Sunday, April 11, 2010

Isthikarah Ku

Bismillahirahmanirahim.... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


mesti semua tertanya2 kan dan excited kenapa aku namakan entri kali ini dengan tajuk Isthikarah Ku . errrmm sebab dalam masa 2 minggu ni aku dalam tempoh berpantang, tempoh berkabung tempoh menyendiri dan istilah-istilah yang sewaktu dengannya memohon petunjuk dan bantuan ALLAH SWT mengenai jodoh ku.

sebenarnya begini, aku kan halaqian, aku ada antar borang bait muslim kat halaqah.net. aku kan selalu datang time mereng2 ayam tu, mula la rasa kekurangan x kawin la apa la. then aku mengadu pada moderator halaqah.net iaitu UMMI MUNALIZA.. even masa g pasir gudang pun ku berkesempatan bertemu dan menziarahi UMMI di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.. sila rujuk entri lama ek (entri bulan Februari).. panjang bercerita dengan Ummi ttg jodoh ni.. Ummi suruh sabar dan banyak berdoa.. Ummi janji akan bantu mana yang mampu..


lepas balik dari pasir gudang, suatu petang jumaat, 26 Februari 2010. masa tu dah waktu nak balik dah, ummi call tanya aku, ada seorang lelaki ni nak berkenalan dengan aku, orang KL. ummi suruh berkenal2 dan berkawan2 saja dulu... aku on je.. then malam tu mamat tu telefon.. Namanya ku rahsia kan dulu ek, belum tiba masa matanya untuk ku expose/publish kan di sini.. kami berkenalan2 la.. dier keje sebagai traineer motivasi di sebuah syarikat di Kelana Jaya.. dier pun macam malu malu ayam je. aku pun malu2 ayam je..


dier minta adakan pertemuan tapi kalu boleh ikut syariat ku kena bawa mahram (saudara mara atau kawan2 perempuan atau pun pasangan yang amanah).. aku terfikir dalila ngan amin kat klang, qiah ngan abg emi kat sarawak.. camner nak bawak diorang.. try tanya si wan, tapi dier x nak.. mungkin dier x faham keadaan sesi taaruf ni.. lama jugak la kami silent, sebab masing2 kesibukan dengan keje, aku pulak ngan research..
nak dijadikan cerita, selepas ku balik dari USM penang, isnin tu aku ponteng.. hehehh as usual la, sakit perut. pagi isnin tu ummi mesej aku ngan mamat tu bertanya mengenai progress hubungan kami.. kedua dua kami berikan jawapan yang sama, x jumpa lagi sebab xde kesempatan dan dalam masa yang sama kalu boleh dier nak kami berjumpa dengan aku membawa mahram.. aku terus berfikir siapa yang boleh aku bawak.. dier berjanji tetap nak jumpa dengan aku jugak.. aku pun sama nak tengok orang nya macammana.. dier pun sibuk banyak hadiri kelas2 agama





last 2 week (saturday 3 April 2010), pagi2 dier dah call aku sebab nak tanya ku free x petang tu sebab ada kelas agama dier cancel saat akhir. so petang tu dier free la tapi aku pulak x free sebab nak drive mak abah ke ipoh tok hadiri ulangtahun perkahwinan jubli perak 50 tahun mak ngah jenab dengan pak ngah mahmuji.. parents dr lili suryani.. then aku cakap la next
week saturday aku aku di cheras, sebab ada FGD kat sukmaria, abis dalam kol 4 ptg.. so lepas tu free.. then dier setuju nanti dier call..
so last saturday, 10 april 2010 lepas balik FGD kitrang pun jumpa kat ppum.. aku x bawak sesiapa pun.. mmg salah la, tapi bagi aku kami jumpa di khalayak ramai, masa singkat je dalam 1 jam lebih.. so apa yang aku boleh cerita pasal dier ialah, aku kagum dengan pengetahuan agamanya, dan ciri2 tanggungjawab ada dalam dirinya.. kriteria2 yang Nabi Muhammad SAW gariskan dalam panduan mencari suami ada alam diri dier..


di akhir pertemuan kami, aku tegaskan yang perasaan aku masih kosong, dan ini adalah masa yang sesuai untuk kami masing2 buat solat isthikarah, mohon petunjuk ALLAH SWT. kami janji x berhubungan selama 2 minggu ni. xde mesej atau call.. 24 april 2010 masing2 akan bagitau apa jua keputusan yang ada.. so sekarang ni aku sedang dalam tempoh pantang dan buat solat isthikarah.. bagi aku semua yang aku lakukan semata mata kerana Allah bukan kerana dier. cuma dengan kehadiran dier sebagai asbab pendorong, penyokong untuk aku mendekatkan diri kepada ALLAH dan juga satu platform untuk aku mengubah diri menjadi insan/hamba yang solehah..


di sini aku selitkan sedikit maklumat mengenai solat istihkarah. sumber dari http://aferiza.wordpress.com/2007/08/23/sembahyang-istikharah/


Dari Saad Bin Abi Waqas r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda:Di antara kebahagian anak Adam ialah Solat Istikharah daripada Allah Taala dalam segala urusannya . (Hadis 146 Mastika Hadis Jilid 2)

Sembahyang istikharah ialah sembahyang untuk meminta perkhabaran, petunjuk dalam memilih umpamanya antara dua kerja.Hanya boleh beristikharah untuk benda yang harus sahaja. Benda yang sememangnya haram atau wajib tidak dibenarkan.

Dalam hadis yang lain:--Tidakkan menyesal orang yang beristikharahSabda Nabi:”Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat”(HR.Thabrani).- Kalau sudah beristikharah dan Allah dorong untuk melakukan sesuatu (cenderung kepada sesuatu), mestilah patuh.

Bila?
Solat Istikharah boleh dilakukan sama ada siang atau malam, terutamanya bila hati terasa tenang.

Berapa lama?
Buatlah sehingga 5 atau 7 malam. InshaAllah diberi petunjuk. (tidak semestinya melalui mimpi)

Cara beristikharah:
Istikharah digalakkan berdasarkan hadis Jabir yang menyebut, “Rasulullah saw mengajar kami beristikharah pada semua perkara sebagaimana baginda mengajar satu surah daripada Al-Quran.” (Hadis 147 Mastika Hadis Jilid 2). Kemudian hendaklah ia berdoa dengan membaca:

Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib. Wahai tuhanku sekiranya / engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMu.

dan ini pula doa untuk solat isthikarah.. dalam doa ku, aku bertanya pada allah. " Ya ALLAH, adakah SI Dia adalah suami terbaik yang KAU kirimkan untuk aku, bagi membantu aku membimbing aku ke arah jalan kebenaran dan membimbing aku mencapai cinta mu yang abadi..
Engkau lah yang Maha Mengetahui setiap segala rahsia, maka aku pohon agar KAU berikan aku petunjuk agar aku membuat keputusan yang tepat, ku berserah sepenuh hati YA ALLAH akan segala keputusan yang KAU berikan kerana aku tahun segala yang KAU kirimkan buat ku adalah YANG TERBAIK DARI MU WAHAI ALLAH TUHAN SEMESTA ALAM"



setakat 2 malam ini, aku rasa tenang sangat setelah ku dapat meluahkan segala rasa isi hati ni pada allah.. ku mulakan dengan solat tahjud walaupun pada pukul 5 pagi ku bangun, aku nak istiqamahkan amalam ini, biar berterusan, pada awalnya biarlah ku buat pukul 5 pagi ni janji ku buat berterusan.. benarlah kata orang2 alim, semakin kita dekat pada ALLAH, semakin rasa cinta itu.. tapi jika kita lari dari ALLAH, maka tidak pulak ALLAH lari dari kita..
ku mohon agar setiap apa yang ku lakukan ini mendapat hikmah dan manfaat yang besar pahalanya.. semoga aku menjadi insan solehah.. aku menyesal atas segala dosa2 aku yang telah lama dan berjanji x kan ulangi kekhilafan yang ku lakukan dulu.. dan semoga ada pelangi indah yang menanti ku di hujung jambatan jodoh ini. dan semoga si dia yang menanti ku adalah yang terbaik buat diri ku dan menerima aku seadanya dan aku telah berjanji pada diri ku sendiri dan berjanji pada ILLAHI yang aku mahu menjadi insan/hamba, anak , isteri dan ibu yang solehah.. dan aku berjanji dan berusaha untuk menjadi peneman suamiku di syurga nanti... PERKENANKAN LA WAHAI ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..
sekian, wasalam

2 comments:

  1. Amin. Semoga berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  2. Salam kenal dari kak zura,

    Betul apa yg norsaidah buat, dulu akak pun cmtu gak. Cuba buat solat istikharah, Insyallah kalau kita sabar dan yakin akan jodoh kita.
    Pasti Allah beri petunjuk, Jodoh pasti datang cuma lambat dan cepat je...
    annisnazura.blogspot.com

    ReplyDelete