Monday, March 22, 2010

Di Hospital Pakar Selangor, SS20, Shah Alam

Bismillahirahmannirahim.... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Pagi tadi aku, husna dan kakak ku ke hospital pakar selangor kat seksyen 20, shah alam sebab husna ada follow up treatment untuk monitor sakit sawan yang dihidapinya.... berkat kepantasan dan cepatnya husna di bawah ke hospital swasta setelah hospital kerajaan hanya melengah-lengahkan masa untuk mendapatkan rawatan, maka telah hampir 5 bulan husna telah sembuh walaupun bukan sepenuhnya dari sakitnya.. Sakit nya berpunca dari demam panas yang dihidapinya ketika husna berusia 5 bulan.. akan tetapi fit(sawan) ni kembali berulang ketika husna telah berginjak usia 5 tahun.. Alhamdullilah sejak bulan Oktober 2010, husna tidak lagi mengalami gangguan atau serangan sawan tersebut.. Syukur ku panjatkan pada Allah yang telah menyembuhkan husna dan ketika ini husna telah kembali ke sekolah tadika.. akan tetapi mungkin kesan dari sawan tu, academic performance nya slow skit.. dier jadi slow learner... bagi aku kesihatan husna paling penting.. bab belajar ni, ada method dan boleh belajar lagi.. ku sampai kat KPJ Selangor dalam kol 10 pagi.. masa tu tempat menunggu tu ramai jugak patient... patient nya kanak kanak tapi mak ayah yang ramai bawak anak anak.. yang baby pun ada.. dah sebaya husna pun ada... kitorang saja datang lambat sebab tau DR YASMIN MOHD YUSOF dalam kol 930 dier akan ke buat lawatan ke wad kanak kanak di atas bangunan KPJ ni.. dalam kol 1030 atau 11 pagi baru dier treat patient dier balik.. masa tu aku pun tgh boring x tau nak uat apa... tgk kamera ada tu yang ku snap pic sana sini.. then sambil menunggu tu ku tertarik dengan keletah seorang kanak kanak comel yang bernama awin.. awin datang bersama ibunya.. ku tanya ibunya, kenapa dengan awin.. ibunya kata awin demam minggu lepas.. tapi bila dah sihat x reti diam pulak..
tapi benar katanya, si awin ni mmg x reti diam.. kat penimbang berat tu dah berpuluh puluh kali dier naik.. monitor beratnya kol selang 2 minit.. nak tgk ada perubahan agaknya...? eerrrmm then kat kaunter staff kpj tu abis dier tawaf.. then usik sana usik sini.. ibu dier pun dah malas nak tegah dah.. sebab mmg x makan sama.. then dier jalan ke luar la.. ku cakap ngan ibunya.. biasalah kanak kanak aktif mmg x dok diam.. ada je benda yang nak di explore nya..




masa ku tangkap pic awin, dier marah.. mungkin sebab x biasa ngan flash kot.. sebab itu semua pic awin ni semua pic kandid.. mula-mula itu dier macam sporting, tapi last-last dier macam nak nangis.. mak dier dah pujuk dah supaya dok diam nak ambik gambar, agaknya dier x nak la kot.. suara si awin ni comel je.. masa mula2 ku tanya, adik sakit apa.. then dier jawab ' awin sakit tekak'... senyum ku tengok keletahnya... kanak kanak yang comel.. semoga awin membesar menjadi mujahidah solehah.... jadi gadis yang terpelihara maruahnya..
then ku snap 2 3 pic lain.. nilah keadaan di tempat menunggu.. sambil menunggu pelbagai keletah kanak kanak... baby yang pak cik tu pegang kan sangat comel.. rambutnya cantik.. pakai baju pink lagi



yang ni pulak aku ngan husna yang dah bosan tunggu DOKTOR YASMIN. lambat pulak dier balik bilik dier ari ni..masa ni dah hampir kol 11 pagi.. perut ku dah berkeroncong.. tapi tahan je la.. masih boleh senyum lagi




then Lin (x ingat nama penuh dier, Shazlin kot) pembantu Dr Yasmin datang nak timbang berat Husna.. kali ni berat husna turun ke 27 kg.. bulan 12 yang lalu berat husna 30 kg... mungkin sebab husna dah x minum milo dan kurang makan nasi... Lin ni comel, suara dier pun sopan je.. dier selalu tanya pasal aku kalu aku x temankan husna buat followup treatment ni... baik sangat lin ni.. suka tersenyum...


masa ku tangkap pic ni, Dr Yasmin dah masuk bilik dier.. lega skit aku maksudnya dah x lama lagi la nak jumpa dr.. eerrrrmm berat ku pun dah turun skit... betul la org kata nak turunkan berat badan kena kurangkan makan nasi.. so pas ni kena kurang makan nasi la.. makan benda lain.. boleh ke? eerrrmm just wait and see la.. napa ku dah makin comel ni ek.. sebab itu ku mmg dah jarang pakai blaus ngan seluar.. ku lebih selesa pakai baju kurung, tampak sopan dan yang penting tutup aurat.. tapi pagi tadi penyakit malas nak gosok baju ku datang lagi.. ku yang pakai apa yang nampak senang dah x susah nak kombah almari baju tu... tapi ku mmg rasa x selesa pakai baju blaus ni.. ku rasa menyesal pakai baju ni tau.. mmg baju kurung la yg sesuai tok aku.. anda kamu sendiri pun tau apa hikmahnya kan?



Then dalam kol 1110 pagi, giliran kami menemui Dr Yasmin.. banyak jugak la perbualan antara kami. dr tanya tentang perkembangan husna dan lebih banyak berkisar ttg pengetahuan atau peningkatan dalam pendidikan husna.. Dr Yasmin suggest husna tok jalani ujian IQ nak tengok di tahap mana kecerdasan husna.. guna Weschler IV.. ku terangkan juga pada dr yasmin yang ku pernah handle wecshler iv untuk kanak kanak sekolah.. dan ada juga test pada husna, tapi boleh nampak la husna agak slow untuk tangkap setiapa arahan yang diberikan.. menurut Dr Yasmin lagi, mungkin psychologist boleh interpret apa juga result dan mungkin mereka boleh tentukan tahap mana tahap kecerdasan husna.. Dr Yasmin minta ku refer kat HUKM.. kalu kat HUKM ada kat GH....ku janji insyaallah ku cuba akan buat appoinment tok jalani ujian IQ tu...Dr bagi surat refer tok ku uat appoinment kat HUKM nanti



selepas Dr Yasmin uat fizikal examination ke atas husna, ku ajak Dr ngan Lin amik gambar sama sama.. saja buat kenangan.. Lagipun Dr Yasmin ngan Lin ni baik dan suka tolong kami.... gilir-gilir dengan kakak ku.. Terima kasih banyak2 Dr Yasmin dan Lin atas segala bantuan yang diberikan. Hanya ALLAH sahaja yang mampu untuk membalas segala jasa kalian..





Lepas tu, kitrg g amik ubat then uat pembayaran.. then kitrg gerak balik.. tapi singgah kat 1 restoren kat seksyen 19.. ntah cam ne ku tersalah pilih tempat makan la... ku ingat kedai makan kelantan, sekali tu pekerja pekerja nya semua orang thailand.. ku x faham sepatah pun apa yng dier kata... ku tengok keliling orang melayu kita makan, ku makan je la.. tapi x abis sebab mungkin ku terkejut salah pilih kedai kot..
then kitrang pun balik kuala selangor...
sekian, wasalam

No comments:

Post a Comment