Syukur alhamdulillah...
masih lagi diberi kesempatan untuk melihat dunia untuk hari ini dan semoga diberikan kesempatan untuk hidup dihari akan datang..
lama nya dah x berblog di sini.. mencurahkan rasa hati tentang kehidupan.
Alhamdulillah.. kehidupan baru (hidup di tempat baru), status baru (isteri dan menantu), pengalaman baru (pengalaman manis 2019 in sya Allah...)
semoga istiqamah dalam amal ibadat dan kebajikan yang dilakukan sebagai hambaNya....
Nur Keindahan (Puteri Wardah)
Seorang gadis biasa yang berjanji pada diri untuk menjadi terbaik pada diri, mak ayah, keluarga, masyarakat, agama dan negara.. Merindui Kekasih ALLAH SWT dan Mencintai ALLAH dengan sepenuh hati... Impianku hanya satu, ingin berada di syurgaMU Ya ALLAH.. Semoga aku mendiami syurgaMu Ya Ilahi.... Masih belum menemui teman yang akan ditemani nya di syurga abadi.. Menantikan lelaki soleh yang akan menyunting diri ku sebagai penemannya di sana nanti..
Monday, December 3, 2018
Wednesday, May 25, 2016
Anak Anak Saham Akhirat
Bismillahirahmanirahim......
Jaga dan didik anak sebaik baiknya.. jangan dimarah anak sekerasnya2 anak itu jika dia buat salah, seharusnya ibu bapa perlu bagi tunjuk ajar dan teladan yang baik..
Penat mana pun, tension dan stress bagaimana yang kita hadapi di pejabat, jgn jadikan anak2 dirumah sebagai mangsa kemarahan kamu,
ini kerana, anak2 adalah tabungan dan pelaburan akhirat buat kita, kerana jika suatu hari nanti kita dijemput illahi, hanya doa dari anak anak yang mampu membantu kita di alam barzah.....

Berapa jam sangat kawan kawan, jiran jiran dan sanak saudara yang datang menziarahi di hari kematian kita yang akan menghadiahkan doa dan alfatihah buat kita, malah makin lama, makin die lupa pada kita
Akan tetapi, doa dari anak anak juga la yang setia sebagai saham untuk kita yang telah lama pergi walaupun anak itu soleh atau tidak, ingatan dan doa dari mereka tidak akan putus..
maka... didik la anak anak mu sebaik mungkin dan ingatkan mereka agar mendoakan kita di saat kita telah tiada dari dunia ini

Monday, March 28, 2016
AKu Rindu Pada Mak
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
hari ni hati rasa sayu dan sedih je.. runtuh hati ni bile sahabat ku Sepul a.k.a Wan Saiful Hassan share gambar ibunya terlantar di Hospital Sg Buloh kerana pelbagai komplikasi penyakit. Ibu sepul iaitu cikgu Nur Huda adalah cikgu matematik ku masa darjah 1. beliau la yang kenalkan aku 1 2 3 bukan cikgu masa tabika.
masa sekolah tabika perpaduan dulu aku satu haram jadah pun x kenal. datang tabika asyik nak main ngan kawan2 india, time rehat makan biskut cicah air milo. lpas tu balik tghari nak main jongkang jongket ngan buaian je.. balik rumah terkerok2 gatal kepala menggaru sebab ada kutu.. tu la main lagi ngan anak k*****g.. hahhahah kan dah dapat ubat...
cikgu nur huda dulu agak garang, aku selalu kena cubit kat lengan kalu salah jawab, x siap keje sekolah atau x pandai nak jawab soalan.. di tanya terus jadi batu, xpun menangis sampai bengkak mata ... aku la tu siapa ke lagi... tapi aku x penah nak bagitau arwah mak atau abah.. sebab tu mmg tanggungjawab cikgu kan..abah mak pun redha je anak nya kena cubit ke rotan ke (tu kan proses pembelajaran, jgn sampai melampau2 sudah la)... tapi syukur alhamdulillah, last2 aku pandai juga mengira dan mencongak macam sekarang..
mengikut kata sepul, doktor diagnose buah pinggang cikgu telah rosak dan die menghidap paru paru berkuman. dah 2 minggu lebih berulang alik ke hospital.. dan sejak ahad lalu dah 5 hari masuk wad.. Allahu Akbar... sedihnya rasa hati. x tergambar perasaan aku lihat wajah/ gambar yang sepul kirim.. dan dan air mata mengalir dengan deras.
aku pesan pada sepul supaya die sekeluarga banyak kan bersabar dengan Ujian Allah ini. banyakkan selawat dan berzikir, buat solat sunat hajat memohon pada Allah agar cikgu Nur Huda dikurniakan kesihatan yang baik dan sembuh seperti sedia kala..
dan aku pun, ptg tu hingga kini air mata bergenangkan bila teringkat arwah mak yang telah pergi hampir 6 tahun yang lalu.. tidak ada yang mampu menggantikan die dalam hati aku, adik beradik ku dan juga abah. tiada lagi peluk cium yang boleh ku lakukan untuk die. tiada lagi senda gurau dan gelak dr mak yang sering aku dengar.. mak suka gelak, diam2 die kat dapur pun die boleh gelak sorang2, apa ntah yang die gelakkan.
mak pergi tanpa pesan.... mak pergi xde sakit sakit terlantar pun. mak pergi senang sangat sebab die x nak susahkan anak anak die. dan kerana ALLAH MAHA KUASA, ALLAH MAHA MENGETAHUI nak kurangkan dosa kami adik beradik yang tentu akan mengeluh jaga mak sekiranya mak sakit terlantar.. YA ALLAH, sesungguhnya KAU mmg MAHA PENGASIH & MAHA PENYAYANG. aku mohon keampunan dariMU agar KAU ampun kan dosa kedua mak dan abah, kasihanilah kedua insan yang sangat berjasa kepada kami adik beradik..KAU kurniakanlah mereka SYURGA TANPA HISAB...

Monday, February 29, 2016
Jangan Menyerah Kalah..Kisah Manusia Biasa
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh semua....
Termotivasi dari luahan rasa & pengalaman Man Raja Lawak menerusi segmen #sepahtusinar pagi tadi. Man berkongsi tentang keperitan dan kesusahannya masuk audition program raja lawak. seawal raja lawak musim pertama lagi beliau mencuba sehingga musim kelima.
menurutnya, semasa audition macam2 pengalaman yang dirasai antaranya tunggu berjam2, akhirnya pihak crew suruh datang keesokkan pagi, tdo dalam kereta dan masjid, duit makan tinggal hanya cukup cukup makan sahaja.
beliau bernasib baik kerana memasuki peringkat kedua, beliau bersaing bersama bakal pelawak2 yang baru, dan akhirnya kecundang pada stage kedua. beliau mencuba dan terus mencuba. semangat kamikaze (berani ambil risiko) sentiasa ada dalam diri beliau.
Beliau sebelum ini bekerja sebagai posmen di Kuala Lumpur (Bangunan Daya Bumi - kalu x silap) sebelum di tugaskan ke Pej Pos Shah Alam. Kehidupan yang sederhana dan hanya mengharapkan gaji pada hujung bulan. Kehidupan yang sederhana bersama isteri dan anak menjadikan penguat semangat dalam diri Man untuk mengubah nasib diri.. setiap kali audition beliau sanggup ponteng kerja semata mata ingin memasuki program tersebut
Man juga pernah rasa putus asa kerana telah berkali kali gagal untuk menjadi 10 peserta akhir untuk Raja Lawak. Beliau biasa gagal pada stage ke2..
Pada audtion Raja Lawak Ke5, beliau nekad untuk menunjukkan potensi yang sebenarnya, walaupun perasaan gentar masih ada dan beliau bersedia sekiranya masih gagal untuk ke peringkat seterusnya.
Semasa pengumuman peserta akhir yang disampaikan oleh Aflin Shauki & Bob Lokman, beliau merasa beliau gagal dan redha dengan takdir yang telah ditetapkan.
Tetapi, kuasa dan perancangan Allah terbaik untuk kita semua mengatasi perancangan manusia. Man Terpilih ke peringkat akhir dan beliau berazam untuk berusaha bersungguh2 sehingga menjadi juara. dan akhirnya impian beliau tercapai. berkat azam doa dan semangat yang tidak pernah putus, akhirnya beliau dinobatkan sebagai Juara Raja Lawak Musim Ke5 dan merangkul wang tunai sebanyak RM100 000.00
nasihat beliau buat semua: Jangan Mudah Putus Asa seumpama kita mengali perigi, gali gali gali sehingga jumpa mata air (kejayaan), kerana jika kita tinggalkan apa yang kita gali itu, kemudian disambung oleh orang lain, tidak mustahil orang yang menggantikan galian kita itu hanya melakukan satu ketukan galian sahaja dan menjumpai mata air tersebut... errrmmm dalam juga maksudnya tu... fikir fikirkan lah...
apa apa pun jangan mudah putus asa.. usahalah sampai kita letih cuba dan cuba lagi.. dan tawakal pada allah.. mungkin apa yg kita cari itu tiada di dunia, tetapi allah telah sediakan "sesuatu" di SANA

Wednesday, February 3, 2016
#olabola
Bismillahirahmanirahim.....
Satu satunya filem yang mmg xde rasa nak tgk langsung sebb trailernya x best dan sorrounding filem retro zaman 70an - 80an, tapi akhirnya ada org tu kluar air mata kluar pintu panggung lepas tgk cerita ni... huhuhuhu...
filem ini berkisar mengenai semangat juang pasukan bola sepak kebangsaan bagi berusaha melayakkan diri ke Sukan Olimpik Moscow, Rusia pada 1980. antara pelakon utama filem ini ialah Bront Palare (Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem FFM 27), Muhd Luqman Hafiz (selfie dgn Khairy Jamaludin (KJ), Chee Jun Cherng (hensemnye), Low Sin Mun, Uncle Franke Lee (Pelakon The Journey) dan ramai lagi pelakon baru.
pelakon nye mmg 1 Malaysia (cina melayu india sikh) dan nama watak pun nama retro abu, ali, tauke, muthu dan nama2 lama.. paling aku salute ttg cerita ni ialah permandangan atau cinematografi yang sangat cantik pengambaran sekitar Sabah dan Bukit Broga.. cantik sgt la bagi aku yg x berapa nak seni sangat ni..
Tapi benarlah pendapat sesetengah orang bahawa bola sepak adalah permainan yang menyatukan semua bangsa dan kaum di Malaysia malah kita semua sanggup berhabis habisan untuk menonton perlawanan bola sepak. rasanya filem ni satu satunya filem mengenai pasukan bola sepak negara. yelah, mungkin akibat kekurangan maklumat atau pengetahuan, rasanya zaman ni penyerang utama bola sepak yang hebat ialah Allahyarham Mokhtar Dahari. kenapa watak tu xde ye... yang ada watak Datuk Soh Chin An adalah.. mungkin kehebatan Mokhtar Dahari muncul selepas zaman ni kot...
anyway, mmg terbaik la cerita ni.. banyak pengajaran dan semangat yang boleh diambil...
saya bagi 4 bintang.....

Tuesday, January 12, 2016
Selera Nak Makan Cheese Kek
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
aduh sedapnya cheese kek ni... rasa macam boleh habis 1 kek ni.. nampak enak dan menyelerakan..
x tau la kenapa semenjak dua menjak ni asyik nak rasa nak makan cheese kek je.. melting in my mouth..
teringat cheese yang di makan di sebuah hotel 5star di ibu negara beberapa tahun yang lalu.. antara cheese kek yang terbaik la rasanya.. perasaan nak cuba buat/masak sendiri tu membuak2 apa lagi setelah mengetahui bahawa kek di secret recipe tidak mendapat sijil halal..
jadinya belajar la buat sendiri... tunggu la hujung minggu ni..ramai tukang makan tu yg best nak buat.. klu rasa x best, tapi byk mulut, maka cepat la habisnya.. hihihi
okey la... in sha allah kalu rajin, aida akan kongsi kan resipinya kemudian.. cuba dulu, rasa dulu klu best baru share..
Wednesday, December 23, 2015
i'm back
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
fuh.. lama gile dah x menyibuk nyibuk kat sini...ntah apa la yang di sibukkan sampai x penah langsung nak tulis menulis kat sini kan.. sian si blog ni, sepi je.. hihhhih... paling ketara 2014 langsung x menulis
but at the end of dec 2015, baru nak tulis.. tu pun ntah apa apa la yang nak dikongsinya.. hahhahah
sebenarnya, bukan x sempat tapi selalu berfikir perkara apa yang bagus nak share kat sini.. kang cerita pasal politik kang, kata aku ni ahli politik plak..
tapi banyak la perkara yang berlaku dalam hidup sekeliling ni... dah kehidupan masih sama.. tapi tak tau la apa yang akan berlaku 5 tahun lagi..
sedar x sedar hanya tinggal beberapa hari je lagi nak masuk tahun baru. and the time is counting.. tik tok.. tik tok.. semakin menghampir tahun 2020... masuk 2020 umur aku dah 36 tahun.. huhuhu...hidup lagi ntah masa tu..
ada banyak kerisauan yang bersarang kat kepala ni.. ianya berkaitan dgn hidup ni..
aku harap sangat tahun 2016 adalah tahun bertuah pada aku... segala apa yang aku mohon, aku dapat.. kalu x dapat, semoga ALLAH berikan kesabaran yang tinggi buat aku.. semoga aku dapat lalui kehidupan 2016 sebaik mungkin... in sha allah
sekian, sehingga jumpa lagi

Subscribe to:
Posts (Atom)