Sunday, February 14, 2010

Selamat Menempuh Alam Perkahwinan







Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum wbkth....






"Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertaqwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi"
Hadis riwayat Al-Baihaqi r.a daripada Rasullulah SAW.




Perkahwinan adalah sesuatu yang dituntut bagi setiap anak adam yang telah cukup umurnya.


Antara hikmah perkahwinan ialah memperbanyakkan zuriat keturunan yang beriman dan bertakwa bagi menjalankan tanggung jawab sebagai khalifah allah bagi memakmurkan muka bumi ini. selain itu, ia juga memelihara maruah seseorang wanita.



Sabda rasullullah saw yang bermaksud " Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berumah tangga, hendaklah ia berkahwin, kerana dengan berbuat demikian dapat menundukkan penglihatan dan memelihara kehormatannya. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah ia berpuasa, justeru puasa itu dapat mengekang keinginan batiniah (nafsu Syahwat)."





Perkahwinan mengajar kita erti perkongsian hidup, saling memahami pasangan masing-masing, jalankan amanah dan tanggungjawab. Ia juga sebagai platform bagi mencapai syurga abadi ALLAH swt. Cinta kepada suami datang selepas Cinta kepada ALLAH dan Cinta kepada Nabi Muhammad SAW.
Cinta pertama di muka bumi ini bermula dengan kewujudan adam daripada tanah, kemudian ALLAH ciptakan Hawa dari rusuk Adam... dicipta untuk dilindungi bukan untuk dikasari. dari pasangan adam dan hawa lahirlah Qabil dan Habil seterusnya berkembang biak sampai sekarang ni. penciptaan Adam dan Hawa bukti Kebesaran Allah yang tiada tandingannya..
Keluarga merupakan unit asas pembentukan sesuatu masyarakat. Keluarga yang harmoni bahagia akan menjamin kestabilan masyrakat dengan melahirkan pemimpin masyarkat yang akhirnya dapat memakmurkan bumi allah ini. Keluarga yang bahagia dengan anak anak yang soleh solehah dapat melahirkan generasi hebat dan seterusnya dapat menegakkan segala tuntutan syariat islamiah. Semoga Islam akan terus gemilang seperti Zaman Kegemilangan Islam di bawah pimpinan Agung Nabi Muhammad SAW dan juga Amirull mukminin terbilang dulu..
buat saudara ku Eirwani Binti Romsani dan suami tercinta Mohd Awalludin, selamat menempuh dunia baru.. sama samalah mengharungi alam tersebut dengan penuh kerahmatan dan kesabaran. bersabar dengan apa juga ujian dariNya.. semoga kalian menjadi insan yang bertaqwa dan beriman kepada Pencinta Yang Maha Agung.. Tiada cinta yang Agung selain dari CINTA ALLAH dan CINTA RASUL..

No comments:

Post a Comment