Monday, March 28, 2016

AKu Rindu Pada Mak

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

hari ni hati rasa sayu dan sedih je.. runtuh hati ni bile sahabat ku Sepul a.k.a Wan Saiful Hassan share gambar ibunya terlantar di Hospital Sg Buloh kerana pelbagai komplikasi penyakit. Ibu sepul iaitu cikgu Nur Huda adalah cikgu matematik ku masa darjah 1. beliau la yang kenalkan aku 1 2 3 bukan cikgu masa tabika.

masa sekolah tabika perpaduan dulu aku satu haram jadah pun x kenal. datang tabika asyik nak main ngan kawan2 india, time rehat makan biskut cicah air milo. lpas tu balik tghari nak main jongkang jongket ngan buaian je.. balik rumah terkerok2 gatal kepala menggaru sebab ada kutu.. tu la main lagi ngan anak k*****g.. hahhahah kan dah dapat ubat...

cikgu nur huda dulu agak garang, aku selalu kena cubit kat lengan kalu salah jawab, x siap keje sekolah atau x pandai nak jawab soalan.. di tanya terus jadi batu, xpun menangis sampai bengkak mata ... aku la tu siapa ke lagi... tapi aku x penah nak bagitau arwah mak atau abah.. sebab tu mmg tanggungjawab cikgu kan..abah mak pun redha je anak nya kena cubit ke rotan ke (tu kan proses pembelajaran, jgn sampai melampau2 sudah la)... tapi syukur alhamdulillah, last2 aku pandai juga mengira dan mencongak macam sekarang..

mengikut kata sepul, doktor diagnose buah pinggang cikgu telah rosak dan die menghidap paru paru berkuman. dah 2 minggu lebih berulang alik ke hospital.. dan sejak ahad lalu dah 5 hari masuk wad.. Allahu Akbar... sedihnya rasa hati. x tergambar perasaan aku lihat wajah/ gambar yang sepul kirim.. dan dan air mata mengalir dengan deras.

aku pesan pada sepul supaya die sekeluarga banyak kan bersabar dengan Ujian Allah ini. banyakkan selawat dan berzikir, buat solat sunat hajat memohon pada Allah agar cikgu Nur Huda dikurniakan kesihatan yang baik dan sembuh seperti sedia kala..

dan aku pun, ptg tu hingga kini air mata bergenangkan bila teringkat arwah mak yang telah pergi hampir 6 tahun yang lalu.. tidak ada yang mampu menggantikan die dalam hati aku, adik beradik ku dan juga abah. tiada lagi peluk cium yang boleh ku lakukan untuk die. tiada lagi senda gurau dan gelak dr mak yang sering aku dengar.. mak suka gelak, diam2 die kat dapur pun die boleh gelak sorang2, apa ntah yang die gelakkan.

mak pergi tanpa pesan.... mak pergi xde sakit sakit terlantar pun.  mak pergi senang sangat sebab die x nak susahkan anak anak die. dan kerana ALLAH MAHA KUASA, ALLAH MAHA MENGETAHUI nak kurangkan dosa kami adik beradik yang tentu akan mengeluh jaga mak sekiranya mak sakit terlantar.. YA ALLAH, sesungguhnya KAU mmg MAHA PENGASIH & MAHA PENYAYANG. aku mohon keampunan dariMU agar KAU ampun kan dosa kedua mak dan abah, kasihanilah kedua insan yang sangat berjasa kepada kami adik beradik..KAU kurniakanlah mereka SYURGA TANPA HISAB...




No comments:

Post a Comment