Monday, August 9, 2010

Kesedihan Abah, kesedihan kami juga...

Bismillahirahmanirahim..... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....


Terasa kaki kami tergeliat juga untuk melangkah selepas pemergian arwah mak.. doa tak putus dari aku setiap kali teringatkan mak dan selepas usai solat.. walaupun dikejauhan, kasih sayang mak masih lagi melingkari hati hati kami semua.. ku sering mimpi kan mak. wajah dan keadaan mak seperti biasanya die nak pergi marhaban.. dengan baju kurung dan tudung, bawa kitab dalam beg putih tu.. muka mak senyum dan tenang... agaknya, itulah tanda nya mak tenang menemui ALLAH, Pencipta sekalian manusia..

ari ahad lepas, ku, abah, wan, abang, ne, husna g bersihkan pusara mak.. abah dah belikan batu nisan tuk mak... dan kami tegakkan.. memang tiap2 tahun ada majlis bersihkan tanah perkuburan... kami ziarah jugak kubur arwah akak dan juga kubur baby Aisyah yang tidak sempat menghembus nafas dunia ini... kami sedekahkan pada arwah2 ni, doa kesejahteraan dan semoga mak, akak, dan baby Aisyah di tempatkan bersama2 orang mukmin...

abah masih lagi bersedih.. pada zahirnya abah nampak tenang, tapi hati abah merintih sedih dan rindukan arwah mak... arwah mak la tempat abah curahkan segala perasaan suka duka kasih sayang nya selama hampir 38 tahun usia perkahwinan abah ngan mak.. sama2 susah dan senang.. dari umah tepi sungai sehinggalah umah sekarang.. dari anak 1 hingga lahir 8 adik beradik kami... dan kini hanya tinggal 4 yang terkebawah adik beradik kami, kerana 4 yang teratas telah ALLAH jemput pulang.. mak lah teman abah kemana saja, cari duit menyemat atap, jual kuih karipap nasi lemak dan ais krim.. dari susah hingga kini...

dan kenangan abah bawak mak gi buat haji dan umrah... mak sesat di Masjidil Haram, abah cari hingga jumpa mak tengah baca Yaasiin kat tepi tangga masjid... mak selalu cerita tentang itu.. malah, 2 3 minggu sebelum pemergian mak, ada juga mak bercerita tentang kenangan mak melakukan Haji dan Umrah...

malam semalam abah tak tidur pun, aku perasan sebab aku pun x boleh lelap mata malam semalam, dengar abah mengigau.... pastu abah asyik tanya jam dah pukul berapa... siang semalam abah ke taklimat amil.. balik je abah nampak letih je.. pas magrib abah masih pergi mendayung sampan bawak pelancong kat Jeti Kelip Kelip... alhamdullillah, itu la semangat abah... abah sibukkan diri dengan keje2 dan abah tak tinggal jemaah kat masjid.. dan kebiasaan abah, lepas abah bersara dari jadi siak masjid sejak setahun lalu, memang solat magrib, aku akan jadi makmum abah.. jika aku cuti(uzur), si husna akan jadi makmum abah..

abah, kita sama2 kena kuat hadapi dugaan ini ya abah... kita kena teruskan kehidupan ini.. Kasih sayang mak akan terus mekar dalam ingatan kita... sebab kita juga suatu hari akan menemui ALLAH.. cuma masa dan ketika belum diketahui.. kita akan sama2 utuskan doa untuk mak....
kami semua sayang abah dan mak...

buat arwah mak ku Hajah Sainah Bt Mat Isa.... uteh dan semua akan sentiasa doakan untuk mak.. hanya itu yang tak akan putus. semoga ALLAH merahmati roh mati dan titempatkan di syurgaMu yang ABADI bersama2 orang2 mukmin.. semoga mak selamat dari seksaan api neraka..

amin ya robbal alamin....

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Bismillahirahmanirahim..... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.....


"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa "( QS Al-Baqarah : 183 ).


anda semua nak jadi orang yang bertaqwa? berazam untuk jadi mukmin/mukminat sejati...? ucapkan lah selamat datang kepada bulan ramadhan yang mulia ini...

insyaallah, esok sekalian hamba Allah akan mula berpuasa.. bulan penuh kerahmatan datang lagi... tawaran ganjaran pahala yang berlipat kali ganda yang ALLAH tawarkan dan ianya mesti direbut kerana ia tiada di bulan2 lain kecuali bulan ramadhan yang mulia.. dituntut/ diwajibkan umat islam berpuasa menahan lapar dahaga, puasa semua anggota badan dan hati dari dicemari dari unsur2 yang tidak elok.. bulan ramdhan ini, dirantai semua iblis dan syaitan dari mengganggu manusia. supaya manusia terus menikmati dan khusyuk untuk beribadat kepada ALLAH Tuhan Yang Maha Satu..


ramadhan, bermula dengan amalan niat di malam hari, hidupkan dengan solat Tarawikh, memperbanyakkan membaca al-quran dan mendalami isi kandungan al-quran tersebut, rajin2 lah bangun solat qiamullail dan istiqamah kan lah amalan tersebut sepanjang hidup kita.. bersahur di hujung waktu kerana ia juga suatu sunnah Nabi Muhammad SAW.. siang hari pula, berkerja lah seperti biasa kerana kerja suatu ibadah kepada allah dan dijanjikan ganjaran pahala.. yang paling penting, solat 5 waktu jangan ditinggalkan.... kerana ia tiang agama


ku masih ingat lagi arwah mak selalu ingatkan kami masa kecik2... kata mak " puasa puasa la jugak, tapi solat jangan tinggal. sebab solat itu tiang agama... tiada gunanya puasa meletihkan badan siang hari, tapi solat tinggal.. mak cakap dimana nak disandarkan puasa itu andai tiada tiang (solat) yang boleh disandarkan".

itu la juga ayat yang aku ulang tok ingatkan husna dan nurul setiap kali mereka ni macam lambat2 kan solat. semoga kita semua juga teguh hati dan sentiasa istiqamah menunaikan tuntutan agama.


selamat beramal.. Ramadhan Kareem... ALLAHU AKRAM


wasalam

Wednesday, August 4, 2010

Selamat Jalan Ibu Ku.... Hanya Doa Kesejahteraan yang mampu ku utuskan

Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.....


salam sejahtera buat semua.. lama dah ku tak mencoretkan sesuatu di sini... banyak perkara yang perlu ku uruskan, jadi takde kesempatan untuk aku berblog...


April - Julai 2010 : aku ke Pasir Gudang, Johor untuk kumpul data penyelidikan
26 Jun 2010 : Pemergian arwah Yong ke rahmatullah kerana sakit kanser payudara
17 Julai 2010 : ibu ku di panggil pulang oleh Allah kerana telah tiba waktunya untuk mak
meninggalkan kami semua..


ari ni baru masuk opis kelam kabut rasanya.. lagi2 ari ni adalah ari akhir tok submit borang skim zamalah UKM.. cuba je la sebaik mungkin.. pada saat ini, ku dah tawar hati untuk meneruskan belajar plus keje kat sini... ntah kenapa hati aku masih terlekat kat rumah.. dapat ku rasakan mak masih ada lagi bersama kami... YA ALLAH... TENANGKAN LAH HATI NI......


selepas 3 minggu pemergian Yong, mak pun menyusul.. kedua2 insan yang kami sangat sayang.. terus terang ku katakan, ku masih belum puas dengan kasih sayang mak.. dan ku belum dapat lagi membalas segala jasa2 mak pada ku... kini ku x lagi dapat memohon doa dari mak kerana mak telah tiada.... ku mohon pada abah yang doakan kesejahteraan perjalanan ke tempat keje ku...


Ya ALLAH, ampunkan dosa2 emak dan dosa perbuatan ku pada mak...tempatkan emak di syurga MU yang abadi bersama2 orang soleh dan selamatkan mak dari seksaan api neraka


masih terbayang kasih sayang mak pada ku.. pagi2 iringi ku dengan doa keselamatan.. petang, ku balik mak dah sediakan makanan sebab ku mesti lapar kalau dah sampai rumah.. kadang2 mak saja masak nasi baru supaya ku dapat makan nasi yang panas...


mak pergi tiada pesan... tiada kata2 terakhir... mak pergi dengan tenang.. semoga mak tenang di SANA... Wahai ALLAH, Kasihanilah ibu ku sebagaimana kasih sayang mak pada kami sekeluarga.. tempatkan ibu ku di bawah limpahan rahmat mu.....


Selamat Jalan Mak.... uteh, abah, ne, wan, abang, una, nurul, adeeb dan kak ila rindukan mak.. kami akan terus utuskan doa kesejahteraan untuk mak...

uteh sayang sangat kat mak