Sunday, February 21, 2010

Syurga Rumahtangga

Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum wbkth.....

Untuk dikongsi bersama, sebuah puisi nukilan daripada En. Pahrol Mohd Juoi dalam bukunya "TENTANG CINTA".


SYURGA RUMAHTANGGA

Syurga rumahtangga itu fitrah hati
Naluri nurani yang pinta di isi
Kerana si dara rela diperisteri
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Masing-masing membawa harapan
Agar terbinalah rumahtangga penjana kebahagian

Matlamat yang satu, tapi jalannya berliku
Destinasi sama, keadahnya berbeza
Laluan bersimpang siurlah jalan ke sana
Pelbagai jalan menimbulkan dilema
Mencari yang jitu mengundang keliru

Binalah rumahtangga di tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat
Suami pemimpin arah tujuan
Isteri pembantu sepanjang jalan
Lalu mulakankanlah kembara berdua
Kerna dan untuk...... ALLAH jua
Di tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan, Islam itu jalan
Tempat rujukan segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
Rumah jadi sambungan madrasah
Berputiklah rahmah, berbuahlah ulfah



Inilah kunci kebahagian rumahtangga
Setia dan penyayang seorang suami
Cinta dan Kasih seorang isteri
Lalu berbuahlah:
Mahmudah demi mahmudah
Yang melahirkan zuriat
Yang Soleh dan Solehah!!!
































Saturday, February 20, 2010

Hujung Minggu Yang Merehatkan Minda

Bismillahirahmanirahim.... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

Selamat berhujung minggu buat semua... Ramai di antara kita yang mengambil kesempatan untuk sambung cuti selama seminggu sempena dengan perayaan Tahun Baru Cina minggu lepas... Banyak sekolah dan syarikat2 yang mengizinkan budak2 sekolah, cikgu dan pekerja-pekerja mereka cuti rehat selama seminggu...


Dan ramai juga yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan pertunangan dan pernikahan sempena cuti panjang ini. Sepanjang minggu lepas, kurang traffic jem kat jalan raya.. perjalanan ku pergi balik keje Cheras-Kuala Selangor agak lancar... Stuck kat jalan skit2 kira okey la.. biasanya terhenti kat jalan agak lama, tapi minggu lepas okey je.. tapi tengok la start ari ni, dan esok isnin, mesti jalan pack giler... so aku kena amik plan B atau C la untuk menempuh jalan yang agak sesak.. Tapi Alah Bisa Tegal Biasa.....

errrrrrmmmm... cuti cuti begini selain g kenduri kawin, atau kenduri kenduri yang sewaktu dengannya ramai juga yang amik kesempatan untuk menghabiskan cuti bersama keluarga.. inilah kesempatan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan bersama keluarga... bawak anak-anak yang bercuti sekolah ini pergi berkelah, gi mandi manda kat taman tema... ianya satu aktiviti yang elok... bagi mereka yang jarang bersama, kesempatan ini harus digunakan sebaik2nya untuk mengukuhkan hubungan silaturahim... antara keluarga, sanak saudara, jiran-jiran masyrakat dan sebagainya..
gambar gambar yang ku selitkan ini hanya hiasan semata2.. antara aktiviti yang sering kita lakukan waktu hujung hujung minggu ni.. semua aktiviti ini fokusnya untuk menghilangkan segala tekanan yang dihadapi di tempat kerja.. bagi mereka yang kuat bekerja 24, 7 asyik keje je, change ur mind set.. kesian kan badan anda.. g la istirehat.. badan, rohani dan jasmani kita juga perlukan rehat yang secukupnya.. bawak2 g shopping ke, g spa ke, g mandi pantai ke... kan best aktiviti2 camtu... cukuplah 5 hari kita berhempas pulas bekerja.. apa jua kedudukan jawatan kita di opis, betapa berat tanggungjawab kita.. jangan la kita lupa untuk bersyukur pada ALLAH atas segala kurniaan dan nikmat yang diberikan pada kita.. solat, berziarah berzakat antara amalan yang digesa untuk kita amalkan.. supaya rezeki yang kita lakukan sentiasa mendapat keberkatan ALLAH..
Pada suatu hari, Abu Talhah datang menemui Rasulullah SAW dan berkata " Wahai Rasulullah, ALLAH SWT telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud: Kamu tidak sesekali akan mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan sesungguhnya ALLAH mengetahuinya". (Surah Ali Imran: 92)






Buat semua, selamat berhujung minggu.. gunakan peluang cuti ni sebaik2nya dengan pelbagai kerja yang berfaedah... semoga selamat di jalanraya.. ingat malang x berbau.. sama cam apa yang aku alami semalam di puncak alam... tengah2 syok memandu tetiba ada lori 1 tan kat depan ku terus patah corner, buat u-turn tetiba... ku gelabah bomba.. nasib baik sempat mengelak.. kalu x, mungkin cik kelisa ku cedera parah.. dan ku mungkin di hospital atau dah xde nauzubillah..
akhir kalam, Berhati-hati dijalan raya... rasanya ari ni peratusan kereta di jalan raya sangat tinggi dan keberangkalian untuk berlakunya kemalangan adalah tinggi.... sayangi la keluarga anda... jangan biarkan mereka menangisi permergian anda.. jangan wariskan mereka dengan kesedihan atas permergian anda.. mereka masih memerlukan anda....
wasalam....

Thursday, February 18, 2010

Buku : Riwayat Bidadari Syurga







Bismillahirahmanirahim..



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....


Semalam ku ke Shah Alam.. seperti biasa la ku bukan boleh ada duit pasti buku yang akan ku beli.. ku singgah di kedai buku agama di kompleks PKNS....setelah belek punya belek, ku terpandang 1 buku tentang bidadari syurga.. Wanita wanita terhebat dan seharusnya sifat dan ketegasan mereka jadi contoh panduan buat kita semua..


Sebuah buku yang bertajuk : Riwayat Bidadari Syurga tulisan Munif Ahmad terbitan Hijjaz Record Publishing yang berharga rm 25.oo telah menarik minat aku untuk ku memiliknya. Apa yang menariknya buku ini ianya menghimpunkan seramai 32 wanita penghuni syurga yang diuji allah dan mereka menghadapi setiap ujian allah dengan hati yang redha..

Antara kisah yang dipaparkan oleh penulis ialah Hikayat Adam dan Hawa, Lagenda Cinta Khadijah R.A, Fitnah Aisyah Dibela ALLAH, Zainab Binti Rasullullah SAW Di Antara Dua Cinta, Singgahsana Balqis, Asiah Ratu Syahadah di Mahligai Firaun, Syurga Menanti Sumayyah Sekeluarga dan banyak lagi kisah wanita2 yang Allah jadikan syurga abadi buatnya.....

Selain dari kisah yang dipaparkan, diselitkan juga lirik2 lagu yang telah dihasilkan dan dinyanyikan oleh kumpulan2 nasyid seperti Hijjaz dengan Sumayyah, UNIC dengan Ainul Mardiah, Zinnirah, Mestica dengan Zainab Diantara Dua Cinta,In-Team dengan Rabiatul Adawiyah dan Siti Khadijah serta ramai lagi... Seindah bait-bait lirik lagu dari kumpulan ini, sehebat itu juga dugaan dan cabaran Wanita-wanita syurga ini memperjuangkan kalimah Allah dan juga menjadi penguat di sebalik Amirul Mukminin yang berjuang kerana ALLAH...

Ada juga diselitkan ayat-ayat Alquran yang menjadi sumber rujukan utama buku ini.. Ayat-ayat Al-Quran ini memperjelaskan lagi perjalanan kisah hidup mereka dimana setiap kisah ini telah Allah paparkan kisahnya di dalam Al-Quran nur karim...


Seruan ku buat semua, hiasilah diri kita dengan sifat-sifat dan ketokohan yang ada pada setiap bidadari penghuni syurga ini... ku pinjam ayat editor di belakang buku ini, katanya Dalam kelembutan hati, ada tegas yang tidak bisa digugah.. dalam kehalusan jemari, tergenggam utuh janji abadi pada yang Esa.....

Subhannallah, rasa insaf dan terusik dengan ketabahan ketegasan wanita wanita syurga ini..impian ku, cinta ini hanya untuk ALLAH dan Rasul kemudian pada Lelaki terbaik yang bakal ALLAH kurniakan Buatku ( masih menunggu kehadiran zauj)... semoga kita semua tergolong di dalam penghuni syurga yang kekal abadi.... amin


akhir kalam, jadikan lah dunia ini platform untuk mencapai kebahagiaan di syurga abadi..
"kamu boleh biarkan dunia berdiri dihadapan pintu hati mu. tetapi jangan sekali kali biarkan iamasuk, kerana dunia tidak membawa kehormatan bagi kamu"- Syeikh Abdul Kadir Jailani

wasalam....

Sunday, February 14, 2010

Selamat Menempuh Alam Perkahwinan







Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum wbkth....






"Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertaqwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi"
Hadis riwayat Al-Baihaqi r.a daripada Rasullulah SAW.




Perkahwinan adalah sesuatu yang dituntut bagi setiap anak adam yang telah cukup umurnya.


Antara hikmah perkahwinan ialah memperbanyakkan zuriat keturunan yang beriman dan bertakwa bagi menjalankan tanggung jawab sebagai khalifah allah bagi memakmurkan muka bumi ini. selain itu, ia juga memelihara maruah seseorang wanita.



Sabda rasullullah saw yang bermaksud " Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berumah tangga, hendaklah ia berkahwin, kerana dengan berbuat demikian dapat menundukkan penglihatan dan memelihara kehormatannya. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah ia berpuasa, justeru puasa itu dapat mengekang keinginan batiniah (nafsu Syahwat)."





Perkahwinan mengajar kita erti perkongsian hidup, saling memahami pasangan masing-masing, jalankan amanah dan tanggungjawab. Ia juga sebagai platform bagi mencapai syurga abadi ALLAH swt. Cinta kepada suami datang selepas Cinta kepada ALLAH dan Cinta kepada Nabi Muhammad SAW.
Cinta pertama di muka bumi ini bermula dengan kewujudan adam daripada tanah, kemudian ALLAH ciptakan Hawa dari rusuk Adam... dicipta untuk dilindungi bukan untuk dikasari. dari pasangan adam dan hawa lahirlah Qabil dan Habil seterusnya berkembang biak sampai sekarang ni. penciptaan Adam dan Hawa bukti Kebesaran Allah yang tiada tandingannya..
Keluarga merupakan unit asas pembentukan sesuatu masyarakat. Keluarga yang harmoni bahagia akan menjamin kestabilan masyrakat dengan melahirkan pemimpin masyarkat yang akhirnya dapat memakmurkan bumi allah ini. Keluarga yang bahagia dengan anak anak yang soleh solehah dapat melahirkan generasi hebat dan seterusnya dapat menegakkan segala tuntutan syariat islamiah. Semoga Islam akan terus gemilang seperti Zaman Kegemilangan Islam di bawah pimpinan Agung Nabi Muhammad SAW dan juga Amirull mukminin terbilang dulu..
buat saudara ku Eirwani Binti Romsani dan suami tercinta Mohd Awalludin, selamat menempuh dunia baru.. sama samalah mengharungi alam tersebut dengan penuh kerahmatan dan kesabaran. bersabar dengan apa juga ujian dariNya.. semoga kalian menjadi insan yang bertaqwa dan beriman kepada Pencinta Yang Maha Agung.. Tiada cinta yang Agung selain dari CINTA ALLAH dan CINTA RASUL..

Ukhuwah Persahabatan Demi Allah







Bismillahirahmanirahim...
assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....


"Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada disisimu ketika susah dan senang. Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikkanmu, sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu" hadis riwayat Saidina Ali Karamalahuwajhah.


Inilah hikmah persahabatan. Persahabatan demi allah. Siapa sangka dunia insan yang hanya berhubungan di alam maya dengan menjaga batas2 perhubungan... perkongsian ilmu menjadikan hubungan ini lebih rapat.. saling hormat menghormati dan nasihat menasihati di jadikan prinsip asas perhubungan...
lepas balik malaysia, perhubungan masih diteruskan... tak loss contact, even setiap majlis yang besar seperti majlis perkahwinan di jemput hadir.. demi persahabatan ini, jauh destinasi tidak menjadi masalah....
persahabatan ini akan diteruskan sehingga ke akhir hayat..setiap permasalahan kegembiraan dikongsi bersama...... akan ku korbankan apa sahaja untuk menjaga persahabatan ini.. Ya Allah, kuatkanlah hubungan persahabatan ini semoga mendapat keberkatan dariMu Ya ALLAH

Saturday, February 13, 2010

KITA BERTANYA DAN AL-QURAN MENJAWAB

ku dapat email ni dari seorang rakan so ku just copy and paste di sini.. minta izin pada penulis asal... semua ini untuk renungan kita bersama.. banyak jugak ayat2 allah jadi peringatan terhebat buat diri ku ini..

JANGAN MENGELUH

Kita selalu bertanya..... dan AL-QURAN sudah menjawabnya


KITA BERTANYA: KENAPA AKU DI UJI?

QURAN MENJAWAB:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mereka mengatakan; "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengertahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"
Surah Al-Ankabut ayat 2-3.


KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB:
"Allah tidak membebani seseorang itumelainkan sesuai dengan kesanggupannya"
Surah AL-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB:
"Jangan lah kamu bersikap lemah, dan jangan la kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman"
Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB:
"Wahai orang-orang yang beriman! bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan, dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)"

QURAN JUGA MENJAWAB:
"Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB:
"Sesungguhnya ALLAH telah membeli dari parng-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka"
Surah At-Taubat ayat 111


KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB:
"Cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada TUHAN selain dariNya. Hanya kepadaNYA aku bertawakal"
Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERTANYA: AKU TAK DAPAT TAHAN DENGAN UJIAN INI!!

QURAN MENJAWAB:
".. dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesunggunya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir"
Surah Yusuf ayat 12.

Friday, February 12, 2010

Pencegahan Awal Menyelamatkan Nyawa







Assalamualaikum warahmatullahirawabarakatuh...
salam sejahtera buat semua...
nak tau kenapa aku sengaja publish kan image2 penyakit seperti di atas....? kali ini ku ingin kongsikan tentang bahayanya jika kita x uat pencegahan awal bagi apa jua penyakit... jika kita rasa kita x sihat, lebih elok awal2 lagi kita rujuk ke hospital kerana dengan kecanggihan teknologi terkini, kita dapat kesan sebarang perubahan yang ada.. contohnya, mamogram adalah teknik terkini yang boleh mencegah ketumbuhan kanser payudara.. banyak pihak2 yang bertanggungjawab telah menyediakan kemudahan dengan harga yang berpatutan. skim mamogram juga boleh dipohon bagi warga negara Malaysia yang berumur 35 tahun ke atas, bagi mengesan awal kehadiran sebarang ketumbuhan di payudara. begitu juga dengan pelbagai penyakit lain..
kita sebagai manusia tidak boleh lahir dari di uji dengan pelbagai sakit.. ingat la kata2 ALLAH dalam surah An-Asr Ayat 1-3 yang bermaksud "Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran"
sebagai manusia kita kena ingat 5 perkara ini akan terjadi sebelum 5 perkara lain terjadi:
1) sihat sebelum sakit
2) muda sebelum tua
3) kaya sebelum miskin
4) lapang sebelum sibuk
5) hidup sebelum mati
cuba kita amati seimbas lalu, penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung lemah adalah penyakit biasa yang memang akan dihinggapi oleh manusia masa kini. ini kerana cara hidup kita masa kini yang lebih kepada kesibukan bekerja, pengambilan makanan berlemak dan bergula secara berlebihan, merokok, kurang aktiviti riadah dan kurang bersenam.. oleh kerana faktor2 ini yang akan menyumbang untuk penyakit2 tersebut terus mendiami badan kita sebagai parasit dan akhirnya merosakkan sistem badan kita sendiri. ramai antara kita yang endah x endah tentang bahaya penyakit2 ini. ada yang sengaja pendamkan sakit yang mereka hadapi.. mereka hanya fikir sakit tu sikit je... akhirnya tanpa disedari sakit yang sikit2 tu melarat dan jadi teruk...
dalam keluarga ku kencing manis dan darah tinggi tu mmg dah dihidapi sejak turun temurun lagi.. so kami pun adik beradik kena berjaga2 la... faktor keturunan adalah faktor pembantu tok dapat penyakit ini.
1 orang spupu lelaki ku telah mengalami penyakit stroke akibat daripada keaktifan menjadi perokok tegar. sudah ditegur pelbagai kali, akan tetapi masih juga tidak kurang atau berhenti merokok.. akhirnya 1 pagi ketika bersiap2 untuk pergi kerja, rokok menjadi sarapan pagi utama...tiba2 separuh badan kanan nya gagal berfungsi...dier jatuh ke lantai dan kepalanya terhantuk ke lantai.. kecoh satu keluarganya yang juga sedang bersiap2 untuk bersarapan pagi...
dikejarkan ke Pusat Perubatan UM dan doktor sahkan ia mengalami angin ahmar. separuh bahagian kanan nya tidak berfungsi.. mulut nya herot ke kanan dan sukar untuk bercakap. ketika itu, dier lebih banyak meracau2.. asyik bercerita tentang kedatangan arwah mak nya.. memanggilnya pulang.. abah sapukan air penawar dari seorang ustaz supaya ia sedar dari gangguan iblis dan syaitan. abah juga berpesan agar berhenti merokok dan harap agar peristiwa ini jadi pengajaran buatnya. allah beri peluang kehidupan buatnya.. dimana dier telah menjalani fisiotheraphy, acupunture bagi meransang saraf2 nya terus berfungsi.alhamdullilah kini, abang sepupu ku boleh berjalan semula.. dan boleh bekerja seperti dulu.. dan ia x menyentuh rokok yang lebih membakar diri nya
di waktu ini, kakak sepupuku pula sedang menderita bengkak di bahagian buah dada nya.. dier sendiri sedar sejak bulan puasa yang lalu kira kira 6 bulan yang lalu.. akan tetapi dia hanya pendamkan sahaja. sehinggala minggu lepas, bengkak itu dah ketara dan sangat besar umpama betik yang ranum masaknya.. kak yong suruh mak datang tengok dier. mak dengan kak yong mmg rapat... mak juga sebagai tempat kak yong menumpang kasih selepas pemergian arwah ibunya (mak lang ku) kira kira 4 tahun yang lalu. masa mak tgk tu mak terkejut sangat. mak cakap kak yong dapat kanser payudara. so kami adik beradik ni bergegas ke rumah kak yong untuk tengok keadaanya... sperti apa yang ku perhatikan, mmg benar kata mak.. payudara kak yong membengkak dan merah.. ketika itu ku pujuk kak yong untuk ke hospital sebelum melarat.. x boleh disimpan lebih lama lagi. tapi kak yong menolak sebab dier sedang berubat cara kampung..
ku kehilangan kata2 untuk memujuknya ke hospital.. mak hanya letakkan asam jawa di kawasan yang bengkak agar surut bengkaknya..
2 hari selepas itu, kak yong di kejarkan ke hospital tengku ampuan rahimah klang bagi pemeriksaan lanjut dan ditahan 1 malam. menurut kata doktor sakitnya dah melarat. doktor amik sampel darah dan isi yang ada dalam bengkak tu. then kak yong minta balik umah doktor benarkan... sekarang ni kak yong sedang berehat di rumah adikknya(kak sepupu ku juga).
ini lah padahnya jika simpan penyakit tu, x mau berubat..mungkin kak yong terlupa dengan kisah arwah kakak ku yang dah meninggal dunia akibat tidak berapa prihatin dengan kesihatan diri lagi2 tengah mengandung... kakak ku telah di jemput ilahi seawal usia 34 tahun ketika sedang 7 bulan mengandungkan anak keduanya. menurut arwah kakak ku, ia telah di sengat dengan binatang berbisa, tapi diamkan setelah 2 hari racun ku di simpan, baru nak bawak hospital.. susah nya sebab kakak ku ni pendiam orangnya.
oleh itu semua, jika anda rasa anda x sihat.. bawak2 la pergi ke hospital untuk rawatan lanjut.. ingat kata2 orang tua... mencegah lebih baik dari merawat..
sekian, wasalam

Kehidupan Bagai Sebuah Perjalanan (continue)
















assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....

bismillahirahmanirahim.. ku mulakan setiap pekerjaanku dengan menyebut nama ALLAH Tuhan Yang Maha Esa

nak continue entry malam tadi.. kali ni lebih menarik la sebab ku akan upload pic sekali.. tapi kamera ku tak kualiti sangat pic nya.....
kat sini ku kongsikan kan beberapa maklumat perjalanan yang telah di catatkan:
dari umah ku di kg kuantan 84016 (830 pagi)
then berhenti di rnr seremban 84137 (1000 pagi) then bertolak balik 1037 pagi
berhenti semula rnr pagoh 84281 (1200 tghari) then bertolak balik 12.40 tghari
sampai HSA JB 84433 ( 0300 ptg) then berjalan ke pasir gudang 0620 ptg
Hotel Swan Garden Masai 84482 (0715 malam)

malam tu ku rehat sepenuhnya.. best jugak rasa bersendirian ni.. ku banyak berfikir tentang kekhilafan yang dulu, banyak perkara yang ku fikirkan.. tentang masa depan ni.. kira mmg muhasabah diri lepas solat isya' tu...

pertemuan ziarah ummi munaliza sangat bermakna buat ku, ummi suka bercerita dan beri nasihat serta pandangan. kena la dengan sifat keibuan yang ada padanya menjadikan ummi tempat untuk meluahkan perasaan dan berkongsi segala keresahan yang ada dalam hati ini.. ummi terima kasih atas segalanya.. aida sangat hargai segala kesudian ummi terima aida sebgai sebahagian dari anak2 ummi..
as usual aku kalu malam pertama beralih tempat tidur, so secara x langsung psychology dalaman ku pun berubah la.. malam tu puas jugak ku pujuk mata ni tdur, zikir2, baca buku indahnya hidup bersyariat (my favourite book).. akhirnya jam 1215 ku terlelap....

then kol 5 pagi ku dah terjaga.... ku siap2.. sambil sarapan yg pihak hotel sediakan, ku tgh peta yang ku perolehi dari Jabatan Ukur Pemetaan Malaysia (JUPEM).. kena tahu daerah atau kawasan mana yang ku nak g.. kalu x nanti tentu buang masa dan tol.. so pagi tu ku nak ke perkampungan nelayan Kong Kong Laut, tok dapatkan ikan.. lagi bagus kalu dapat ikan yang diternak dalam sangkar... korang tengok la semua pic kat atas tu.. ada rumah rakit, ada penduduk kat sini yang bela ikan tok eksport domestic dan luar negara...

ku terjumpa dengan 3 anak muda terdiri daripada L, Jai dan Azro yang mahu menjadi usahawan tani.. mereka bersama 17 lagi graduasi Uni. Malaya. dibawah naungan pusat usahawan UM (PUSMAL) mereka telah menubuhkan Aquasympreneur telah menimba ilmu di 3 daerah yang lain.. berguru dengan tauke2 ikan yang menternak ikan.. so di KONG KONG adalah tempat ke3 mereka berguru.. dan menurut kata L, 15 mac 2010 adalah kemuncak kejayaan mereka dimana pada hari itu akan diadakan perasmian kolam rakit mereka oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Khalid Nordin.. ku bangga tengok anak muda macam mereka yang bersemangat tinggi.. mereka ni berazam nak ceburkan diri ke bidang perniagaan.. 20 usahawan ini terdiri dari mereka yang mempunyai kelulusan tinggi dari pelbagai bidang... apa2 pun ku ucapkan tahniah atas usaha mereka mahu mengubah diri.. Jadilah usahawan yang berjaya.. aida sokong setiap apa yang bakal korang buat.. pic kawasan perikanan mereka seperti pic di atas...

then ku cari sampel tanah pertanian di jabatan pertanian Masai. di sana juga ku dapat maklumat tentang ada kawasan pertanian tanam sayur di kawasan kota tinggi, so boleh la kalu nak amik sampel tanah dan sayur... ku g jugak, tapi dapat perjalanan ku terfikir, Kota Tinggi bukan kawasan Pasir Gudang.. kira2 40 km radius dari kawasan pasir gudang.. kalu angin bertiup pun x la boleh bawak particle beracun sejauh itu kan.. eerrrrmmm siap aku patah balik ke area Kong Kong. itu la yang jadi jika perjalanan tanpa dirancang.... hihih biasala dah rancang pun masih gagal kan?

lepas patah balik dari Kota Tinggi, ku terus ke Tanjung Langsat... kawasan perikanan yang lebih kurang rupanya seperti Kong Kong...cuma kawasannya dah kotor. dari tg langsat, ku pergi ke kg pasir puteh.. kat sana pasar dah tutup ikan pun dah xde dah tengahri pun.. so ku hanya beli ikan sampel di kedai yang berhampiran.. okey la tu kira ada perbezaan sebab ikan dari L ikan yang diternak dalam sangkar. then ikan dari pasir putih sebagai comparison ikan di pasaran..
then ku balik hotel sebab dah rasa letih sangat.. lagipun petang janji ngan L nak amik ikan dier dalam kol 4.. ku rehat2 kol 330 ku gerak ke kolam ikan L.. rupanya besar gile diorang punya kolam... mmg bakal berjaya la diorang ni
then abis semua tu ku terus jenguk ummi sekali lagi ke HSA JB.. hiihihi siap berebut parking ngan ada pelawat tu.. hahahh aku x peduli, janji ku dapat parking.. jumpa ummi banyak cerita2.. ku banyak bertanya, ummi banyak beri pandangan.. last pertemuan ku amik pic kenangan ngan ummi.. ummi, insyaallah kita jumpa lagi ek...
then ku terus balik hotel tdor... nak tau x, ku x de selera nak makan pun... sepanjang 2 hari ni ku x sentuh nasi pun.. hnya makan roti... mmg x selera ingat kat mak kot.. hhehehhehehhe
k la perjalanan balik ke sel ku cerita pada next entry ek

Perjalanan Bagai Sebuah Kehidupan

Bismillahirahmanirahim.... ku mulakan setiap sesuatu dengan menyebut nama ALLAH tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

mesti ramai yang pernah dengar lagu rahmat ekamatra bertajuk pusara di lebuhraya.. bukan tentang pusara ingin ku ceritakan tetapi tentang beberapa bait-bait lirik yang terdapat dalam lagu tersebut.. antaranya

dalam perjalanan ini
menuju destinasi
pelbagai lebuhraya ku lalui
perjalanan ku terhenti
di lebuhraya ini..... bla..bla bla...
(ku dah xingat apa lirik seterusnya)

sepanjang permusafiran aku ke pasir gudang johor banyak perkara yang aku belajar tentang kehidupan ini.. ku saja x bagi abah ikut ku ke pasir gudang.. sebab aku kasihan kan mak yang akan kehilangan tongkat jika aku pinjam abah tok jadi peneman ku ke sana.. sian kat mak akan sendirian jaga 1 baby dan 1 kanak2 (adib dan husna) dari 8 pagi hingga 5 petang.. lagipun anak2 kecil itu masih x sihat sebab mereka demam. even husna, demam panas masa ku tinggalkan...

pagi rabu 10 feb 2010, jam 830 pagi ku dah mulakan perjalanan.. ku masuk highway setia alam menjuju ke johor bahru... beberapa rnr ku berhenti untuk melepaskan lelah.. letih jugak memandu sorang diri kan.. Hihihihi sama macam lirik lagu kat atas kan.. kebetulan sama kot.

di hentian pagoh ku telephone ummi munaliza, tanya dier sama ada masih di wad atau tak... ummi kata ummi masih di tahan di sana... so sampai di pekan jb area 3.00 pm, terus ke hsa...
terus carik wad kelas 1, tingkat 3 bilik 22 dimana ummi ditempat kan.. ku ketuk bilik bagi salam.. di atas katil ummi duduk dengan kaki yang dibedah terlunjur di tuam bersama jelly ice pack... itu lah baru first time ku face to face dengan ummi munaliza, one of the moderator/editor di halaqah .net.. perhubungan secara maya dengan niat ingin mencari ilmu telah menjadikan ukhuwah ini terus berterusan... dari tiada siapa2 kepada ada apa2... lama jugak la ku borak2 ngan ummi hampir tiga jam... dari elok2 ariff dok kat balkoni luar tu sampai ariff keluar waktu asar... cerita lanjut ttg arif ada di blog ummi http://hati-seorang-ummi.blogspot.com.

then kol 630ptg ku bergerak balik ke pasir gudang mencari swan garden hotel....

ku rasa macam nak stop kat sini, ku dah rasa cam mereng ayam je mata ni... mungkin masa tok ku tok recharge tenaga yang ada... dah juga, fasa keletihan terkumpul sudah mula.. esok ku sambung cerita balik.. ku nak insert beberapa pic kat sini... bagi lebih menarik...

wasalam

keletihan terkumpul

ku mengkelasifikasikan diriku sebagai manusia punyai keletihan terkumpul. mesti ada yang tertanyakan apa kelebihan terkumpul tu...?

eerrrrmmm ku kumpul segala kepenatan keletihan tu bila aku stop atau aktiviti berakhir.. sama cam sekarang, kalu ikut kan sesetengah orang mesti dah membuta keletihan kan lepas drive sepanjang 330 km dari jb ke sel... setelah tiga hari berhempas pulas mencari data persekitaran untuk master ku. tapi sampai la ni ku x ngantok2 lagi, malah makin segar... tapi tengok esok pagi, mau ku kol 11 pagi x bangun2 lagi.. kalu layan tulis blog ni mau smpai esok banyak giler entry ku nak cerita

nak kata ku minum air livita ke kacip fatimah ke xpulak.. langsung produk2 yang merepek tu aku x sentuh langsung, tapi mungkin aku punya minda yang positif sepanjang perjalanan..

apa maksud minda positif dalam perjalanan? bagi aku, aku sangat enjoy sepanjang perjalanan.. malahh sambil tu ku menikmati kebesaran allah atas kesempurnaan penciptaannya.. then aku plan perjalanan tu properly... so boleh elak jam.. maklumat perjalanan sangat penting bagi kita sebagai pemandu... lagi2 kalu memandu sorang diri.. walaupun jauh perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Selangor, tapi aku enjoy sangat....

apa2pun, kehidupan kita ni bermula dengan apa yang kita fikirkan.. jika kita fikir positif, maka positif la keputusannya.. begitu jugak jika sebaliknya... fikir2 la

all entry from aurorahidupku.blogspot

blog lama telah hilang password.. so kena uat account baru.. so all entry blog lama pindah ke sini

first trial 11 january 2010
errrmmmm, this is first time im create my own blog account. i feel so happy because i can do on my own. thanks a guidance from my friend chat smartboy.. eerrrrmm this is a place for me to share to the public about my feeling, my family, my activities, my country and many more. hope u all can join me.

Monday, January 11, 2010

Renungan buat diri ku


Renungkanlahsedalam-dalamnya
Tidak,Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Iabagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannyajauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannyasingkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untukmembina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itudalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuklelaki yang jahat.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right danbiar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak berimankemudian nanti.Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalusangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Hakikatnya, apabila kitabenar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersamamasalah.Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hatikita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telahmemiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah.
Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepijalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayarberlipat ganda.Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikalmencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal sepertiitu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggangmotosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditgh2 bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,pasti ada baik buruknya.Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramaiorg yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alamberumahtangga.
Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkanhubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turutbanyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosaseterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunyamereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah adayang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenahanak2, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebabkenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telahmelompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpauttatkala cuba mendaki naik.Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannyagelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikansyurga sebagai matlamat.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaaninsan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin keranaperasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tibamasanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membukalorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.
"Seorang teman pernah berpesan.."Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbaskembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yanglama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Tuesday, January 12, 2010

takziah dari kami sekeluarga
setelah hampir 54 tahun menghela nafas di bumi Allah swt yang penuh dengan nikmat ini, magrib 27 muharam 1431 hijrah telah kembali nya pak cik ku arwah ucu putra dari alor star setelah hampir 5 hari bertarung dengan maut akibat dari komplikasi pendarahan dalam otak. last saturday, mak, abah, abg dan wan telah pergi menziarahi pak cu di hospital sultanah bahiah. pak cu telah di tahan di wad icu setelah jatuh di kawasan rumah rakan nya ketika dalam perjalanan ke masjid tok berjemaah solat magrib. mengikut kata ucu ani, xde sebarang tanda2 ganjil yang ditunjukkan oleh arwah.. akan tetapi mungkin telah ditetapkan begitu keadaan pemergiannya..mengikut kata doc, keberangkalian untuk hidup hanya 50-50 kerana pendarahan dalam otak telah menyebabkan ucu putra dalam keadaan koma.buat keluarga ucu ani, sabarlah dengan ujian yang menimpa ini, awal tahun 2010 Allah telah uji kita semua untuk menjadi hambaNya yang redha. amin

Thursday, January 14, 2010

terlalu byk prosedur
pening la, ku tgh adjust budget nak mintak pendahuluan dengan bendahari hukm ni... ni yg payah kalu duit ada tapi kena banyak prosedur nak mintak guna duit tu.. semua tu tok research. kalu x guna nanti, kata kita x pandai nk organize budget.. tapi nak mintak punyalah seksa...adjust je la cik aida oiii

Tuesday, January 26, 2010

Buku: Indahnya Hidup Bersyariat



Buku karangan Dato' Ustaz Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Abd Hamid yang membincangkan tentang fardu ain asas.. Buku ini sangat elok dimiliki oleh semua lapisan umur dan mudah difahami kerana susun atur penerangan yg baik. selain itu kulit muka yang tebal, dan penerangan bergambar yang berwarna cantik..
ia lengkap ttg pengetahuan syariat islam sejak dari kita dilahirkan ke dunia ini sehingga kita di hari terakhir di muka bumi allah ini.. miliki la ia.. harganya RM 55.00..
tak rugi jika tidak memilikinya


Sahabat ibarat adik beradik yang paling dengan kita walaupun berlainan ayah juga ibu.. yang sentiasa bersama kita dikala susah dan senang.. tidak kira la samada sahabat itu yang sebaya atau kurang/lebih umurnya dari kita.. sahabat sebagai suatu kaunter pertanyaan dan kaunter luahan rasa untuk kita berkongsi apa jua masalah yang kita hadapi..
Sahabat ialah suatu cahaya dalam kegelapan yang sentiasa menyinari hidup kita.. memang setiap orang memerlukan hatta si anak kecil. sahabat juga adalah cermin personaliti diri kita. jika baik sahabat kita maka elok la perangai kita dan sebaliknya...
ku rindu kan semua sahabat2ku, hanya doa yang boleh kukirimkan buat mereka.. kerana kita tiada kesempatan untuk bersama buat ketika ini.. masing2 sibuk menguruskan kehidupan masing2.. di kejauhan ini, ku masih mengingati setiap detik manis suka duka kita bersama... semoga allah merahmati semua sahabat2 ku, dan semoga mereka semua berjaya dalam kehidupan ini... amin
aku rindu kan kamu semua... ko ku pohon agar semua sahabatku dilimpahkan kebahagiaan dan kerahmatan...TRUE FRIENDS NEVER ENDS