe, keuzuran yang dialami tu x menghalang niat aku untuk bersemangat hari ni... eerrrmmm.. minggu ni dah masuk jumaat minggu ke 3 aku keje kat Unit Data ni.. sejak minggu lepas aku mesti bz ngan dokumen data. tapi after siap report tok LLM, kira dah x bz la.. tapi aku x boleh la dok melenggung goyang kaki je.. aku buat je keje2 posmen (cop receive documen unit data) then teruskan keje GURU SEKOLAH ( check dokumen pakai pen merah).. banyak la jugak istilah2 baru yang ku cipta kat unit data ni.. keje2 posmen la, routine cikgu sekolah la then istilah signature SUPERMAN. xpe2, ku mmg happy keje kat sini (alhamdullilah, alhamdullilah, alhamdulillah) walau apa pun ku x lupa untuk terus bersyukur atau segala nikmat yang telah ALLAH kurniakan kepada ku.. YA ALLAH, ku bersyukur sangat keje kat sini. 1. sebab ni company org melayu, so tenaga kita x diperah sesuka hati, OT dibayar, insentif diberikan. 2. aku masih lagi boleh beribadat dengan tenang, tak terburu2, awal waktu plus tengah dok usaha mantapkan ibadah yang wajib dan juga tampal dengan ibadah2 sunat. semoga perkara ni terus menjadi amalan dan ku terus istiqamah. insyaallah, ku mohon kekuatan ALLAH untuk sentiasa bukakan hati ni, tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepadaNYA. akhir kalam, semoga hari2 yang ceria ni sentiasa berterusan dan semoga ALLAH melimpahkan perlindungan buat kita semua ~wasalam~

Thursday, March 31, 2011

Ya Allah Berikan Kami Kekuatan

Bismilllahirahmanirahim... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Kali ni kami adik beradik di uji dengan ujian yang Maha Hebat dan Maha Berat.. bukan kami saja, tapi mak saudara sepupu2 semua terlibat sama.. hati ni cukup terkilan dengan tindakan abah.. buat kitrg ni macam xde guna. macam kitrg adik beradik ni masih kecik lagi, suara pendapat tak boleh diterima pakai... teruk sangat ke kitrg ni sampai dibuat macam tu sekali... di belakang kan langsung.. suara pendapat kitrg langsung x diterima.. tindakan terburu buru tu yang buat kitrg lebih rasa terbuang.. dah la mak xde dah, kitrg rasa cam xde tempat bergantung langsung.. sanggup nekad tinggalkan kitrg semua semata2 nak hidup ngan PEREMPUAN tu. apa istimewa nya die. mak x sampai setahun pun pergi tinggalkan kami semua. SUNYI, yes aku akui sangat2 mmg sunyi, tapi aku wan abang ne semua still masih di rumah tu. x kemana2 pun. paling koman pun siang je la yang sunyi. malam kitrg still ada kat situ.. x pk ke jauh kitrg travel pergi balik keje semata2 dgn niat nak tgk dier hari2. masing masing rasa kekurangan, tapi bile balik rumah semua hilang penat lelah tu tengok wajah semua org.. rasa macam masuk dalam zon VACUM, dimana semua hygiene, anasir2 yg x baik semua tertinggal kat luar.... itu lah keberkatan rumah 16/5 tu. jangan ajar aku tok jadi anak yg jahat atau derhaka.. aku tau neraka tempat nya. x guna aku tunggang tonggek tapi akhirnya ke neraka atas sebab jadi anak yang derhaka.. nauzubillah.. tapi itu mungkin akan berlaku seandainya perkara ni berterusan berlaku.. abah x faham ke perasaan kita ni, kitrg semua x larang abah tok kawin lagi tapi carilah yang sepadan. yang xde tanggungan. tua skit pun xpe, anak2 dah besar. ni nak menanggung lagi 3 anak kecik dan umur pun masih muda.. last2 kena keje lagi.. abah bukan nya muda gagah pun. kudrat dah makin xde. kitrg semua bukan nak abah susah, lagi nak senang kan abah. tapi jika ni pilihan yang telah di pilih, kena hadap la.. jangan salahkan kami, andai kami semua xde uruskan apa2. kami ni jadi cam sampah tau, xde guna.. kalau nak hantaran ke apa2 ke, ni tangan yg sedang menaip ayat2 ni sedia tu menggubah nya. ingat aku ni x pandai apa2 ke.. ku jadi x tenang tok keje.. ni baru je aku galang keje tok check Data Bukit Jelutong, tapi tergantung sebab rasa unhappy la hari ni.. entah lah, rasa x nak balik rumah je.. tapi x boleh, ku sayangkan kenangan yg ada kat situ.. mak menghembuskan hela nafas yang terakhir pun kat situ... arwah akak pun urusan dunia terakhir nya di situ.. semua budak2 berpantang kat situ... susah senang kitrg masih kat rumah tu... YA ALLAH, tenangkan lah hati ni... x tau kat mana nak cerita.. nasi baik staff kat sini baik2 nak dgr cerita aku.. cik zack banyak dgr dan bagi pendapat.. abg zaha pulak bantah tindakan kami boikot.. k la, nak sambung buat keje... wasalam adios amigos sayonara

Saturday, March 19, 2011

Alhamdullilah

Bismillahirahmanirahim.... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Alhamdullilah, syukur pada segala kurniaan yang telah ALLAH kirimkan buat ku sekeluarga.. masuk hari ni dah minggu ke 3 dan minggu depan minggu ke 4 ku telah menemui kerja baru yang sesuai di hati..

kerja sebelum ni bukan tak syok tapi rasanya kurang sesuai dengan diri aku.. lagipun environment yang sangat stress buat aku x pk lama untuk terus berada di situ. dengan hati yang nekad, ku apply je keje ni dan alhamdullilah setelah menunggu tidak berapa lama (tapi hampir 2 bulan lebih gak) dan akhirnya aku berjaya mendapatkan pekerjaan ni..

tapi keseronokan itu ditambah dengan ujian dari ALLAH SWT, yang menduga kesabaran dan keimanan aku. masa medical check up untuk keje ni, di Pusat Rawatan Islam Al-Islam Kg Baru Kuala Lumpur; aku telah di sahkan mungkin mengalami sakit buah pinggang atau batu karang.. doktor suspek sesuatu yang tak kena dengan buah pinggang atau mungkin ada batu karang; berdasarkan ujian air kencing ku yang positif mengandungi kandungan darah..

lemah lutut ku bile dengar penerangan doktor.. Ye la selama ni ku rasakan diri ku sihat sejahtera . tekanan darah okey dan gula darah darah pun okey je tok medical check up tu. lagipun selama keje di HUKM Cheras, aku selalu gak uat rutine check up.. sebab check up medical tool memang available kat sana..

doktor bagi aku rehat dan suruh makan ubat yang dier bagi dan yang paling penting ku kena minum air masak banyak2. Ye lah, seingat aku: memang aku kurang minum air masak. sejak pemergian arwah mak, ku sering kali minum air teh.. sebab dulu minuman teh adalah kegemaran mak.. langsung dan boleh dikatakan jarang la nak dok minum air masak ni.. so my routine drink now is air masak.. oleh kerana itu, g keje sekarang pun beli air botol yang besar gile.. isipadu 2000 ml... kadang2 abis, kadang2 tinggal suku..


6 mac 2011 aku buat last check up dan alhamdullilah ku telah disahkan tiada masalah buah pinggang atau batu karang.. alhamdullilah, syukur pada ALLAH atas segala nikmat yang telah diberikan kepada aku. but now i take an action to beware with my health. risau pulak kalau ia berulang kembali..

secara tulusnya; ada hikmah kenapa ALLAH berikan ujian ini kepada aku. tok bagitau aku, jangan ingat dalam usia muda ni xde kena penyakit. sebab penyakit tu tak kenal usia, kalau x jaga kesihatan memang x sihat la jawab nya. Dan ujian ini buat ku dekat pada ALLAH, kalau tak aku sentiasa lupa tok doa tentang kesihatan diri ni. Dan jarang2 sekali buat solat taubat. dah dengar berita yang merisaukan, barulah nak buat solat taubat.. jangan ikut perangai aku tau!! kena sentiasa buat solat taubat... bak kata pepatah orang dulu dulu " dah terantuk, baru nak terngadah"


~wasalam~

Friday, January 21, 2011

kita sering mengeluh bile ia tiada, dan membazir jika ada

Bismillahirahmanirahim.... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Errrmmm.. aku tengah tunggu athan zuhur ni.. lagi 2 3 minit lagi athan la ni..

Ari ni pagi2 lagi bekalan air utama dah terputus.. ntah kat mana la paip yang terpecah kat kampung ni.. awal2 pagi abah dah kejut aku, kata air xde, cepat2 bangun.. hahaha, aku terus bangun mandi cepat2 kang xde air air susah.. air ada la setitik dua, selesai je amik wuduk, terus kering air tu..
ku dah la sakit perut je dari pagi ni.. pinggan kat dapur tu bertimbun2, x basuh2 lagi.. kain baju mmg extend esok la basuhnya, ari panas pulak.. wah, sebabun keluhan aku luahkan...
Eerrrmm sampai ke zuhur ni masih xde air lagi..

Terukkan manusia ni, bila air xde pelbagai keluhan keluarkan, kalau time ada air tu sampai membazir2.. sayang kat air tu.. sama la kalau letrik pulak xde... semua sumpah seranah kuar.. salahkan org tu la, salahkan org ni la.. dunia dunia, mmg x pernah cukup..

K la, ku doa semoga cepat la bekalan air ni ada balik, sian kat kami ni susah nak angkut air sana sini, tergendala kerja kerja umah.. banyak yg x setel lagi ni.. okey athan dah berkumandang.. nak g mandi dengan air yg ada, then solat..

K semua jom tunaikan solat, tegakkan tiang agama

~wasalam~