Monday, August 9, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Bismillahirahmanirahim..... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.....


"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa "( QS Al-Baqarah : 183 ).


anda semua nak jadi orang yang bertaqwa? berazam untuk jadi mukmin/mukminat sejati...? ucapkan lah selamat datang kepada bulan ramadhan yang mulia ini...

insyaallah, esok sekalian hamba Allah akan mula berpuasa.. bulan penuh kerahmatan datang lagi... tawaran ganjaran pahala yang berlipat kali ganda yang ALLAH tawarkan dan ianya mesti direbut kerana ia tiada di bulan2 lain kecuali bulan ramadhan yang mulia.. dituntut/ diwajibkan umat islam berpuasa menahan lapar dahaga, puasa semua anggota badan dan hati dari dicemari dari unsur2 yang tidak elok.. bulan ramdhan ini, dirantai semua iblis dan syaitan dari mengganggu manusia. supaya manusia terus menikmati dan khusyuk untuk beribadat kepada ALLAH Tuhan Yang Maha Satu..


ramadhan, bermula dengan amalan niat di malam hari, hidupkan dengan solat Tarawikh, memperbanyakkan membaca al-quran dan mendalami isi kandungan al-quran tersebut, rajin2 lah bangun solat qiamullail dan istiqamah kan lah amalan tersebut sepanjang hidup kita.. bersahur di hujung waktu kerana ia juga suatu sunnah Nabi Muhammad SAW.. siang hari pula, berkerja lah seperti biasa kerana kerja suatu ibadah kepada allah dan dijanjikan ganjaran pahala.. yang paling penting, solat 5 waktu jangan ditinggalkan.... kerana ia tiang agama


ku masih ingat lagi arwah mak selalu ingatkan kami masa kecik2... kata mak " puasa puasa la jugak, tapi solat jangan tinggal. sebab solat itu tiang agama... tiada gunanya puasa meletihkan badan siang hari, tapi solat tinggal.. mak cakap dimana nak disandarkan puasa itu andai tiada tiang (solat) yang boleh disandarkan".

itu la juga ayat yang aku ulang tok ingatkan husna dan nurul setiap kali mereka ni macam lambat2 kan solat. semoga kita semua juga teguh hati dan sentiasa istiqamah menunaikan tuntutan agama.


selamat beramal.. Ramadhan Kareem... ALLAHU AKRAM


wasalam

No comments:

Post a Comment