Saturday, June 1, 2013

Warga HASILian (1 April - 20 Mei 2013)


Seronok gile keje kat LHDN Klang ni.. lagipun last kat  HUKM la aku keje pejabat. kat gutrie mmg la macam opis, tapi suasana nya lain. lebih kepada operasi highway. sentiasa bz ngan interkom, lalu lintas dan macam macam lagi..

Bertugas sebagai pembantu tadbir penaksiran G21 sambilan di tgkt 15. pagi2 dah berebut lif, sebab x nak punch card merah. tapi xpe, admin dah faham situasi lif, maka flexible time dibenarkan dan sesiapa yg lewat datang kena ganti hari itu juga. cthnya masuk pukul 8.07 pg so balik 5.07 ptg la..

lepas punch card, biasanya aku on pc then buka surat khabar. Tegur Khai, kak midah dan kak syam. kalau x sarapan lg, aku akan sarapan ngan kak midah,kak ton, kak mai ngan kak syam kat pantry, kalau dah sarapan aku continue baca paper sampai pukul 830 pgi.... dalam masa aku membaca tu la, khai akan bagi salam kat aku dan tanya apa cerita panas ari ni.. mmg la sebab masa ketika itu, dah nak PRU 13, so cerita pasal politik la bnyak
kak Maisarah & kak Midah

kak ton & kak syam
Rein & Khai


lepas abis baca paper, apa lagi menghadap fail PC la..tgk lejar, buat TP, amik tindakan CP38 atau XC5... yang fail yg ada SPC tu mmg aku kiv. tapi keje aku ni banyak mngacau si Khai.. masa awal2 mmg malu gile nak tanya ngan Khai, tapi dah lama lama tu xde makna nya nk malu malu.. awal2 aida khai tapi akhirnya aku kau aku kau je... tu yg start kitrg 1 kepala tu...

tapi start kitrg jadi kawan yg rapat, dalam pukul 2.30 ke 315 ptg, masa tu mesti kedua dua makhluk ni akan diam. nak tau kenapa kitrg diam, sebab mengantuk. proses penghadaman makanan tghari, so oksigen semua ke perut, so mata pun ngantuk la. ada sekali tu aku mengantuk sampai tahap cipanzi, aku pun email pantun kat khai... Si khai yg sengal pun menjawab pantun tu.. last2 dua dua sengal... 

tibe time nak bercerita tu, sampai byk fail PC yg tak buat., lagi2 kalau hari jumaat, hari paling enjoy je. keje x buat sgt, tapi asyik la makan je. part kutuk org kelantan tu yg seronok tu.. sampai nak buat filem ABBK. aku ngan Khai je yg tau apa maksudnya. 

1 perkara yg aku paling suka keje kat sini ialah terdapat xtvt pengisian rohani. ada tazkirah, ada kelas mengaji alquran, kelas fardu ain dan solat berjemaah.. ini la yg septutnya ada di setiap organisasi, keje adalah ibadat dan organisasi akan berjaya jika setiap org menunaikan amanah dan tanggungjawab tanpa meninggalkan tugas hakiki kita sebagai hamba ALLAH. masa kat hukm pun ada suasana macam tu, berebut2 masing2 kunci pintu bilik bila azan berkumandang dan berbondong2 ke surau.. Ya ALLAH, seronoknya.. aku rindu situasi itu..

uhkuwah yang terbina walaupun singkat menyuburkan iman di dalam dada ini. banyak tunjuk ajar yang diberikan dan menjadikan ia suatu pengalaman yg baru buat aku. aku yg x pandai sagt akaun, sekurang2nya berjaya buat akaun dengan bantuan kalian semua.. aku seronok sgt, sedih untuk get away dari tempat itu, tapi apakan daya, ALLAH telah menetapkan perjalanan ku begini.. In sha ALLAH, kita akan jumpa lagi...

adila, khai, helmi, rein, kak ana, iera, aku, kak ton, kak ina dan pjot
salam sayang buat semua warga LHDN Klang terutama staff  Unit Pungutan Tgkt 15. syukur sgt kerana en idris (ketua unit) yang sangat memahami situasi kami yang keje sambilan ni. en idris sagt menggalakkan aku untuk kerja di MARDI....

UNIT PUNGUTAN GANJIL, LHDN KLANG

~ bertemu kerana ALLAH, berpisah jua kerana ALLAH~

No comments:

Post a Comment