Wednesday, May 11, 2011

Kawan-kawan ku


Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sekalung Penghargaan ku ucapkan buat tenaga pengajar Kursus Sarjana Muda Sains (Biologi) Uitm Shah Alam sesi 2004/2005-2007 yang telah bertungkus lumus bagi memberikan kami ilmu pengetahuan yang tidak terbalas jasa mereka. Hanya Allah sahaja yang akan membalasnya. Semoga Allah berikan kerahmatan dan kebahagian buat pensyarah-pensyarah yang tidak kenal erti jemu mengajar kami semua. Antaranya Prof Madya Dr Harita Hashim, Dr Farida Zuraina Mohd Yusof, Dr Harinder Singh, En. Dzul (x ingat nama penuhnya), Puan Wan dan ramai lagi.. maaf la dah x berapa ingat lepas hampir 4 tahun meninggalkan kerusi kuliah di uitm... banyak kenangan terindah yang tercipta disana... dan paling x boleh lupa bile ku dan 2 3 4 5 org rakan (ramai sebenarnya) yang kena repeat subjek animal fisiology (ye ke subjek ni, subjek sem3 paper Dr Harita).. killer paper ni, every sem mesti ramai budak sangkut termasuk la aku..

tapi dalam sangkut2 pun, ku lepas grade on time, walaupun kena amik paper supplement... (whooaa, gembiranya).. banyak pengalaman yang tak terhingga dan ia sebenarnya membentuk peribadi dan perwatakan seseorang itu.. truely, im not an excellent student, sederhana je.. tapi bab2 aktiviti luar, serahkan pada pakar (aku la tuh).. ceruk mana, rantau mana yg x dijelajahi... every weekend ada je aktiviti yg ku handle, bawak kawan2 g jalan under BIOS Society Club.


Di atas ni antara aktiviti yang ku dan kawan2 handle, tapi bawah pemerhatian Dr Harinder.. tak boleh main suka2 hati bawak budak2 ni jalan2.. sebarang masalah, susah nanti.. Program Bersihkan kawasan paya bakau, di Taman Alam Kuala Selangor... tu yang masing2 kasut berlumpur tu... ni semua classmate (girl).. seronok x ingat masing2, muka masing2 merah bernyala, sebab bersihkan kawasan paya bakau tu dengan mengutip sampah dan kotoran yang ada. kira buat Charity la.


Yang ni memang aktiviti wajib setiap sem, budak sem 4 ditugaskan untuk handle malam dinner tok persatuan. Masa ni kami baru sem 3, so x terlibat sangat sebagai AJK.. cuma tolong2 mana yang patut.. dan yang paling best kami semua akan melaram x hingat la.. kalau x silap tema malam ni BATIK dan tagline nya Night to Remember.. haha memang sesuai sgt la sebab mmg antara malam yang x boleh dilupakan. Masa ni masing2 kurus gegile lagi... dan malam ni ku buat pertama kalinya bergambar dengan seseorang yang ku minat dalam diam... hihih siapa dia? ahahh, x yah mention la sebab ia dah jadi sejarah.. org tu pun dah buat2 lupakan aku..


ada banyak lagi pic yang menarik, tapi lain kali ku akan try upload kat sini ek... nak sambung buat keje jap.. buat rakan2 ku semua BIOS 2004/2005-2007, aida doakan semoga berjaya dalam kerjaya dan diceburi.. Selamat Berumahtangga pada Nurhaznina dan Azreen yang bakal berkahwin x lama lagi.. Buat Yasir Suhaimi, Zakiah Zakaria, Masliani Hj Abdul, Noor Khairani, Mohd Hafiz Abas ini semua team yang dah kawin ni, semalamt menempuh alam rumah tangga, semoga dapat membentuk keluarga Mahabbah wa Rahmah...

~wasalam~

No comments:

Post a Comment